Wednesday 29 December 2010

Warkah buat anak


Lahirnya anak-anak dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kedua-dua suami isteri. Mereka akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Mereka akan berkorban apa saja demi anak-anak.

Kepada anak-anak, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ibu dan ayah tidak sedikit pun luntur. Ayah dan ibumu ini sentiasa mengingati anak-anaknya dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu walaupun berjauhan.

Cuba bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama, belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang ayah dan emakmu dapat rasakan dan masih segar dalam ingatan ayah dan emakmu ini.

Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Perpisahan ini bukanlah kehendak ayah dan emakmu yang sebenar-benarnya, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Janganlah jadikan kejauhan ini sebagai dendam yang membara dalam diri anak-anakku.


Kedua-dua orang tua kami

Janganlah kita menjadi hakim, dan janganlah pula kita menjadi pendakwa atau pembela. Tugas seorang anak hanyalah menghormati ayah dan emakmu sebagai seorang ayah, hormatilah tanggungjawab yang ayah dan emakmu cuba laksanakan, hormatilah kasih-sayang yang ayah dan emakmu ingin berkongsi dengan anak-anaknya.

Ingatlah anak-anakku, ibubapa akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, ibubapa akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, ibubapa akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi ayah dan emak akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, emak dan ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.
Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.

- Untuk tatapan kami dan anak-anakku..


 Kami juga kini bergelar ayah& ibu kepada anakku Aniq...

Buat semua insan bergelar ibubapa…

Kasih ibubapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya pengorbanan ibu dan bapa.
Ti sayang mak dan ayah…

No comments: