Tuesday 5 October 2010

Aniqku..bayi kaunter...

Sudah hampir 3-4 jam lamanyer aku menunggu waktu rawatan dan urusan untuk aku dimasukkan ke Wad...aduh lamanyer...fikiranku melayang-layang jauh terkenangkan aniq..mesti aniq menagis dahagakan susu...


Aniq lena dalam storeller dia..yang ku tolak merata-rata...

sampai jer di wad aku perlu menunggu doktor mengambil butir-butir aku sebelum aku dapat pergi ke wad aniq..aku sabar lagi menunggu...setelah doktor pertama datang menemubual aku...aku terpaksa pula menguungu seorang lagi doktor. habis sahaja doktor ini bercakap, aku terus minta kebenaran untuk melawat anakku...

dapat lampu hijau jer, aku terus berjalan ke wad aniq...sesampai jer aku kat wad, aku mencari-cari anakku..rupanya anakku didukung oleh seorang nurse dan baru sahaja diberi susu..menurut nurse itu, aniq menangis lapar...katanya kenapa aku tinggalkan aniq seorang di bilik..nasib baik dia kebelakang, dan terdengar aniq menagis...dalam hati aku menyumpah-nyumpah nurse yang pagi tadi aku temui..

melihat nurse yang baik hati ni, dia juga sedang mengandung..aku lupa namanya tapi jasanya aku tak lupa hingga akhir hayat..dialah yang menjaga aniq semasa ketiadaan aku..dia yang susukan aniq...kerana dia..aniqku diletakkan di kaunter...senang untuk diawasi olehnya nanti...terima kasih nurse, moga panjang umur boleh kita jumpa lagi...

nurse dan doktor dekat wad SCN, wad bersalin no. 10 dan wad O&G memang baik-baik belaka..aku yang dulu takut kerana cerita-cerita nurse-nurse dan doktor-doktor hospital daerah ni sombong-sombong belaka...tiba-tiba rasa bersyukur kerana layanan mereka memang 1st class..setakat ni baru 2 orang yang agak 'kurang mesra' itupun 2-2 ku temui di wad SCN nie...

jadi tiap kali aku datang menyusu...ku tolak aniq yang berada dalam stroller baby tu ke bilik..selesai menyusu dan sampai masa untuk aku balik wad, ku tolak anoq semula ke kaunter..itulah rutin aku..

sampai di wad..aku pun tertidur..alhamdulillah barulah aku dapat tidur lena..hinggalah dikejutkan kedatangan mak ayah, makngah dan lan...

                                           mak ngan mak ngah datang melawatku pada 4/10/10

malam ini aku minta untuk tidur di wad aniq..pagi-pagi nanti aku akan balik ke wad aku semula...

4 Oktober 2010..

aku mulakan hari aku seperti rutin biasa...aku ada kelapangan jer aku akan berjalan ke wad aniq..sampai jer aniq berada kat kaunter..menurut nurse, bilik aniq dah diambil orang lain..aku pun faham kerana terlalu ramai bayi yang ditahan kat wad sejak malam tadi..jadi terpaksa lah aku menyusukan anis dekat kaunter jer...

aniq menyusu ka kaunter...


tak kisahlah asal aku dapat bersama-sama aniq itupun dah cukup baik...cuma aku risaukan malam ni...malam ni aku tak dapat tidur dengan aniq lagi...

doktor datang lagi memeriksa aniq..katanya niq 'block nose' jika tiada apa-apa esok aniq dah dibenarkan pulang..aku juga gembiran kerana doktor fizi cakap aku pun dibenarkan keluar tetapi perlu datang semula hari khamis nie...wawawawawa hatiku gumbira menanti esok hari...

tepat pukul 7.30 aku berjalan lagi ke wad aniq..dalam hatiku cuma berharap dapatlah aku bersa-sama aniq malam ni, kalau aku tak tidur pun takpelah, duduk di kerusi pun tak apa..aku pun terus menyusukan aniq dekat kaunter..tetiba aku lihat seorang nurse tu sibuk mengemaskan satu bilik kosong..tak lama tu dia datang dekat aku..

" akak masuklah bilik tu..tu bilik kosong..cuma sempit sikit sebab banyak barang....akak tidur lah kat sini, esok nak kelaur akak tolak aniq kat kaunter..."

hatiku gembira bukan kepalang....takpelah bilik kecil pun itu dah mencukupi...yang penting aniq ku ada disisi...ku khabarkan melalui mesej kepada suamiku..diapun gembira...baiknya hati meraka..terima kasih kepada nurse-nurse yang bertugas dikaunter wad SCN yang menjaga aniq dan melayan kami dengan baik..hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian

5 Oktober 2010..

aniq dah boleh balik hari ni...dan aku pun sama....cuma aku perlu datang semula 8hb oktober untuk masuk wad semula..dan berita baik kuterima aku boleh membawa bayiku bersam-sama....



amin...benar setiap dugaan pasti ada hikmah yang tersendiri... aku bersyukur sepanjang masa aku diwad...mak ayah dan lan sentiasa disisiku..

buat suamiku Azlan Kamaruddin...terima kasih sayang...

bauat mak, ayah, along yang tak jemu-jemu tiap-tiap hari call jauh2 dari kedah...ina juga camtu..abg izan, akak dan semua terima kasih kerana sama-sama ti hadapi dugaan ni..







No comments: