Sunday 3 October 2010

Luka bersalinku terbuka...

Aku tak tahu kat mana silapnye...tempat pembedahanku terbuka...

mungkinkah aku lasak sangat ke? aku salah makan ker? aku travel jauh ker? aku banyak berjalan ker?
macam-mcam bermain kat fikiran aku..tapi aku sembunyikan dari pengetahuan sesiapa..aku takut akau akan ditahan wad semula..dalam hatiku berdoa moga luka ni cepat bertaut dan aku cepat sembuh

tak silap aku dalam tempoh seminggu jer, luka aku dah pulih...kak faridah yang datang periksa aku pun memuji luka aku kelihatan baik..tiada masalah...tiba-tiba 2-3 hari ni, dibahagian tepi tu berair..aku muka perasan pada hari aku balik Putrajaya, pagi bangun tidur tu, kain batik aku basah...tapi aku buat endah tak endah jer...

kebetulan Abg. Rahim, kak lin sekeluarga datang melawat aku..kerana dia ada pengalaman tempat jahitan terbuka, jadi aku amik peluang tu bertanya padanya..ternyata apa yang dia cerita kan itu, sama seperti yang aku sedang alami...aku mula gelisah...

Aku mesej kat faridah untuk datang melihat luka ku..

hari yang aku tunggu pun tiba...kak faridah datang memeriksa aniq dn seterusnya memeriksa aku..dia juga terkejut melihat luka ku...dia memangil mak, lan dan akak untuk melihat..katanya luka aku terbuka besar dan menampakkan tempat jahitan kedua..katanya aku perlu ke Hospital untuk dapatkan rawatan bagi elakkan jangkitan kuman...aduh benda yang aku takut kan kini jadi kenyataan...aku tak tahu nak bagi alasan apa...

mak lah orang yang paling risaukan aku..nampak sangat mak sangat-sangat risaukan aku, rasa cam nak nangis jer mak nasihatkan aku jumpa doktor..lan pun sampai marah-marah.. tapi kalau aku pergi dapatkan rawatan, mesti aku akan ditahan wad..kalau aku di tahan wad, sapa nak jaga aniq..camner aku nak susukan aniq..berbagai soalan muncul kat fikiran aku membuatkan aku taknak dapatkan rawatan..tapi mak, ayah, lan...paksa jugak aku jumpa doktor...aku janji esok aku akan dapatkan rawatan terpaksa juga ku tinggalkan cahaya hatiku di wad sorang-sorang nanti..

Setelah namaku di panggil, aku pun masuk menemui seorang doktor...dia memangil seorang lagi doktor untuk turut memeriksa aku..sah aku perlu ditahan wad...

aku merayu kerana anakku berada di wad juga..sekiranya aku ditahan bagaimana anakku nanti..

tapi jawapan kuterima agak mengembirakan hatiku..aku boleh menjaga anakku..aku boleh susukan anakku..aku juga boleh tidur sama-sama anakku..hatiku yang bersedih tadi ceria semula...

dah hampir 3 jam aku tinggalkan aniq..aniq pasti mencari-cari aku...cepatlah nurse uruskan semua...aku dah tak sabar nak menjenguk permata hatiku...

aku ditempatkan di wad 6 kenanga...

No comments: