Monday 2 August 2010

8 Bulan...

1 August 2010


Kini kandunganku mencecah 8 bulan....seronoknya..dok kira-kira mana tau kot terbesalin awal cam si tipah kat opisku...35 minggu lebih dh bersalin...dok kira-kira kalau aku bersalin 38 minggu makna nyer tarikh lahir anak aku ni sama cam aku..28 Ogos...huhuhuhu sonokyer...


Aku selalu jer search kat internet semua hal berkaitan kelahiran..tak ketinggalan jugak tanda-tanda bersalin..makanan-makanan dalam pantang...cara mendidik anak..cara menyambut bayi dan macam2 lah..tiap2 bulan pulak aku mesti dapat email dari BABY CENTRE berkenaan usia kandungan aku. Aku saje daftar semata nk tahu pape info dari web nie....

http://www.babycenter.com/  best website nie...

http://ratuhati.com/  ni salah satu website yang aku suka baca tiap-tiap bulan..sampai jer 1hb mesti aku cek dah camner baby aku nie...website ni ada cerita pasal perkembangan kehamilan...best sangat...


Bulan kelapan

  • Otak bayi terus berkembang dengan cepat.
  • Gerakan janin mula perlahan kerana saiznya semakin besar, namun bayi akan menendang dengan kuat dan berpusing.
  • Anda mungkin boleh melihat siku dan tumit bayi pada perut anda.
  • Tulang kepala bayi masih lembut dan ini memudahkan ia untuk keluar nanti.
  • Paru-paru bayi masih belum matang.
  • Saiz janin lebih kurang 18 inci panjang dengan berat 5 paun. Pertambahan berat ini kebanyakannya datang daripada lemak.
Ibu
  • Buah dada anda mungkin mengeluarkan kolostrum (cecair yang akan menjadi makanan bayi sebelum susu keluar) semasa ia mula menghasilkan susu. Bersihkan puting anda dengan air dan gosok dengan lembut, jangan gunakan sabun untuk mengelakkan kekeringan.
  • Anda mungkin merasa kurang selesa semasa tidur. Tidur mengiring dan sokong belakang dan perut anda dengan beberapa biji bantal. Anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran bernafas kerana bayi menekan paru-paru anda.
  • Kekejangan kaki biasa berlaku pada bulan ini, begitu juga dengan vena verikos di mana di kaki anda akan timbul urat seperti sarang labah-labah.
Tip
Anda dikehendaki mengalami pemeriksaan prenatal 2 minggu sekali tetapi berjumpa segera dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda berikut:
  • Pendarahan atau keluar cecair yang banyak daripada vagina
  • Kejang, sakit perut, atau sakit belakang yang kuat
  • Pandangan mata kabur
  • Rasa bayi turun
  • Gerakan bayi yang semakin perlahan dengan banyaknya
  • Lebih daripada 5 kontraksi dalam satu jam.
Sediakan diri anda untuk penyusuan susu badan:
  • Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dengan bertanya dan membaca.
  • Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah..scan seterusnya placenta aku dh normal..means dah takda masalah cuma aku kena control berat badan jer. semua orang kata pipi aku ni dh tembam sangat...ahhh tak kisahlah janji baby aku tak lapar dan aku pun sihat.....

No comments: