Saturday, 12 November 2011

Selamat Harijadi Mak ke 63 tahun....

12 November 2011..

Harini tarikh keramat buat ibuku dimana hari tarikah inilah lahirnya ibuku yang tersayang.. Selama ini kami just sambut kat kampung jer dan adakala aku tak dapat bersama-sama mak dihari yang gembira ini..tapi pada tahun ini Alhamdulillah aku dapat menyambutnya bersama-sama mak...

12.30am.. Mak ayah akak dan edi sampai kat rumahku..." Selamat harijadi mak" dan kucium pipi mak..ti sayang mak.. Selagi ada nyawa selagi itulah kudoakan makayah sentiasa sihat..panjang umur dan dimurahkan rezeki..Aku mohon agar aku jadi anak yg solehah buat mak...

Petang tu aku dan lan keluar ke Balakong memebeli kek khas untuk mak..kami sayang mak.. 

Tahun depan kudoakan agar aku dapat sambaut sama-sama dengan mak lagi...love you mak...


kek untuk mak..we love you...


Selamat hari jadi (2x) time to tiup lilin 63 btg...


kita potong kek sama-sama...

sayang mak...suapan dari akak...

suapan dari anak mak yang sangat sayang mak..heee

muaaahhhhhhhh

aniq pulak yg suka lebih...heee

Monday, 7 November 2011

Majlis makan-makan sempena harijadi..Tq umi..

Terima kasih Umi...!!!

Anak ibu and anak-anak sudara maklang kena ucapkan terima kasih kat umi (kak fizah) sebab bersusah payah mengadakan majlis makan-makan sempena harijadi semua anak saudaranya..terima kasih umi moga Allah murahkan rezeki, beri kesihatan yg baik dan yang paling nak dipercepatkan jodoh...amin..

11 Zulhijjah 1432 @ 7 November 2011..rumah kami mengadakan majlis makan-makan bersempena harijadi semua anak saudaraku jua anakku...kiranya ini pembuka dan penutup untuk tahun 2011 nie..bermuala dari

1) Muhammad Aliff Irfan - 4 Januari
2) Nur Zahra Qaleedha - 1 April
3) Anis Farisa - 15 Ogos
4) Anis Fiona - 18 Ogos
5) Muhammad Aniq Aqmar - 14 September
6) Nur Zahra Qaleesya - 8 Oktober dan penutupnya
7) Muhammad Aliff Haikal - 10 Oktober....

Masing-maing sibuk dengan tugas masing-masing..edi ngan ipan sibuk meniup belon.. mak sibuk dengan kek pisangnyer..akak sibuk ngan bubur kacangnya..mak ipan si Ina dari malam sibuk dengan agar-agar bandungnya..alin dan ina sibuk menolong menyedikan bahan-bahan dan aku pulak dua kuali bihun..orang dah sampai aku masih belum ready so terpaksa kuserahkan sambal ikan bilis utk diurus alin..tak menang tangan nie.. anak-anak kecik semua urusan ayah-ayahnya..

tepat pukul 3 tetamu-tetamu pun datang.. kali ni kami cuma dapat jemput keluarga along jer..makngah petang semalam sekeluarga ke Perak.. walaupun tak ramai yang penting tetap meriah..

selepas acara meniup lilin..makan-makan pun bermula....silakan makan semua...heeee...













Sunday, 6 November 2011

Meriahnya Aidiladhaku 10 Zulhijjah1432

Salam Aildiladha 1432..

Alhamdulillah kami dapat menyambut aidiladha tahun ini bersama-sama seisi keluargaku..cuma along n abg. rahim sekeluarga jer takde....tapi aku tetap bersyukur kerana dapat bersalam dan bermaaf-maafan dengan adik-beradik yg lain dipagi hari raya yang mulia ini...

Tahun ni aku dan lan dapat sama-sama dapat berpuasa arafah pada 9 Zulhijjah..moga Allah memberkati dan menerima amal ibadat kami. Besar sungguh pahalanya..Moga tahun-tahun mendatang aniq juga berpeluang berpuasa bersama-sama kami. Namum begitu tahun ni hajat aku masih tak kesampaian..tak dapat juga kutunaikan sembahyang sunat aidiladha..maklumlah semua orang sibuk siapalah nak jaga sicomel kami tu...

Macam biasa walaupun hariraya aildiladha tak semeriah aidilfitri kami tetap menyambutnya dengan cara kami..akak menghias rumah..mak masakkan ketupat dan ayah pulak mencari ke ceruk kampung kepala lembu..sayangnya tahun ni takde pulak orang jual kepala lembu...

Sepanjang perjalanan kami dari KL ke Kampung aku tiba-tiba teringin sangat aku nak makan 'penganan' atau bahasa mudahnya dodol camtu juga teringin nak makan ketam masak cili. Tak ku sangka sesampinya dirumah, mak bagitahu semalam baru jer lepas mengacau dodol kat umah makngah, dalam peti ais ada 4 peker penganan..ayah pulak balik dari pasar bawa ketam..Alhamdulillah besarnya rahmatmu Kau penuhi segala yang kuhajati..mungkin inilah salah satu nikmat yang diberi Allah S.W.T..amin ya rabbal alamin..lepas rasa kempunan..heeee

Selesai jer sembahyang sunat aidiladha kami sekeluarga duduk makan bersama sambil bermaaf-maafan...moga aidiladha tahun ni membawa kebahagian buat kami sekeluarga... selepas bermaaf-maafan kami pun menjamu selera dengan ketupat, kuah kacang special dari mak..rendang ayam dan bihun sup...oooo marvellous...

















Saturday, 22 October 2011

Alhamdulillah :- No. Tersenarai Dalam Cabutan Undi Rumah Prima


Alhamdulillah dah masuk ke website www.pmo.go.my dan check semakan no. undi yang berjaya…Yeahhh syukur sangat no. kami tersenarai…Tapi baru tersenarai ye..belum ditapis bagai ag...Ni lah pertama kali terasa nak buat aset, tambah lak dengar kerajaan umumkan Program Perumahan Rakyat Satu Malaysia nih…Terus amik peluang...Suamiku yang beria-ia nak sangat..borang pun dia yg isi segalanya pertukaran IC dan pertukaran alamat semua dia yg rancangkan...
No. yang pink tu nombor cabutan kitaorang....
Bertungkus lumus tau kami g tukar IC, daftar ngundi untuk Parlimen Putrajaya bagai untuk melayakkan diri bagi memenuhi syarat kelayakan bagi memohon rumah nih…sampai terpaksa kami amik cuti semata-mata tukar IC baru and then terus ke SPR tukar pusat mengundi..kebetulan aniq masatu belum sihat sepenuhnya meragam ngan buat perangai kat JPn..geramnyer rasa ati...

tapi bila keluar keputusan nombor kami 6317 tersenarai...tiada ucapan lain termampu kami ucap selain daripada ' ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR.....' rezeki yang Allah bagi..
Skarang tunggu tapisan seterusnya sama ada kami melepasi syrat-syarat yang ditetapkan..rasa yang lain takder masalah cuma aku baru jer tukar pusat mengundi kat Putrajaya nie..menurut sahabatku yg berada kt SPR..katanya ramai yg tak melepasi syarat..kecut jugak perut tapi apapun kami berserah kepada Allah S.W.T..kalau itu rezeki kami tetap akan jadi rezeki kami begitu juga sebaliknya
Satu lagi doaku biarlah kami dapat rumah yg 1006 persegi tu..heee..bukan pe biarlah rumah ini agak selesa...moga Allah memperkenankan doaku ini...amin...


Tuesday, 18 October 2011

hooreyyy..sayang ibu dah berjalan.....


Alhamdulillah kini aniq dah pun berjalan dengan gagahnya walaupun ada goyang-goyang lagi anak ibu nie..excited sangat tengok sayang ibu ni kesana-kesini berjalan-jalan...comelnyer ibu tengok..

Tak sabar ibu nak lepaskan aniq jalan-jalan pakai kasut cantik..sebut pasal kasut ibu masih belum lagi ganti kasut aniq yang hilang aritu..nanti ibu ayah carikan yer sayang....

dah dapat 'kaki' ni memang tak duduk diam lah sayang ibu lepas nie..



Saturday, 15 October 2011

Dugaan aniq setahun...14 Sept - 14 Okt 2011

Aduhai sayangku aniq..

Sungguh saat-saar itu amat menduga hati ibu..ayah serta semua orang yang menyayangi aniq...
biarpun bukan dugaan yang besar tapi sedikit sebanyak hati ibu, ayah, maktih yang menjaga aniq risau sebab demam aniq berulang-ulang sejak cucuk setahun aritu..cirit birit aniq pulak dah hampir sebulan sejak ibu tukar susu aniq..





masuk ni dah kali keempat aniq bertukar susu...semuanya tak sesuai..ibu dah taktahu nak buat apa...ibu kesian kan aniq..ibu tengok badan aniq makin susut tambah pulak aniq demam s..belum tambah batuk dan selsema...lagi buat ibu risau..




Syukur pada Allh S.W.T aniq tetap aktif walau aniq kurang sihat..anak ibu ni kuat semangat kan sayang...
Dalam sebulan ni ntah berapa kali ibu dan ayah ulang alik klinik..paling teruk 8hb aritu sampai pukul 2pg aniq kat hospital..sampai-sampai jer diaorang terus suruh mandikan aniq..kesian aniq nangis-nangis sejuk...baju pun tak boleh dipakai...ber'pampers' jer sayang ibu nie..

ibu kena displin untuk bagi aniq ubat..setiap 6jam aniq kena makan ubat lagi aniq meragam..berpaksa-paksa..berpegang-pegang untuk bagi aniq ubat..aduhai anak ibu kenapa tak mahu makan ubat sayang.. walau berat ibu terpaksa bagi ikutkan hati ibu tak mahu setitis ubatpun dalam badan aniq..tapi apalah kudrat ibu dan ayah...ini jalan yang terbaik...

11hb tu ibu dah tak sanggup lagi nak tunggu, sekali lagi ibu dan ayah bawa aniq ke Klinik Putrajaya..aniq kena ambil ujian darah sebab demam aniq dh masuk 5 hari...aniq tak pernah demam lama cam gini..dari luar ibu dengar suara aniq meraung  kena cucuk..bila masuk bilik doktor aniq kena sedut gas untuk cairkan kahak..lagilah ank meragam.Dekat bilik Prosedur 22 tu bergema dengan tangisan aniq sebab tak mahu pakai topeng gas tu..ibu keraskan hati..biarlah ibu sanggup tengok anak ibu menangis meronta-ronta asalkan anak ibu sihat...ibu nampak bebrapa orang memerhatikan ibu, ayah dan aniq..entah apa yg terdetik dihati mereka tapi dihati ibu dan ayah..kami nak aniq cepat sembuh... Balik dari klinik aniq tidur dari jam 2 hinggalah jam 6ptg.. malam pun aniq tidur awal..mesti aniq letih sangat kan..

Alhmamdulillah ibu tengok demam aniq makin kurang cuma tinggal batuk-selsema dan cirit birit  yang entah bila akan berakhir ..hari ini aniq kena dok umah mak ngah sebab maktih malam nanti baru sampai...

Ibu ingat dah rasa lega tapi rupanya bertambah lagi satu..aniq kena ruam lampin..aduhai sayang ibu..menangis-nangis pedih, tambah teruk bila aniq kerap berak. Tiap kali kebilik air, tiap kali itulah aniq meraung..bertambah hiba hati ibu..sayang kalaulah boleh ditukar ibu sanggup tanggung semuanya...

Malam ni ibu nekad tukar susu aniq yang lactose free..pusing presint 8 dan 9 untuk cari susu aniq tapi apakan daya takder..takperlah sayang, sabtu ahad nanti ibu cari lagi...

14hb Oktober 2011.. hari ini genap aniq setahun sebulan...anak ibu dah mkin jauh langkahnya...biarpun jalan jatuh tapi ibu dapat lihat keyakinan anak ibu untuk berjalan... dan yang paling mengembirakan cirit-birit aniq dah tiada...Alhamdulillah

Mungkin benar kata orang aniq nak ringankan badan untuk berjalan...hati ibu lega sangat lihat aniq ceria camni..makan pun dah lalu..ruam aniq pun dah tiada..Syukur pada Allah S.W.T

Tiada lain doa ibu hanya untuk yang terbaik buat aniq..