Sunday 6 November 2011

Meriahnya Aidiladhaku 10 Zulhijjah1432

Salam Aildiladha 1432..

Alhamdulillah kami dapat menyambut aidiladha tahun ini bersama-sama seisi keluargaku..cuma along n abg. rahim sekeluarga jer takde....tapi aku tetap bersyukur kerana dapat bersalam dan bermaaf-maafan dengan adik-beradik yg lain dipagi hari raya yang mulia ini...

Tahun ni aku dan lan dapat sama-sama dapat berpuasa arafah pada 9 Zulhijjah..moga Allah memberkati dan menerima amal ibadat kami. Besar sungguh pahalanya..Moga tahun-tahun mendatang aniq juga berpeluang berpuasa bersama-sama kami. Namum begitu tahun ni hajat aku masih tak kesampaian..tak dapat juga kutunaikan sembahyang sunat aidiladha..maklumlah semua orang sibuk siapalah nak jaga sicomel kami tu...

Macam biasa walaupun hariraya aildiladha tak semeriah aidilfitri kami tetap menyambutnya dengan cara kami..akak menghias rumah..mak masakkan ketupat dan ayah pulak mencari ke ceruk kampung kepala lembu..sayangnya tahun ni takde pulak orang jual kepala lembu...

Sepanjang perjalanan kami dari KL ke Kampung aku tiba-tiba teringin sangat aku nak makan 'penganan' atau bahasa mudahnya dodol camtu juga teringin nak makan ketam masak cili. Tak ku sangka sesampinya dirumah, mak bagitahu semalam baru jer lepas mengacau dodol kat umah makngah, dalam peti ais ada 4 peker penganan..ayah pulak balik dari pasar bawa ketam..Alhamdulillah besarnya rahmatmu Kau penuhi segala yang kuhajati..mungkin inilah salah satu nikmat yang diberi Allah S.W.T..amin ya rabbal alamin..lepas rasa kempunan..heeee

Selesai jer sembahyang sunat aidiladha kami sekeluarga duduk makan bersama sambil bermaaf-maafan...moga aidiladha tahun ni membawa kebahagian buat kami sekeluarga... selepas bermaaf-maafan kami pun menjamu selera dengan ketupat, kuah kacang special dari mak..rendang ayam dan bihun sup...oooo marvellous...

















No comments: