Monday, 7 November 2011

Majlis makan-makan sempena harijadi..Tq umi..

Terima kasih Umi...!!!

Anak ibu and anak-anak sudara maklang kena ucapkan terima kasih kat umi (kak fizah) sebab bersusah payah mengadakan majlis makan-makan sempena harijadi semua anak saudaranya..terima kasih umi moga Allah murahkan rezeki, beri kesihatan yg baik dan yang paling nak dipercepatkan jodoh...amin..

11 Zulhijjah 1432 @ 7 November 2011..rumah kami mengadakan majlis makan-makan bersempena harijadi semua anak saudaraku jua anakku...kiranya ini pembuka dan penutup untuk tahun 2011 nie..bermuala dari

1) Muhammad Aliff Irfan - 4 Januari
2) Nur Zahra Qaleedha - 1 April
3) Anis Farisa - 15 Ogos
4) Anis Fiona - 18 Ogos
5) Muhammad Aniq Aqmar - 14 September
6) Nur Zahra Qaleesya - 8 Oktober dan penutupnya
7) Muhammad Aliff Haikal - 10 Oktober....

Masing-maing sibuk dengan tugas masing-masing..edi ngan ipan sibuk meniup belon.. mak sibuk dengan kek pisangnyer..akak sibuk ngan bubur kacangnya..mak ipan si Ina dari malam sibuk dengan agar-agar bandungnya..alin dan ina sibuk menolong menyedikan bahan-bahan dan aku pulak dua kuali bihun..orang dah sampai aku masih belum ready so terpaksa kuserahkan sambal ikan bilis utk diurus alin..tak menang tangan nie.. anak-anak kecik semua urusan ayah-ayahnya..

tepat pukul 3 tetamu-tetamu pun datang.. kali ni kami cuma dapat jemput keluarga along jer..makngah petang semalam sekeluarga ke Perak.. walaupun tak ramai yang penting tetap meriah..

selepas acara meniup lilin..makan-makan pun bermula....silakan makan semua...heeee...













No comments: