Saturday 15 October 2011

Dugaan aniq setahun...14 Sept - 14 Okt 2011

Aduhai sayangku aniq..

Sungguh saat-saar itu amat menduga hati ibu..ayah serta semua orang yang menyayangi aniq...
biarpun bukan dugaan yang besar tapi sedikit sebanyak hati ibu, ayah, maktih yang menjaga aniq risau sebab demam aniq berulang-ulang sejak cucuk setahun aritu..cirit birit aniq pulak dah hampir sebulan sejak ibu tukar susu aniq..





masuk ni dah kali keempat aniq bertukar susu...semuanya tak sesuai..ibu dah taktahu nak buat apa...ibu kesian kan aniq..ibu tengok badan aniq makin susut tambah pulak aniq demam s..belum tambah batuk dan selsema...lagi buat ibu risau..




Syukur pada Allh S.W.T aniq tetap aktif walau aniq kurang sihat..anak ibu ni kuat semangat kan sayang...
Dalam sebulan ni ntah berapa kali ibu dan ayah ulang alik klinik..paling teruk 8hb aritu sampai pukul 2pg aniq kat hospital..sampai-sampai jer diaorang terus suruh mandikan aniq..kesian aniq nangis-nangis sejuk...baju pun tak boleh dipakai...ber'pampers' jer sayang ibu nie..

ibu kena displin untuk bagi aniq ubat..setiap 6jam aniq kena makan ubat lagi aniq meragam..berpaksa-paksa..berpegang-pegang untuk bagi aniq ubat..aduhai anak ibu kenapa tak mahu makan ubat sayang.. walau berat ibu terpaksa bagi ikutkan hati ibu tak mahu setitis ubatpun dalam badan aniq..tapi apalah kudrat ibu dan ayah...ini jalan yang terbaik...

11hb tu ibu dah tak sanggup lagi nak tunggu, sekali lagi ibu dan ayah bawa aniq ke Klinik Putrajaya..aniq kena ambil ujian darah sebab demam aniq dh masuk 5 hari...aniq tak pernah demam lama cam gini..dari luar ibu dengar suara aniq meraung  kena cucuk..bila masuk bilik doktor aniq kena sedut gas untuk cairkan kahak..lagilah ank meragam.Dekat bilik Prosedur 22 tu bergema dengan tangisan aniq sebab tak mahu pakai topeng gas tu..ibu keraskan hati..biarlah ibu sanggup tengok anak ibu menangis meronta-ronta asalkan anak ibu sihat...ibu nampak bebrapa orang memerhatikan ibu, ayah dan aniq..entah apa yg terdetik dihati mereka tapi dihati ibu dan ayah..kami nak aniq cepat sembuh... Balik dari klinik aniq tidur dari jam 2 hinggalah jam 6ptg.. malam pun aniq tidur awal..mesti aniq letih sangat kan..

Alhmamdulillah ibu tengok demam aniq makin kurang cuma tinggal batuk-selsema dan cirit birit  yang entah bila akan berakhir ..hari ini aniq kena dok umah mak ngah sebab maktih malam nanti baru sampai...

Ibu ingat dah rasa lega tapi rupanya bertambah lagi satu..aniq kena ruam lampin..aduhai sayang ibu..menangis-nangis pedih, tambah teruk bila aniq kerap berak. Tiap kali kebilik air, tiap kali itulah aniq meraung..bertambah hiba hati ibu..sayang kalaulah boleh ditukar ibu sanggup tanggung semuanya...

Malam ni ibu nekad tukar susu aniq yang lactose free..pusing presint 8 dan 9 untuk cari susu aniq tapi apakan daya takder..takperlah sayang, sabtu ahad nanti ibu cari lagi...

14hb Oktober 2011.. hari ini genap aniq setahun sebulan...anak ibu dah mkin jauh langkahnya...biarpun jalan jatuh tapi ibu dapat lihat keyakinan anak ibu untuk berjalan... dan yang paling mengembirakan cirit-birit aniq dah tiada...Alhamdulillah

Mungkin benar kata orang aniq nak ringankan badan untuk berjalan...hati ibu lega sangat lihat aniq ceria camni..makan pun dah lalu..ruam aniq pun dah tiada..Syukur pada Allah S.W.T

Tiada lain doa ibu hanya untuk yang terbaik buat aniq..

No comments: