Hari ini genap 2 tahun usia pernikahanku dengan suamiku tercinta..
Ya Allah tiada lain yang kuharapkan dalam melayari bahtera rumahtangga ini selain dari kebahagian, keceriaan, kasih sayang dan keamanan yang berkekalan..
Sesungguhnya dalam tempoh 2 tahun ini, aku bersyukur kerana dari awal hingga ke hari ini kasih sayang antara kami masih utuh..tiada apapun yang berubah... 5 tahun dulu lelaki itu kukenali...2 tahun yg lalu lelaki itu ku nikahi dan lelaki itulah yang kasih sayangnya tidak berbelah bahagi terhadap diriku sehingga ke hari ini...lelaki itulah suamiku Azlan bin Kamaruddin...
Ya Allah rapatkan kasih sayang antara kami..satukan lah hati-hati kami.. janganlah Kau dugaku dengan dugaan yang berat..janganlah kau alihkan perhatian dan kasih sayang Mu dan suamiku dari ku...
Amin...
Aku berjanji aku akan setia hingga ke akhir hayat... aku mohon agar aku tetap menjadi isterinya didunia dan akhirat... Ya Allah berikanlah aku kekutan untuk menjadi isteri yang baik dan solehah buat suamiku...
*******************************************************************************
8.30 mlm..
Kami masih lagi dalam perjalanan pulang dari Perak ke Putrajaya.. Nak buat macam mana jalan jem.. Telifon aku dan Lan berbunyi.. reminder Annivesary kami... aku tersenyum kearah lan didepan yang juga tersenyum...
Tepat 8.30mlm ( 28 November 2009 ) Majlis akad nikah kami bermula...
Aku mengusik lan.. Kami sah jadi suami isteri selepas 3x lafaz... mengenangkan semua itu kami dua-dua tertawa... terlupa pulak aniq sedang lena tidur... heee...
Plan nak gi beli kek..makayah pun ada kat rumah tapi memang tak sempat.Takpelah esok kami akan celebrate..esok adalah Annivesary kami bersanding....
Ya Allah bahagianya hidupku moga hingga akhir hayat kami bahagia seperti hari ini...
No comments:
Post a Comment