Thursday 29 September 2011

Supplement Tambahan untuk Aniq..

Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak..begitu juga aku dan lan.Sebagai  ibubapa kami  begitu berharap aniq membesar dengan  badan, minda dan hidup yang sihat...Oleh demikian berbagai cara yang kami fikirkan untuk kesihatan aniq dari sekarang

Sememang kami kurang mampu seperti orang-orang lain...kami tak mampu belikan aniq susu yang mahal yang katanya begitu kaya dengan DHA dan pelbagai AA lagi..namun syukur Alhamdulillah walaupun aniq minum susu yang tak lah kaya dengan AAA nya tapi aniq tetap membesar dengan sihat dan alhamdulillah sehingga setahun ini aniq tak pernah keluar masuk wad..

Namun sebagai manusia dan ibu, aku tetap impikan dapat melihat aniq seperti anak-anak yang lain..aku impikan aniq cepat membesar dan menjadi hamba Allah yang bijak..aku tak mahu aniq ketinggalan didunia dan akhirat...Aku impikan aniq seorang yang berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang 'hafiz' al-quran. yang sentiasa menjadikan Al-Quran panduan hidup..

Semalam dah sampaipun stok Examo CKM 500 yang aku order..satu untuk ina dan ank-anak, satu lagi untuk aniq..semalam juga ketika kami ke Guardian, aku belikan juga Scoot Emulsion perisa oren untuk aniq..mulanya aku ada terbaca minyak ikan jenama Pristin adalah yang terbaik, tapi megenangkan harganya yang mahal..aku terpaksa lupakan hasrat tu..bukan aku berkira untuk kebaikan aniq..tapi banyak lagi tanggungjawap yang harus aku pikirkan, aku takut sekiranya aku terlalu ikutkan hati, kami akan terdesak sedangkan banyak lagi keperluan yang harus kami fikirkan..

Cukuplah dahulu 2 makanan ini untuk aniq..lagipun sekarang aku dah mula berikan aniq Madu.walaupun bukan sesudu, aku cuma celupkan dijariku dan kusuapkan kat mulut aniq.. 

ini kerana aku percaya madu adalah makanan sunnah yang mempuyai 99 penawar dan khasiatnya tertulis dalam Al-Quran dan Sunnah...dan madu itu juga asli kerana diambil sendiri oleh ayah..

Moga keberkatan makanan-makanan tersebut Aniq mendapat manfaatnya...itulah doakan setiap hari..

Mula hari ini pagi-pagi aniq akan makan Examo 2 biji untuk 3 minggu nie..dan sebiji untuk seterusnya..petang pula aniq akan makan scoot emulsion pemberian ina..dan malamnya pula aku akan suapkan madu...

Tiada lain yang ku harap moga bila aniq besar nanti aniq tahu ibu dan ayah sentiasa mengharapkan dapat membuat yang terbaik untuk aniq..moga bila kami tua nanti, aniq mengenang semua itu dan menjadi anak yang baik kepada kami berdua

..amin....

No comments: