Thursday 29 September 2011

Aniq belajar Sembahyang...

Alhamdulillah...

Itu yang mampu aku ucaokan kepada Allah S.W.T atas perkembangan aniq sekarang..Syukur aniq sentiasa sihat walafiat walaupun dah 2 minggu ni aniq asyik cirit birit jer...tak tahu kenapa mungkin susu aniq dah tak sesuai..tapi aku pun tak tahu susu apa nak bagi kat aniq..

Dah dua hari ini hati aku berbunga-bunga..sejuk perut aku mengandung kan aniq...aniq dah mula menunjukkan minatnya untuk belajar sembahyang...tiba-tiba malam kelmarin selepas kami sembahyang, aniq pun merangkak-rangkak ke Sejadah..dan tiba-tiba dia laung allah hu akbar ( awahubar.. dalam bahasa dia..heee) dan terus letakkan dahinya ke Sejadah..aku dan lan berpandangan sesama sendiri..Alhamdulillah...Inilah yang sering kukatakan kepada suamiku lan..apa yang kita lakukan sekarang akan mengajar anak kita..jadi lalkukan semua perkara yang bermanfaat moga ia akan menjadi ikutan anak kita...





Malam tadi pun berlaku perkara yang sama sesudah aku menunaikan sembahyang isyak..aniq terus menerpa  dan melakukan perkara yang sama..sujud berkali-kali...melihat dia aku pun melakukan perkara yang sama..dalam hatiku berdoa moga aniq menjadi anak dan hamba Allah yang beriman..dan sayang ibu dan ayah besar nanti jangan tinggalkan sembahyang....

Ya Allah... jadikan zuriatku ini hambamu yang terbaik....Amin...

No comments: