Thursday 24 March 2011

Aniq oh aniq....kesian sayangku..

Aku cuti arini..tak sanggup rasanya nak anta aniq kat nurseri lagi..aku betul-betul terasa tekanan dan dugaan bila melibatkan perkara berkaitan aniq...aku tahu orang lain takkan mampu menjaga aniq sebaik keluarga sendiri..tapi aniq masih bayi..dia tak tahu apa pun..sebelum ni aniq tak pernh alami benda nie..

kemarin aniq menangis..kuat sangat...mungkin ruam lampin tu dah melecet..itu yang aniq rasa pedih bila kena air..tapi nak tak nak aku kena juga cuci berak ngan kencing dia gunakan air...tiap kali aniq menjerit sakit...tangisan dia betul-betul merentap hati aku...

aku tak tahu apa aku nak buat..aku takkan mampu cari tempat yg terbaik untuk jaga aniq..semua nurseri sama jer..selagi mereka tak terkena kat batang hidung sendiri, selagi itu mereka akan lalai dengan tanggungjawab dan pekerjaan mereka..mereka buat kat anak oran..aku doakan tuhan akan membalas perbuatan diaorang..aku tak doakan untuk anak mereka..tapi biarlah mereka yg tanggung sendiri..

mungkin aku salah jika tak bekalkan krim untuk ruam lampin...tapi semua barang telah aku sediakan cuma sapukan jer..itupun mereka tak buat..semua nak cari jalan mudah jer..kalau tak mahu kerja mengadap berak bayi..kenapa pilih kerja PENGASUH?????? cari lah kerja lain...

aku geram sangat tapi aku tak tahu mana nak aku luah rasa geram nie..aku tak nak bermasam muka dengan mereka sebab muka itulah aku nak hadap hari-hari selama aniq dihantar kat nurseri ni...aku cuba imbang supaya tak terus tenggelam dalam api benci...

Ya Allah.aku lemah dalam dugaan nie..aku cuma minta aniq sentiasa dilindungi, dikasihi dan sihat selalu..tentang ruam aniq ni aku mohon tuhan percepatkan lah moga ia cepat sembuh...4arini aku akan jaga aniq sendiri kat rumah...moga-moga cepat sembuhnyer..

sayang ibu kuat kan hati ehh...nangis lah sayang ibu ngan ayah akan sentiasa memeluk dan memujuk aniq...

No comments: