Wednesday 4 February 2009

Aku dan kisah hati - 1

Inilah kisah hidupku..kisah dari hatiku…

Aku dilahirkan pada jam 12mlm, 28 Ogos 1982 di Hospital Seremban..aku merupakan anak ke 4 dari 7beradik…kini usiaku telahpun menganjak ke 27 tahun…tak terasa masa bergerak begitu pantas meninggalkan usia-usia remajaku…

Aku memulakan zaman kanak-kanak..zaman tadika di Pasoh 4, Negeri Sembilan..ketika aku berusia 8 tahun, seisi keluargaku berpindah ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Guar Chempedak, Kedah dimana Aku cuma sempat bersekolah beberapa bulan dalam darjah 3 dan seterusnya keluargaku berpindah pula ke Sungai Petani..LALU aku hanya memulakan persekolahan pada usia 10 Tahun di SK Khir Johari…Setelah setahun disitu, aku berpindah pula ke SRK Tuan Syed Jan Al-Jaffri  dalam Tahun 5 kerana kami mendapat rumah RPA di Taman Sri Tanjung, Sungai Layar..

Pelbagai dugaan, cabaran  dan hidup berpindah-randah menjadikan aku dewasa..Aku bersyukur kerana pengalaman ini menjadikan aku sedar kesusahan yang memberi aku erti kehidupan..dan aku melihat sendiri betapa susahnya ayah dan mak mencari sesuap nasi bagi menyara kami..

Ketika rakan-rakan seusiaku menikmati zaman bermain..bergembira..berlari mengejar arus masa…aku tak pernah merasakan itu satu keperluan, tak pernah terlintas di fikiran untuk meminta kerana aku tahu setiap sen itu amat berharga..itulah titik peluh mak & ayah…

Berbekalkan keputusan 2A dalam peperiksaan UPSR, aku diterima masuk kelas 1A - 3A di SM Sungai Layar, berada di kelas Pertama menjadikan aku seorang pelumba agar aku tidak terjatuh dari tangga atas. Pelbagai dugaan termasuklah kerenah jiran tetangga menjadikan aku seorang yang ‘menyendiri’ dalam duniaku..Kata ayah “kita tidak perlu rakan..saudara..dirumah ini kita punyai segalanya, kenapa perlu org luar utk mendampingi..mereka tidak akan pernah peduli saat kita jatuh..saat kita susah…”

Bertitik tolak dari itu, aku terus bersendiri..tapa perlu rakan-rakan disisi..disaat rakan-rakan keluar sesama berhibur, aku cuma meniti masa dirumah..menolak dgn baik pelawaan yang datang….
Ketika rakan-rakan menikmati cuti semester ke Tingkatan 4, aku sudahpun mula keluar bekerja..Kedai kain Abg Zakaria & kak ZAnah menjadi tpt pertama aku bekerja.Biarpun ada huluran cinta disitu tapi larangan keras ayah sentiasa aku bawa kemana-mana..

Sesudah keputusan PMR diumumkan, aku memilih utk ke Aliran Teknik…aku membawa diri…SMT Teknik Sg. Petani 2 tempat aku bertapak, cuba mengejar masa depan..Inipun kerana emak..emaklah org yang paling gembira pabila aku terpilih untuk kesana..

Ditempatkan di kelas Pengurusan Perniagaan 2, menjadikan aku teruja menerokai bidang Akaun..Perniagaan dan menjadikan aku jatuh cinta..aku masih juga menjadi tumpuan guru-guru..aku senyum sendiri mengenangkan semua ini…terima kasih cikgu! Maafkan daku kerna sikapku dahulu…

Sesudah tamat Tingkatan 5..3 hari setelah tamat kertas terakhir SPM, aku memulakan kerja sebagai Operator Pengeluaran di Sony, Penang..Saat inilah aku belajar memikul tangungjawab menyara keluarga..AKu bertiga dengan akak & Along sama-sama mencri rezeki..aduh!!! betapa getirnya hidup utk mencari sesuap nasi..menumpang dirumah orang penuh duka…

Disini aku belajar segala-galanya..terima kasih Tuhan..makayah, kerana mengajar aku dalam usia yg begitu muda utk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga..biarpun adakala berhari tanpa sesuap nasi, pernah satu ketika, hanya keropok 10sen yg mampu aku, along & akak beli untuk alas perut..itulah yg kami mampu beli..dan saat itu, ianya sudah lebih dari mencukupi biarpun terpaksa berkongsi 3….itulah saat-saat manis..manis dalam lipatan kenangan…bila hujung bulan, itulah hari yang paling mengembirakan utk kami sekeluarga..

Setelah keluar keputusan SPMV, aku bersyukur kerana memperoleh keputusan dengan Pangkat 1..
Setelah 6 bulan di Sony, aku berhenti dan bekerja sebagai Cashier di Ceria, Sungai Petani.aku tidak bersendirian kerana akak & ina adikku turut kerja bersama..Oleh kerana itu, aku tidak pernah bersendirian kerana keluarga ada..dan aku cuma perlukan mereka…

dan saat itu aku mengikat janji….janji untuk bersama seseorang…

Aku menerima tawaran untuk Ke Politeknik dan Tingkatan 6..aku juga menerima tawaran untuk mengikuti Ijazah dalam bidang Perniagaan tapi aku menolak dengan hati yg senang..aku janji dengan mak..” pasti akan ada peluang yg lebih baik utk ti nanti..ti nak kerja, ti nak tolong mak…” saat itu mak hanya menangis…”bairlah mak, akak yang sambung dahulu…nanti ti pulak…”

Melihat rakan-rakan melanjutkan pelajaran, aku hiba..tapi inilah jalan terbaik utk aku..ini jalan yang aku pilih..atas pertolongan kawan perempuan abg, aku memohon borang SPA..
Setelah sebulan berlalu, aku dipanggil interview Nurse..kemudian Juru X-ray..tapi nasib tidak menyebelahiku..tapi alhamdulilah, Surat panggilan Interview tidak pernah putus  mengunjungi rumahku..

Ketika aku bersedia untuk menghadapi Interview sebagai Guru Maktab, aku menerima lagi panggilan Interview ke-3 sbg Pembantu Tadbir.. dan disitulah bermula kisah hidupku….dan kata ayah..jangan sesekali menolak rezeki..dorongan ayah membuatkan aku pergi juga interview ketiga ini..

Awal 5pg, aku dan ayah membonceng Motosikal ke Kolej Bidan, Alor Setar utk menghadiri Interview..Aku acuh tak acuh kerana pengalaman 2 interview sebelum ini bagiku sekadar menghadirkan diri….

Bersambung…..

Februari 3rd, 2009 at 11:02 pm

No comments: