Tuesday 17 February 2009

Aku dan Kisah dari Hati - 2


Terima je surat Interview…aku menyiapkan segala persiapan yang penting..aku terpaksa membahagi bahan-bahan yang perlu aku cari..jadi hampir setiap hari aku cuti, ayah menghantar dan mengambil aku di perpustakaan awam dekat Taman Jubli
Pertama aku mencari bahan untuk interview sebagai Guru dan kedua isu-isu berkenaan dengan Pembantu Tadbir walaupun aku tidak bersungguh-sungguh kerana aku lebih berminat untuk menjadi seorang guru..

30/10/2001 - Tepat jam 5pagi..aku dan ayah membonceng motor ke Kolej Bidan, Alor Setar..Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sehinggakan aku tertidur atas motor kerana mengantuk dan sejuk..Sampai di sana pun sudah hampir jam 730.aku terus melapor kehadiranku kepada urusetia tersebut..Aku merupakan calon ke 8 untuk ditemuduga..
Setelah selesai sesi temuduga, barulah aku makan dengan ayah..selesai sudah…tapi esok aku kena bersedia pula untuk interview guru maktab pula…

Aku meneruskan kerja seperi biasa di Pasaraya Ceria sehinggalah satu hari posmen mengirim kerumah satu surat bersampul besar dari  ’Suruhanjaya Perkhidmatan Awam’..sampul tersebut mengandungi surat tawaran bertarikh 21 Nov 2001 dan dokumen-dokumen yang perlu aku uruskan sebelum melapor diri..
Alhamdulillah aku telah berjaya mendapat kerja tersebut..aku gembira keranan lulus interview tersebut..gembiranya kedua orang tua dan keluargaku..cuma hati aku..

Hari berikutnya aku mendapat surat dari JPA supaya aku melapor diri pada 16 Januari 2002 di Putrajaya…semua gembira cuma hati aku berkira-kira untuk kesana…PUTRAJAYA..satu tempat yg asing padaku….

Ada yang bersetuju..dan ada juga yg menghalang aku kesana..pelbagai alasan aku beri tapi makayah berharap aku menerimanya..dan ketika itu ada insan yang tidak sanggup juga aku tinggalkan..tapi kerana kepercayaan…kesetiaan.. aku percaya dengan takdir Ilahi…
Aku dan ayah menaiki bas ke Kuala Lumpur.Aku menumpang di rumah abg sulungku..16 Januari 2002 kami ke Putrajaya dan aku diminta melapor diri di Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri…dalam hatiku mula menangis…

tapi..ini juga doaku kerana ayah telah berjanji sekiranya penempatan aku di KL, aku akan kerja disini dan sekiranya aku bertugas di Putrajaya, ayah membenarkan untuk aku menolak tawaran ini..dan esoknya aku nekad utk pulang semula kedah… gembiranya aku dekat semula dengan keluarga ..aku tak mahu kemana-mana lagi…

Tapi kegembiraan itu tak lama..sebulan selepas itu abg sulung ku memberitahu ayah bahawa aku dikehendaki melapor diri semula..tanpa pengetahuanku, abg Rahim memohon rayuan penangguhan untukku…hatiku sedih semula…Pepun terima kasih Abangku…kernamu aku disini sekarang..

tiba harinya aku datang juga disini dan ditempatkan pula di Jabatan Peguam Negara..disini aku bertemu seorang kawan merangkap seorang kakak…Roza Atlia..dia menjadi teman rapatkuku disini, kebetulan kami sama-sama berulang dari keramat ke putrajaya..hinggalah aku berpindah ke Rumah sewa di Serdang..dan kemudiannya aku menetap di Putrajaya, kami masih lagi sentiasa bersama….banyak suka dan duka kami kongsi bersama…dan  aku kembali bersendiri setelah kak roza berpindah ke Johor pada tahun 2006…

Pelbagai duguaan ku tempuhi disini..hampir setiap malam aku menangis..aku cuma anak yang baru berumur usia 19 Tahun..dan anak tidak pernah sekejap pun berenggang jauh dari keluarga..anak yang takut pada kegelapan malam..Tapi kini  keadaan memaksa aku hidup di tempat asing dan bersendirian..  Ini bukanlah satu yang mudah untuk aku hadapi..penderitaan dan tekanan mengelilingi perjalanan harianku..
kesannya terus menghantuiku sehingga kini dan terus mengejar aku…

kisah kasihku dikhianati..kesetiaanku tak dihargai…hatiku makin walang…


Biarpun terasa kesunyian..aku dikelilingi rakan-rakan..Kak ita..Miza..kak Ti..Kak Ros..Kak Jar..Abg Indera…Kak Ji..CC..kak faezah…nama-nama yang sentiasa meniti dibibirku selama 7 tahun ini..inilah insan-insan yang ada membantuku disini…tika aku bergelut sakit yang sentiasa mengunjungiku..kepada mereka aku cuma mampu ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kerna menjadi abang dan kakak ku disini…kerna aku tiada sesiapun disini…

biarpun adakala ada kata dan perbuatan yang membuatku terhiris….aku tak pernah kisah dan itu ia tidak menjadi kudis dalam hidupku,  kerana ku percaya..Tuhan Maha Adil….
Aku menganggap inilah ujian dan balasan untukku..aku juga banyak berdosa kepadaNya dan biarlah pembalasan ku terima didunia..

kata ayah “biarlah orang nak buat apapun kat kita..kita jgn buat kat orang…” pesan mak pula ” jangan sesekali mencampuri hal orang..” biarpun adakala aku terlupa pesanan makayah..tapi aku cuba juga untuk menunaikannya..

Dan kini setelah 7 tahun..aku masih disini..masih di pejabat yang sama..masih dikelilingi rakan-rakan yg sama biarpun ada  baru  dan lama..tapi sebaiknya biarlah hubungan itu sekadar di pejabat..dan aku mengulangi kembali seperti mana ‘aku yang dizaman sekolah dahulu’ bukan tiada kepercayaan dan keyakinan..tapi telah berapa kali berlaku, keyakinan ku makin luntur..

Dan kepada seorang teman yang pernah ku kongsi suka duka ku selama 3 tahun dulu..kita kini telah asing..telah punya insan dihati…tiada apa kupinta cuma janganlah kau lupa bumi yang dipijak..
biarpun sehingga kini aku terasa kecewa kerana masih berada disini..tempat yg banyak memberiku memori-memori luka..

disinilah juga kesemaptanku bertemu ’seseorang’..seseorang yang memberiku erti sebenar kasih sayang…inilah salah satu hikmah yang Tuhan beri padaku..disini juga sedikit sebanyak dapat kutunaikan impian keluargaku…

dan telah Allah berikan jawapan kepada persoalan yang ku cari 7 tahun  lalu…


Biarlah aku begini..biarlah aku dengan kehidupanku…
aku masih jua ada tempatku membuka segala rahsia hati..meluahkan segala perasaan terbuku..bercerita kesedihan dan kedukaan hati…yang sentiasa Maha mendengar…Maha Mengetahui..Maha Pengasih…Maha keatas segala-galanya..dan tiada yang  melebihi selain dari diriNya…

dalam ketenangan ini aku mencari kekuatan diri yang telah hilang..biarpun diri ini sering lupa dan lalai..Dia sentiasa ada denganku..aku berdoa tunjukkan lah aku jalan yang lurus..iaitu jalan-jalan orang yang Kau redhai…

Amin…..

Februari 16th, 2009 at 9:28 pm

No comments: