Thursday, 6 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 - Part 2

tuk..tuk..tuk.. ku ketuk pintu Bilik P..Sebaik aku tolak jer tombol pintu tu.. aku lihat 2 orang wanita duduk kat kerusi dan meja berhadapan dengan pintu..manakala dihadapannya tersedia 2 kerusi dan satu meja kecil.


Aku memberi salam dan terus menghulurkan fail yang mengandungi segala isi sijil dan resumeku pada salah seorangnya.. tanpa disuruh duduk aku memohon kebenaran untuk duduk serta memaniskan muka semanis yang boleh.. terkenang saat2 interview Nurse..Juru Teknologi makmal..Guru dan akhirnya Pembantu Tadbir. Ini adalah interviewku yang pertama setelah 11 tahun 5 bulan aku berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan..aduhai usiaku pun dah menginjak 31 tahun..

Penginterview ku 2 wanita yang manaseorang agak berusia dan seorang lagi angaranku umutnya 36-37 tahun la..cantik danberkulit putih.. Dia seorang jer yang bertanya soalan padaku manakala seoranglagi aku lihat begitu tekun menyemak segala sijil-sijil dan dokumen yang aku bawa..sesekali dia memandang bila mana aku tak mampu nak jawap soalan..hish...

Aku kira penat juga aku menghafal introduce question..tapi haram sepatah pun aku tak disuruh introduce diri.. duduk jer aku terus ditanya..." calon KPSL kan..apa tugas utama kamu kat pejabat.." terkial-kial jugak aku nak jawap sebab dalam otak ready n intoduce diri.. orangnya cantik tapi kedekut tul nak senyum..tambah lagi la gerun aku nie..

tu soalan pertama.. aku juga dinta soalan-soalan berikut...

2. Berapa Orang EO kat Opis kamu.. - aku jawap 2-3 org alasan aku taktau sebab tak dok bahagian admin

3. Kamu tengok diaorang aktif tak.. - aku jawap tak pasti sebab bukan 1 bahagian.. aku refer pada PPUU

4. Apa tugas diaorang kat Opis kamu.. - aku jawap diorg urus perolehan..tatatertib..perjawatan..gagap                                                                       jugak..

5. Kamu rasa sikap apa yang seorang EO tu perlu ada.. - ni dia nak 3 jer tapi aku nak jawap 3 pun susah.. lastly aku bg jawapan mst seorang yg 1) berketrampilan dan bijak meminpin.... 2) berintegriti ( kena reject ).. 3) mahir dalam sesuatu bidang ( okla dia kata ) yg last tu hampir 3 minit baru aku leh jawap..4) bijaksana jer... alhamdulillah dia menerima jawapan aku yg macam budak sekolah rasanya..

6. Puas hati tak dengan tugas sekarang - puas hati

7. Apa risiko atau cabaran dalam bidang tugas sekarang - ni cakap aku terdedah dengan rahsia dan rahsia yang sangat2 orang nak tahu.. contohnya perjalanan sesuah kes... hentam jer...

8. Pernah handle Fail Terperingkat n Peringkat apa.. - aku jawap Fail Jemaah Pengampunan - Rahsia

9. Apa warna Fail Peringkat Rahsia - Merah palang Pink.. pink??? aku tengok dia kerut kening..he3.. merah jambu ikukan tapi besa la

10. Last ques.. Surat terperingkat daftar dalam Buku daftar apa..ni dia bagi aku masa..dia suh pikir takkan tak ingat..aku jawap aku tak rekod surat terperingkat..dia jawap balik dalam AK ada.. yg terlintas kat fikiranaku cuma AM92.. aku pun jawap AM92 kot.. dia perbetulkan rupanya aku miss angka 4.. jawapannya AM 492..

Truly aku cakapku memang gagap..memang blur walaupun semua tu ikutkan kaacng sangat pada orang2 yang ready dan steady..aku blur sangat.. aku diberi masa untuk berfikir lagi..baik jugak interviewer aku ni tapi muka dia yang garang tu buat aku kosong sangat..

Interview aku ni berlansung tak sampai pun 15 minit..10 minit pun taktau la sampai ke tak.. habis aku jawap soalan last tu dia cuma tanya " awak betul-betul nakke jawatan ni.." aku mstla jawap yer...sangat berharap...

Dia kata dia cumamemperaku dan yang akan melantik adalah SPA.. takpela ada rezeki aku adala.. dari cara aku jawap tadi pun aku rasa aku takde rezei jer.. penat aku baca buku satu pun tak ditanya..aduhai..

Dia tiada soalan lagi katanya dan aku dibenarkan keluar.. aku mengambilfail dan aku senyum kepada kedua-dua interviewer aku tu..aku dah usaha rezeki Allah yang bagi..

Sampai kat tepi bangunan tu aku terserempak semula mamat yang interview sebelum aku tu.. sempat jugak aku bercerita dengan dia..diapun terkejut sebab aku kena interview tp cepat  keluar..malunya aku mst dia pikir aku tak reti jawap n kena halau keluar..waaaaaaa...sampai ati dia.. dia kata dia pun geram dgn interviewer sbb tanya soalan ntah hapa2..dia ckpklu ada rezeki dia trima kalu takde pun dia cakap dia bukan merempat. berani gila dia nie cakap camtu kt interviewer..

Sementara tunggu suamiku ambil aku duduk kat pondok depan opis aku dulu tu... aku rasa aku dah lepas bebanandan time skrg aku tak nak pikir dah pasal tadi.lan sampai jer kami terus ke Alamanda, makan..baru aku ada selera..

tunggu la result kuar nt..pepun aku terima.....




Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 - Part 1

Kat opis ni sibuk jer semua orang bercerita pasal Interview EO sebab salah sorang kwan opis aku dapat..hmmm seronoknya dia aku ni entah bila lah rezekinya. aku dah pun lulus exam KPSL bulan Julai 2009.. Exam PTK pun dah dapat 4-4 tahun yg sama..tapi masih juga belum ada rezeki kenaikan pangkat...hmmmm

Tiba-tiba balik tempat aku cek email ada panggiln interview...hah..hah..terpingga-pingga aku dibuatnya.. Ya Allah macam tak percaya jer..aku belek sekali lagi email tu aku akan di interview pada 6 Jun 2012 kat SPA Parcel C..alhamdulillah..hmm kena rahsia ni aku tak nak gtau sapa-sapa lagi pun ni baru interview kan...

Persiapan pertama aku kena sediakan semua dokumen yang dia nak..aku anggar aku ada lebih kurang 1 bulan untuk membuat persediaan..iaitu untuk readykan ilmu didada untuk menjawap..huhuhu..stresssss....

Bermula lah episod aku mentelaah semula buku n internet mencari pengalaman kawan2 yg dah lepas interview..semaknya tak sanggup, cepatla masa berlalu..selagi tak lepas selagi tulah aku tak senang duduk.Alhamdulillah ada kesemapatan aku menunaikan sembahyang hajat dan Sembahyang Dhuha memohon dan bertawakal kepada Allah S,W.T..

Tibanya 6 Jun 2013... aku ambil cuti arini walaupun aku akan di interview pada sesi petang..usai sembahyang Dhuha, aku telifon mak dan ayah memohon doa dan restu...gtau adik beradik dan juga ipar duai..manakala suamiku..dialah insan yang setia disisi..menghantar dengan iringan doa dan restu...teringat kenangan sewaktu interview dulu2..ayahlah insan penyayang yang sanggup membonceng motor menghantarku hingga ke Alor Setar..sebab ayahlah aku berada di Putrajaya ini..

Kebetulan hari ini Hari Khamis...semua penjawat awam akan memakai Pakaian Batik.. Aku takdelah beria sangat, pakai je Baju Batikku yang sedia ada..cuma aku takde kasut tutup depan itu jer yang aku beli untuk dipakai interview hari ini.. kat tudung juga aku sematkan name tag ku..cam pelik jer tak penah skema camni..hahahaha

Aku akan di interview di Bilik P dan no. giliranku yang ke 21..maksudnya lagi seorang dan selepas itu nama aku akan dipanggil.. aku sempat berbual-bual dengan 2orang calon..setiap yang hadir penuh dengan harapan..begitu juga aku.. andai tertulis rezekiku, alhamdulillah andai tiada sekurangnya aku tetap bersyukur kerana tahun 2015 nanti aku dahpun KUP N22...

Sebaik sahaja keluar calon no. 19, aku lihat mukanya pucat sangat..yang termampu aku tanya ialah..lelaki ke perempuan? dia jawap 2-2 perempuan...ah sudah..habislah aku... katanya hampir 45minit dia di interview...apa lah soalan tu ek...aduhai..

Jam hampir 2.30.. bermakna calon yang ke-20 ni dahpun hampir setengah jam kat dalam...lamenyer..dia lelaki, ala-ala farid kamil aku tengok..

Tap..pintu bilik P dibuka dia pun keluar..muka nak sengih pun tak jugak..emosi pun ada jugakla sikit..dia senyum selamba kat aku dan cakap..." tak payahlah, balik jer...." aku terpingga jugak, kecut perut aku dengan kata-kata dia tu..sambungnya..." Diaorang suh masuk..."

Aku menjenjeng kemas fail dan terus ketuk pintu.....


Monday, 6 May 2013

Arrghhh.. serabutnya dan kusutnya hatiku..

Ya Allah.. lapangkanlah dada ku ini.. sesungguhnya saat-saat ini aku dalam keadaan gelisah dan tertekan..


lalu amalkan lah..

" Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan.."

Ya Allah aku bermohon dijauhkan dari perasaan sedih dan gelisah....


Thursday, 2 May 2013

Andai ini ujian buatku....

30 April 2013..



Aku dah tak mampu nak rahsia lagi.. aku keluar makan dengan lan..aku khabarkan juga kerisauan yang membenak fikiranku...aku tak mampu menyimpannya seorang... lalu aku ke klinik..

Aku keseorangan kerana suamiku harus balik ke Pejabat.. bila nombor giliranku dipanggil aku terus menyatakan segalanya..doktor menjalankan pemeriksaan dan katanya aku harus mendapat rawatan lanjut ke Hospital.. sekeping surat diring bersama untuk aku mendapatkan tarikh temujanji...

Hatiku rawan.. gelisah.. Ya Allah inikah dugaan untukku...

Airmataku tak mampu nak ditahan lagi..aku menagis dihadapan suamiku.. aku tak tahu perasaan yang bagaimana harus aku gambarkan.... mataku tak mampu untuk lena..fikiranku apatah lagi....

1 Mei 2013

Atas cadangan suamiku..kami balik ke kampungku.. aku percaya setiap penyakit ada ubatnya.. rawatan islam dan rawatan moden tetap aku percaya..

lalu kami ke rumah Pakcik baharum, kawan ayah.. mendengar kata-katanya hatiku sedikit lega.. moga Allah membantuku....

2 Mei 2013

Tepat pukul 9 kami ke Hospital Putrajaya... suamiku mengambil cuti semata-mata untuk menemaniku..hakikatnya aku takut dengan  segalanya... namun dalam hati aku sedang membina semangat untuk diriku.. aku sedang membina diri untuk redha... kata-kata doktor itu aku amati satu persatu.. terdapat sinar harapan dalam kata-katanya... moga Allah merahmati doaku... dan jauhkan aku dari duka ini

9 Mei 2013 ini aku harus datang semula untuk menjalani ujian patalogi..doktor sudahpun maklumkan untuk mengambil sampel dan menjalankan ujikaji makmal.. hakikatnya aku takut..sangat takut.. dan keputusan akan aku terima pada 30 mei 2013 nanti..



Doaku..

" Ya Allah aku redha segala ujianMu namun Ya Allah aku adalah hambaMu yang lemah, bantulah daku dalam mengharungi kehidupan ini.. Tabahkanlah hatiku dan tunjukkan jalan keluar yang terbaik buatku.. Andai ini yang telah tertulis aku redha andai ini sekadar UjianMu aku mohon Kau ringankanlah.. Kau berikanlah kesihatan yang baik buatku dan selutuh ahli keluargaku... Amin.."

Wednesday, 17 April 2013

Akukah yang bersalah....

Adakah salah aku sekiranya aku terlalu bersikap protektif.. terlalu inginkan perfectif hingga kamu rasa tidak selesa...



Salahkah aku bersikap begini sekiranya keselamatan kamu adalah keutamaanku..

Kamu tidak mengerti perasaan hatiku kerana kamu tidak berada ditempatku.. memikul tangungjawab menjaga kamu.. memikirkan tentang kamu...memikirkan keselesaan..keselamatan dan kehidupan kamu..

Biarpun adakala diri ini rasa penat..rasa lelah namun demi tangungjawab, demi rasa sayang,demi rasa kasih aku gagahi juga..

Biarpun adakala seakan dibelah diri ini kiri dan kanan namun aku tahan juga...hingga tak tahu arah mana yang perlu aku turut..

Ditelan mati..diluah juga mati...

Biarpun adakala marah..geram menguasai diri namun itu juga cuma seketika kerana sayang dan kasih itu mengatasi segalanya...teguran..marahku cuma untuk mengajar kamu.. cuma aku tidak tahu menyampaikan cara yang bagaimana hingga aku tahu ianya melukakan...

Akukah yang bersalah kerana terjadinya semua ini... akukah penyebab kesepian..kebosanan mendatangi kamu tapi tidakkah kamu pernah terfikir untuk berada ditempat aku...

Maafkan aku sekiranya pernah menjadi penyebab atas apa yang berlaku pada kamu..sungguh segala yang aku lakukan adalah kerana ALLAH.. bukan untuk kepentinganku..

Maafkan aku...

Friday, 5 April 2013

Cinta & Luka



"Dialah cinta saya hingga akhir hayat..."

"dialah cinta pertama dan cinta terakhir saya..."

" pintu hati saya hanya untuk nya dan akan setia hingga akhir hayat..."

" Dia hak saya seorang saya takkan benarkan insan lain merampasnya dari saya..."

♥♥

itulah antara-antara ayat cinta seorang insan kepada insan yang disayang..dicinta..dikasihi..

bahagianya andai cinta itu berkekalan hingga akhir hayat...indahnya andai segala yang dijanji dikotai sehingga mati...sucinya cinta andai tidak dikhianati dan betapa asyiknya andai cinta itu tidak berubah walau sekelumit pun warnanya...

saya percaya kepada cinta..saya percaya kepada kasih suci...dan saya juga percaya perubahan dan kecurangan...oh! terlalu susah nak ungkapkan seandainya cinta itu hancur ditengah jalan dan janji itu dimungkiri ...

namun kita cuma manusia yang merancang....

Menangislah semahu hati... lepaskanlah segala duka yang terbit namum luka tetap luka sampai bila pun luka itu takkan bertaut kembali....

namun

 Allah telah sediakan penyembuhan yang agung untuk mengatasi sakitnya luka mu itu....

Hari ini cinta itu hancur...berkecai... namun kita cuma manusia..halusilah bahawa cinta manusia itu tidak kekal lama.. Cinta Allah Yang Esa itu menjagamu hingga akhir hayat..

bukankah segalanya telah ditentukan oleh Allah, dan Allah pasti mengaturkan perancangan yang lebih baik untuk setiap hambaNya







Tuesday, 26 March 2013

ANIQ n GANG PERMATA NEGARA ke Taman Botani

Nie lawatan pertama aniq @ Permata Negara..

Hari ini ayah dan ibu teman aniq buat lawatan ke Taman Botani..bukan main suka yer sayang.. siap dapat naik tram lagi.. dah tu tak nak turun...hik hik hik

nanti kita datang jalan-jalan sini lagi yer,,,,







Sunday, 24 March 2013

Langkah Ceria..Mac 2013

Busy yer kita minggu ni kan ayah..aniq..

Sori sebab tak dapat rehat-rehat kat umah..aiq pun kena bangun awal minggu nie.. dahla smlm teman ibu lawan boling arini join pulak Langkah Ceria.. pepun seronok kan sayang naik motor jalan-jalan he3....

tapi seronok kan berkumpul cam gini..ada aktiviti..bole tengok-tengok orang...yang best dapat baju free, 1malaysia lagik...








Saturday, 23 March 2013

Ronda-Ronda & Nasi Ayam Penyet..

malam ni.. mama, abg ipan dan abg aikal semua balik kampung... ibu tak larat nak masak..sebenarnya bukan tak larat tapi off day kan, so ibu pun off la memasak...

Seronokkan bila dapat jalan-jalan naik motor jauh sikit... jadi ibu ajak ayah makan kat Bangi.. kita bertiga gi naik motor jer..

Dah lama rasanya teringin nak makan Nasi ayam penyet..malam ni dapat juga rasa. tu pun tumpang ayah punya.. ibu punya nasi seafood memang hampeh orang yang masak nie.. sotong hanyir.. hancus giler.. ayam penyetnya pun keras, tapi dah order kan, makan jerlah...

So lepas ni kalau gi ke Medan Selera Abu Bakar Baginda..aku akan pangkah siap-siap gerai ni...Gerai Ayam Penyet..tak ikhlas berniaga so nanti cepatla penyet kedai dia..huhuhuhuhuhu








AGC Bowling Interdivision Match !!!

Lamanya tak main boling tetiba last minit kena main untuk Bahagian.. aduhai.. tapi siap import ayah jadi wakil bahagian jugak..he.. ayah kan terrar..

Aniq ??? aniq ibu import jadi manager ibu dan ayah..nak?? manager ? cam tak sesuwei jer, aniq jadi peniup semangat la..baru sesuai...he3.. sori sayang sebab kacau aniq tidur pagi ni, ibu dan ayah terpaksa..no choice!

Terima kasih kat pegawai ibu kat opis..aniq dapat jugak hadiah Bas Polis kan.. cantik tu..

Ayah ?? hmmmm ayah dapat hadiah kena belanja ibu makan..

Ibu ?? dapat hadiah hand bag..hahahahaha.. lama ibu tak beli hand bag.. murah jer less 70%.. beso leh sumbat semua barang-barang aniq kan...

seronok sangat nanti ayah ibu bawa aniq main boling yer...








Friday, 22 March 2013

Ibu...nie aniq punya...!!!

Amboi-amboi anak ibu nie.. bukan main sekarang bantal pun tak mau share ngan ibu..hukhukhuk...
yerlah amik la bantal busuk aniq tu...ibu punya bantal lagi beso tau !

tergelak-gelak ibu teringat pagi tadi..sedang asyik2 tergolek tido tiba-tiba aniq jerit kat telinga....

" ibu..nie aniq punya..." sambil menarik bantal dia..

Aniq snap sendiri gambo bantal dia..dah letak sarung tapi nangis2 suh buka balik...
rupanya ibu tertidur atas bantal aniq...dengan mata separuh terbuka terpaksa ibu pun beralih bantal..

eleh..tido tempat ibu takpe jer..ibu tumpang bantal dia tak boleh pulak..nak kena budak comel ibu nie...

sayang anak ibu ngan ayah nie...

Sunday, 17 March 2013

1Million Purple Walk.....

Semangat Ungu !!!!!

Angin takde ribut takde tup2  kitaorang gi join "1Miliion Women Purple Walk".. al kisahnya terjadi bila abang lan, yang Abu tumpang tidur kat rumah kitaorang..so cam seronok jer nak join lalu  awal pagi kitaorang pun keluar berkumpul di Dataran Medeka..

memang best la tengok ramai manusia berbaju ungu...jalan beramai-ramai sampai ke datran mahkamah Putrajaya.. yang kurang bestnya tempat makanan tak diberitahu..apa lagi kelaparan lah kami...sampai jer kat hadapan bangunan astam, rupanya kat situ edar makanan, apalagi mencapai la roti ngan air.. nasi lemak dah habis.. kita orang tak tunggu pun sampai acara habis, takut jalan jem.. otw balik tu apa lagi diberi seplastik roti..huhuhuhu.. penuh stroller aniq nagn roti..he...

In Shaa Allah kalau ada lagi tahun depan dan ada kelapangan kitaorang join lagi la..he...