Wednesday 17 April 2013

Akukah yang bersalah....

Adakah salah aku sekiranya aku terlalu bersikap protektif.. terlalu inginkan perfectif hingga kamu rasa tidak selesa...



Salahkah aku bersikap begini sekiranya keselamatan kamu adalah keutamaanku..

Kamu tidak mengerti perasaan hatiku kerana kamu tidak berada ditempatku.. memikul tangungjawab menjaga kamu.. memikirkan tentang kamu...memikirkan keselesaan..keselamatan dan kehidupan kamu..

Biarpun adakala diri ini rasa penat..rasa lelah namun demi tangungjawab, demi rasa sayang,demi rasa kasih aku gagahi juga..

Biarpun adakala seakan dibelah diri ini kiri dan kanan namun aku tahan juga...hingga tak tahu arah mana yang perlu aku turut..

Ditelan mati..diluah juga mati...

Biarpun adakala marah..geram menguasai diri namun itu juga cuma seketika kerana sayang dan kasih itu mengatasi segalanya...teguran..marahku cuma untuk mengajar kamu.. cuma aku tidak tahu menyampaikan cara yang bagaimana hingga aku tahu ianya melukakan...

Akukah yang bersalah kerana terjadinya semua ini... akukah penyebab kesepian..kebosanan mendatangi kamu tapi tidakkah kamu pernah terfikir untuk berada ditempat aku...

Maafkan aku sekiranya pernah menjadi penyebab atas apa yang berlaku pada kamu..sungguh segala yang aku lakukan adalah kerana ALLAH.. bukan untuk kepentinganku..

Maafkan aku...

No comments: