Thursday 6 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 - Part 1

Kat opis ni sibuk jer semua orang bercerita pasal Interview EO sebab salah sorang kwan opis aku dapat..hmmm seronoknya dia aku ni entah bila lah rezekinya. aku dah pun lulus exam KPSL bulan Julai 2009.. Exam PTK pun dah dapat 4-4 tahun yg sama..tapi masih juga belum ada rezeki kenaikan pangkat...hmmmm

Tiba-tiba balik tempat aku cek email ada panggiln interview...hah..hah..terpingga-pingga aku dibuatnya.. Ya Allah macam tak percaya jer..aku belek sekali lagi email tu aku akan di interview pada 6 Jun 2012 kat SPA Parcel C..alhamdulillah..hmm kena rahsia ni aku tak nak gtau sapa-sapa lagi pun ni baru interview kan...

Persiapan pertama aku kena sediakan semua dokumen yang dia nak..aku anggar aku ada lebih kurang 1 bulan untuk membuat persediaan..iaitu untuk readykan ilmu didada untuk menjawap..huhuhu..stresssss....

Bermula lah episod aku mentelaah semula buku n internet mencari pengalaman kawan2 yg dah lepas interview..semaknya tak sanggup, cepatla masa berlalu..selagi tak lepas selagi tulah aku tak senang duduk.Alhamdulillah ada kesemapatan aku menunaikan sembahyang hajat dan Sembahyang Dhuha memohon dan bertawakal kepada Allah S,W.T..

Tibanya 6 Jun 2013... aku ambil cuti arini walaupun aku akan di interview pada sesi petang..usai sembahyang Dhuha, aku telifon mak dan ayah memohon doa dan restu...gtau adik beradik dan juga ipar duai..manakala suamiku..dialah insan yang setia disisi..menghantar dengan iringan doa dan restu...teringat kenangan sewaktu interview dulu2..ayahlah insan penyayang yang sanggup membonceng motor menghantarku hingga ke Alor Setar..sebab ayahlah aku berada di Putrajaya ini..

Kebetulan hari ini Hari Khamis...semua penjawat awam akan memakai Pakaian Batik.. Aku takdelah beria sangat, pakai je Baju Batikku yang sedia ada..cuma aku takde kasut tutup depan itu jer yang aku beli untuk dipakai interview hari ini.. kat tudung juga aku sematkan name tag ku..cam pelik jer tak penah skema camni..hahahaha

Aku akan di interview di Bilik P dan no. giliranku yang ke 21..maksudnya lagi seorang dan selepas itu nama aku akan dipanggil.. aku sempat berbual-bual dengan 2orang calon..setiap yang hadir penuh dengan harapan..begitu juga aku.. andai tertulis rezekiku, alhamdulillah andai tiada sekurangnya aku tetap bersyukur kerana tahun 2015 nanti aku dahpun KUP N22...

Sebaik sahaja keluar calon no. 19, aku lihat mukanya pucat sangat..yang termampu aku tanya ialah..lelaki ke perempuan? dia jawap 2-2 perempuan...ah sudah..habislah aku... katanya hampir 45minit dia di interview...apa lah soalan tu ek...aduhai..

Jam hampir 2.30.. bermakna calon yang ke-20 ni dahpun hampir setengah jam kat dalam...lamenyer..dia lelaki, ala-ala farid kamil aku tengok..

Tap..pintu bilik P dibuka dia pun keluar..muka nak sengih pun tak jugak..emosi pun ada jugakla sikit..dia senyum selamba kat aku dan cakap..." tak payahlah, balik jer...." aku terpingga jugak, kecut perut aku dengan kata-kata dia tu..sambungnya..." Diaorang suh masuk..."

Aku menjenjeng kemas fail dan terus ketuk pintu.....


No comments: