Wednesday, 2 May 2012

Muktamad! aku let go kan steamer ironku...

Muktamad...

Akhirnya aku jual juga steamer ironku...menyesal jugak beli.. tapi sekurangya impian ku tercapai untuk pakai stand steamer iron... kalau nk ikut mudah mmg la tapi hasilnya tak seberapa... ahh ! malas dah nak pikir aku jual jer.. pembelinya orang raub... selamat tinggal steamer ironku... aku nak cari microwave lepas nie...



siap dah..tinggal nak seal jer

siap di balut..tinggal nak pos jer ke Raub Pahang...



Monday, 30 April 2012

Mandi-Manda @ Teluk Batik, Perak

Hari ini dapat kami bersuka ria..bermandi manda di Teluk Batik..lagipun esok dah nak balik Putrajaya. Rasanya kali terakhir aku datang sini sebelum kami kahwin tu pun hari hujan jadi terbatal niat suamiku nak mandi laut...

Aku memang tak berapa minat mandi laut tapi tengokkan diaorang teringin jugak tapi apakan daya baju tak tukar so jadi photographer jerlah...






Sian aniq nangis-nangis geli pasir..aduhai sayang kami ni masih belum mau kena pasir..masuk pasir dalm kasut terus tak nak jalan..dah camtu memang kena usik lah kat semua..sian sayang ibu..heeee....takpe la nanti biasakan diri tau bila dah besar..




Lepas diorang mandi manda dan membersihkan diri kami pun nak pulang tapi sempat jugak bershopping sakan..heeee..






aku belikan aniq 2 pasang baju..aku dan lan seorang satu t-shirt. tak lupa juga buat ina sekeluarga tanda ingatan dari teluk batik....



Friday, 27 April 2012

Al - fatihah buat Opah suamiku

27 April 2012

Petang tu aku masih di Pejabat melaksanakan kerja-kerja CVO..tiba-tiba aku menerima panggilan suamiku bahawa Opahnya telahpun meninggal dunia..Al-fatihah.. Ya Allah sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati..dan sudah terlalu lama opah menanggung sakit didunia..


Malam ini kami semua akan balik ke Perak..walaupun kami tidak berkesempatan untuk menatapnya buat kali terakhir tapi sekurangya kami dapat menghadiri Majlis tahlilnya..jenazahnya dikebumikan sesudah magrib..

Aku dan gerak bertolak dari Putrajaya terus ke Kajang menumpangkan kakak lan. Sudah pasti jalan akan sesak kerana lusa cuti Hari Pekerja jadi suamiku membuat keputusan untuk tidak menggunakan Lebuh Raya PLUS

Aku mengenali Opah dari sebelum kami berkahwin lagi...walaupun opah sudah tidak ingat sesiapa lagi tapi kudratnya kuat sehinggalah dia sakit dan terus terbaring..

Dan tiada lain doaku semoga Opah ditempatkan ditempat orang yang beriman..amin...

Kami semua sampai dikampung hampir-hampir jam 3.00 pagi..

Thursday, 26 April 2012

Aniq dah belajar gosok gigi...

Bulan lepas kebetulan aku dan ayah ke klinik kerana aniq terjatuh hingga hidungnya berdarah... mulanya ke Presint 11 kemudian kami diarah ke KK Preint 9..aduhai lamanyer menunggu..dahla aniq takmau dok diam..hangin aku dibuatnya.... dah tak larat menunggu kat tempat duduk tu aku pun berjalan-jalan sekitar klinik..tiba-tiba aku ternampak 2 orang nurse pergigian mempromosikan sambil memberi nasihat berkenaan penjagaan gigi...apa lagi aku bukan boleh tengok sajer benda-benda camgitu...heeee..tambah-tambah kalu ada bab free gift..saya suka! saya suka!...

Lepas jer client tu pergi aku dan aniq pun terus duduk..kami berbual-bual bekenaan penjagaan gigi sikecil ku ini..gigi aniq dah hampir penuh dah patut benor aniq diajar mengosok gigi.. memang selama ni aku gosokkan tapi just guna kain jer...dan tiap kali itulah jari aku digigit sekuat hatinya....amboi aniq yer...

selepas mendengar penerangan nurse tu, berkobar-kobar semangatku untuk mencari berus gigi aniq..

Selang beberapa hari kebetulan aku ke mydin jadi aku terus membelikan aniq berus gigi yang bersesuaian dengan usianya...bersemangat aku nak mengajar aniq gosok gigi...biar gigi aniq cantik dan sihat..namun harapanku tak kesampaian..aniq menolak.. lebih teruk lagi aniq buat berus gigi dia tu jadi berus kabinet..aduhai sayangku aniq..kena beli baru ler jawapnyer nanti....

Satu hari kami kat opis berbual-bual..kebetulan kak jariah bertanyakan gigi aniq yang dah penuh..kak jar cakap aniq dah boleh guna ubat gigi..barulah aku tahu ada ubat gigi utk kanak-kanak jadi kami pun mencari dan jumpa..MUKMIN JUNIOR untuk aniq...

bermulalah rutin aniq gosok gigi..walaupun adakala macam-macam kerenah aniq tapi yang penting dari sekarang aniq kena belajar...

hee... sayang aniq






Monday, 23 April 2012

Rumah PR1MA ku..

Pagi nie aku terima mesej daripada Pejabat PM berkenaan rumah PR1MA ku..lama sangat senyapnyer dah berbulan-bulan..ingatkan memang senyap terus...

dalam masa 14 hari ni dia akan hantar borang untuk pemprosesan...maybe..pepun ALhamdullillah ku bersyukur kepada Allah...tak lama kemudian aku terus echeck email yahoo ku....

surat inilah yang kuterima....


Tiada lain yang kudoakan sgar segalanya berjalan dengan lancar...moga rezeki kami ada....tahun ni pun umur ku dah meningkat sudah patut sangat kami mempunyai rumah...Moga rezeki Allah ini dimurahkan buat kami sekeluarga...

Amin....

Saturday, 7 April 2012

akhirnyaaaa...Stand Steamer Iron milikku...


Jalan punya jalan akhirnya kami singgah kat Berdaya Kiara....tak sangka akhirnya sayangku belikan juga stand iron aku ni...dh lama benor teringin..



senang jer gunanya just isi air...on plug..tunggu wap keluar pastu iron jer kat baju..amat sesuai untuk insan-insan cam aku yang asik baju terbako jer delk iron biasa...so iron ni panas camner pun tak effect pape...


Pepun bersempena hadiah yang baru kuterima ini....tak lain yang aku ingin ucapkan..

terima kasih sayang......

Monday, 26 March 2012

Aduhaiiiiiiiiiii

Aduhaiiii

Lama betul tak update blog ni... busy sangat-sangat....tambah pulak di 'block'.. langsung tak sempat nak update..

Mengenangkan blog ni..teringat sayangku ANiq dah pun berumur 1 tahun 6 bulan... sejak kehadiran aniq lah aku makin rajin berblog nie...moga-moga nanti jadi pencerita untuk aniq jika aku tiada nanti..tapi skrg ni masa pun amat-amat terhad...

Insya Allah aku akan cuba updatenya semula....

Friday, 9 March 2012

Ina..Allah telah mempermudahkan segalanya...

1 Mac 2012

Tarikh hari ini adikku ina  menjalani pembedahan bagi membuang ulser peptic cronic yang disebabkan oleh dihadapinya..sesungguhnya aku berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar.. Ya Allah permudahkan lah pembedahan ini..akhirilah penderitaan yang adikku kesayanganku ini tanggung... sejak sekian lama adikku ini menderita..cukup-cukuplah segala yang ditanggunginya..

Tepat pukul 9.45pg..adikku ina disorong masukkan ke Bilik OT di tingkat 3, Bangunan Hospital Sungai Buloh. Aku dan suami adikku taufiq menemaninya sehingga ke Bilik OT..dengan rasa sebak yang tertahan-tahan aku mengucup pipi adikku ina berulang kali..dalam hatiku hanya Allah yang tahu tapi aku harus kuat ..kami harus kuat demi kekuatan dan semangat ina..Allah telah mendengar doa kami selama ini...

Mak...Ayah..haikal setia menunggu di Balai Pelawat. Mak dan ayah tak dapat aku panggil sekali kerana haikal tak dibenarkan masuk melawat.. tak apalah sekurangya semalam semua dah bertemu ina dan memberi kata-kata semangat buat ina..

kami sabar menunggu berita kejayaan pembedahan ina ini.

menurut doktor, prosedur pertama ialah membuang block itu dan seterusnya mereka akan hantar untuk dianalisis ke Hospital Selayang, selepas dapat keputusan mereka akan meneruskan untuk membuang separuh dari perut ina dimana tempat luka-luka itu merebak.. dari apa yang dimaklumkan kemungkinan pembedahan ina akan mengambil masa yang panjang... kami redha yang penting ina selamat.. aku sedih melihat anak-anak ina merindui ina dirumah...

Pukul 2..ina masih belum keluar dari Bilik OT.. kami menunggu lagi..

Pukul 4.. ina masih juga belum keluar dari OT...

Ya Allah aku sedikit gusar..aku meminta taufiq bertanyakan status ina...

Tepat pukul 6.30 aku menerima mesej Taufiq ina telah selamat menjalani pembedahan dan kini ina telahpun berada di Wad 5B

Alhamdulillah..syujur kepada Allah kerana ina tidak mengalami segala risiko komplikasi.. Amin Ya Rabbal Alamin....

Aku..Mak..Ayah dan haikal ke Wad ina...ina telah sedar namun masih dalam keadaan yang lemah..airmataku hampir menitis..ina kelihatan sangat lemah..aku titikkan kemulutnya air zam-zam..air sembahyang hajat...dan air yassin..

Ina sedar namun masih dalam kesan bius..sedihnya aku lihat ina.. lehernya ditebuk..bahagian pingangnya juga begitu..wayar berada disana-san sini sekitar tubuh kecil ina..aku seakan tak percaya apa yang aku lihat ini adalah adikku ina..betapa sakitnya adikku tangung...

Tapi demi keselamatan ina..aku tahu ina akan kuat..ina sangat-sangat kuat...demi anak-anaknya...aku percaya itulah ina...

malam ini taufiq mohon untuk mejaga ina di Wad, mujur mereka memahami..

2-3 hari selepas pembedahan dari apa yang aku dengar dari Taufiq kina memnag kuat semangat..ina dah boleh berjalan turun dari katil tak sampai pun 2 hari selepas pembedahannya.. Amin ya Rabbal Alamin..aku tahu semnagt ina amat luar biasa..ina nak cepat balik rumah kerana itu semangatnya amat kuat.

Sepanjang minggu itu mak menjaga ina di Hospital..kesian mak tapi mak kata ini niat mak untuk menjaga ina. dan kerana menjaga ina juga mak sekrang dah pandai turun-naik lif ! sesuatu yang mengembirakan kerana selama ini mak takut naik lif sorang-sorang..

Tak lama itu ina pun ditukar ke Wad belakang..ia dah semakin sihat dan tunggu masa sahaja untuk ina keluar wad...

8 Mac 2012

Hari ini ina telahpun dibenarkan keluar wad..Aku dan ayah menjemput ina dan mak kat sana.. Alhamdulillah aku dapat lihat betapa gembiranya anak-anak ina... moga ina akan sentiasa sihat..amin...

Kesemapatn ini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan-insan yang bersama kami ketika ini..yang mendoakan kami sekeluarga..buat suamiku yang amat-amat memahami..buat suami adikku ina yang bersusah payah menjaga adikku..buat teman-teman pejabatku terutama En. Sanusi yang sedia membekalkan aku Air Yassin dan Solat Hajat dari Darul Syifa..penyeliaku yang memahami tangungjawapku..

dan yang paling UTAMA makayah yang sangat-sangat kuat demi anak-anaknya..terima ksih semua...amin ya rabbal alamin...

Thursday, 1 March 2012

Adikku Ina...

Ina masih kat Wad 5B Hospital Sungai Buloh..kami pun tak pasti berapa lama ina akan ditahan kat Hospital ini tapi menurut doktor ina akan ditahan sehingga pembedahan dijalankan.... Ya Allah Engkau berikanlah ina kekuatan menempuhi segala dugaan ini....kesian ina tiada siapa dapat menemani ina di Wad...apakan daya yang termampu aku lakukan..aku juga punya tanggungjawab terhadap anakku..suamiku..kerjayaku... akak belajar dimaktab dan sekiranya mak menunggu ina siapa yang akan menjaga ipan..aikal dan aniq kat rumah...lagipun manalh mak larat na..maafkan kami semua kerana tak mampu..dan alang memahami betapa sunyinya tanpa sesiapa disisi... mujur taufik sentiasa ulang-alik kesana setiap hari....itulah tanggungjawapnya sebagai seorang suami....dan mujur juga sabtu -ahad akak dapat menjaga ina...

22 Februari 2012..



Aku pergi melawat ina bawa anak-anaknya sekali..aku minta kat doktor untuk bawa ina turun kebawah jumpa irfan dan haikal..kasihan anak-anak kecil tu tanpa mama disisi.. aku pun tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaanku ketika melihat ina..irfan dan haikal berpelukan...melepaskan rindu yang sangat-sangat dalam...dalam hatiku berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar..aku mohon Allah selamatkan ina dan kasihanilah anak-anaknya yang masih kecil yang terlalu bergantung kasih kepadanya..aku cuma ibu saudara biarpun mampu menjaga namun tak kan sama dan takkan dapat mengantikan rindu mereka kepada ina....



Tiub dah dipasang dari hidung terus ke perut ina untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan yang tidak hadam..ini juga proses mencuci perut persediaan untuk ina operation nanti...

ina kerap mengadu tidak selesa...sakit..aku lihat ina seakan lemah...dan ina langsung tidak diberi makan dan minum...berpuasa sehingga hari pembedahan yang entah bila tarikhnya....




26 Februari 2012

Hari ini genap usia ina 27 tahun...hari ini harijadi ina...namun bukan gelak tawa dan tiupan lilin untuk ina tapi kesedihan..kesakitan yang ina tanggung..kami sekeluarga pergi melawat ina...dalam kereta aku siapkan kek batik untuk ina tapi akan daya ina tak boleh menjamah apa-apa kecuali gula-gula yang aku bekalkan semalam..itupun setelah berulang kali taufik memohon ina diberi makan @ minum kerana ina sangat-sangat lemah....bibirnya habis pecah-pecah.. susu yang dimasukkan kat tangan ina membengkak kerana urat ina kecil tak mampu menanggung jarum susu itu..

Bertambah kesedihan kami bila anak-anak ina tak dapat dibenarkan masuk..tapi kami tetap bersyukur kerana semalam mereka dah jumpa.. abg rahim juga datang melawat ina,...

Aku lihat ina makin lemah namun Insya Allah na..Allah mendengat doa hambaNya..jangan na lupa sentiasalah berzikir dan berdoa kepada Allah...Allah Maha mengasihani....




27 Februari 2012..

Aku dimaklumkan ina dan taufik yang ina akan menjalani pembedahan pada 1 Mac ini...bersamaan dengan hari Khamis...

29 Februari 2012...

Esok ina akan menjalani pembedahan untuk membuang 'ketumbuhan' yang menyekat laluan makanan ke usus ina..sehingga kini ina masih belum disahkan penyakitnya.. Menurut doktor esok ina akan dibedah dan ketumbuhan itu akan dihantar ke Hospital Selayang untuk dianalisis....

Hari ini aku memohon untuk keluar pejabat lebih awal...aku akan menjaga ina malam ini.memang ini niatku..biarlah aku bersama-samanya malam ini dan aku doa kepada Allah agar aku kuat untuk memberi semangat kepada ina....aku minta kebenaran lan untuk meninggalkannya dan aniq..walupun agak berat namun lan memahami hasrat ku...

Aku memohon supaya haikal dan irfan dapat berjumpa ina..alasanku ina akan menjalani pembedahan esok..Alhamdulillah segalanya mudah..mereka bertemu..Malam ini Mak.. Ayah...Haikal akan tidur di Balai Pelawat...




Doaku tidak putus-putus..begitu juga ku mohon ina agar zikirnya tidak putus-putus..usai sembahyang Isyak aku meneruskan Sembahyang Taubat dan Sunat Hajat..inilah yang termampu aku lakukan kerana segalanya adalah kuasa Allah dan kita hanya merancang...aku berada disisi ina..menyikat rambutnya..adikku kuatlah sayang kerana anak-anak menantimu dirumah...

Pagi 1 Mac 2012..



Malam tadi doktor pakar sudahpun datang meminta ina bersedia untuk pembedahan hari ini.. pukul 10 nanti ina akan ditolak masuk ke Dewan Pembedahan...ina merupakan kes kedua. pagi ini aku menyiapkan ina..mulutku tak putus-putus mengingatkan ina..moga kata-kataku ini akan membakar semangat ina agar kuat menghadapinya. Aku teringat mesej ina dua hari lepas...katanya ngeri melihat makcik yang baru lepas pembedahan...keadaan makcik itu buat ina takut..namun ina alang minta jangan ina samakan ina dengan orang lain..jika semangat ina kuat insya allah...demi anak-anak ina mesti kuat.

Tepat pukul 9..dua orang nurse datang ke katil ina dengan baju putih yang mana ina perlu menukar uniform hijaunya ke warna putih. aku sedia maklum bahawa oakaian itu menandakan sebentar lagi ina akan ditolak masuk ke Dewan Pembedahan...perlahan-lahan aku menukar baju ina...oleh kerana tangan ina penuh dengan tiub-tiub aku cuba lakukan dengan berhati-hati..bimbang akan menyakiti ina..

hatiku sebak..sukarnya aku bayangkan dengan kata-kata sebentar lagi adikku kesayanganku ni akan dibawa ke Dewan Pembedahan..dalam hatiku tak putus-putus berdoa..aku kuatkan juga semangat demi memberikan kekuatan kepada ina. aku sedaya upaya menahan airmataku dari menitis...oh adikku kuatkanlah semangatmu..janganlah berhenti dari zikirmu insya Allah...Allah selalu bersama hambanya yang mengingatiNya

Telah segalanya selesai nurse pun menolak katil ina menuju ke Dewan Pembedahan di Tingkat 3..aku dan suami ina menuruti dari belakang..aku menahan perasaanku....aku entiasa tersenyum ke arah ina moga-moga ina kuat..sesampainya didewan pembedahan ina bertukar pula katil hamilik Dewan Pembedahan..ini menandakan sampai disini sahaja aku perlu menemani ina..sebelum ina ditolak kedalam aku bersalaman dengannya....aku mengucup dahinya..pipinya...melafazkan kata-kata semangat...YA ALLAH SELAMATKANLAH ADIKKU INA... MOGA PEMBEDAHANNYA BERJALAN DENGAN LANCAR....KASIHANILAH DIRINYA DAN ANAK-ANAKNYA YANG MENANTINYA....

Sejurus ina msuk ke Dewan Pembedahan...akupun beredar ke Balai Pelawat bertemu ayah, mak dan haikal.... dan kami sedang menanti moga-moga pembedahan ini berjaya...amin....

Friday, 24 February 2012

Warna Kegemaran si dia !

1. Merah 


 23 dis-1 jan
 14 jun-4jul 


 Peribadi yg menyenangkan dan mudah disayangi org. Tapi emosinya sering berubah. Meskipun begitu, hatinya lembut, baik, menerima dan mencintai kekasih hati dengan seadanya. Oh ya! jangan cuba mencabar egonya kerana si dia mudah 'terluka'!-Sesuai dengan warna Coklat- 

 2. Kuning
 12 jan-24 jan 
 15 jul-25 jul 


 Milik peribadi yg manis dan sgt baik. Sukar baginya menunjukkan rasa cinta pada sang kekasih. Sedaya upaya si dia menahan diri daripada menyatakan cinta. Namun, harus diingati, tatkala dirinya meluah getar asmara, kamu pasti tak tertahan mendegarnya. Bak berada di awang-awangan. Romantik sungguh!-Sesuai dengan warna kelabu- 

 3. Jingga 


 2 jan-11 jan 
 5 jul-14 jul


 Sahabat dan teman istimewa amat penting baginya. Jadi jangan pernah memaksa si dia membuat keputusan memilih antara kamu dan sahabatnya. Menarik, si dia amat setia dengan pasangan. Sering berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dia amat menghargai setiap apa yg dimiliki. Sungguhpun begitu, rasa sensitifnya sukar utk dibendung.-Sesuai dengan warna biru firus/turqoise-

 4. Merah jambu/Pink 


 25 jan-3 feb 


 Selalu mencuba yg terbaik untuk dirinya. Ringan tulang dan prihatin. Sungguhpun begitu, si dia sukar merasa puas dengan apa yg dilakukan. Individu yg dilahirkan pada tarikh pink ini berhati melankolis dan sentiasa berangan-angan utk memiliki cinta romantis umpama kisah dongeng dahulu kala.-Sesuai dengan warna emas- 

 5. Biru


 4 feb-8 feb 
 1 mei-14 mei 
 5 ogos-13 ogos 


 Sangat memilih terutama dalam usaha mencari pasangan cinta. Opss..mudah jatuh cinta, namun sayang seribu kali sayang, cintanya sering kali berlalu pergi. Bukan apa, kerana si dia terlalu memikirkan rasional berbanding naluri. Si dia juga jenis yg pasif dan mahukan kamu terlebih dahulu mulakan langkah menghampirinya.-Sesuai dengan warna hijau zaitun-

 6. Hijau 


 9 feb-18 feb 
 14 ogos-23 ogos


Hati-hati dgn si dia kerana dia kritis orangnya! Si dia tidak segan2 mengkritik penampilan kamu. Kadang2 bicaranya bisa melukakan hati yg mendengarnya. Begitu pun dirinya amat mendambakan kasih sayang dari pasangan. Gemar di belai dan diambil berat. Namun, ramai individu yg dilahirkan dng aura hijau ini gemar memilih utk tetap single dan menunggu pasangan yg tepat.-Sesuai dengan warna Lime-


 7. Coklat 


 19 feb-28 feb 
 24 ogos-2 sept


 Aktif dan sportif. Seorang yg easy going. Juga seorang yg konservatif dan tidak sukakan kehidupan yg glamor. Si dia mahukan hubungan yg mantap dan membuatkannya berasa tenang sentiasa. Kesetiaannya boleh dipuji. Namun sayangnya, si dia mudah patah semangat. Hmm..-Sesuai dengan warna merah- 

 8. Lime 


 11 mac-20 mac 
 13 sept-22 sept 


 Orangnya tenang tetapi mudah di datangi tekanan. Sangat cemburu, mudah mengeluh walaupun utk perkara yg remeh. Si dia tidak boleh tertumpu pada satu perkara saja kerana banyak mimpi yg ingin diraihnya. Namun begitu, dirinya sering kali menjadi sandaran dan kesetiaan setiap insan.-Sesuai dengan warna hijau- 


9. Hitam

 21 mac

 Seorang yg penentang dan cukup berani. Tetapi tidak menyukai perubahan dlm hidup. gemarkan percintaan yg penuh cabaran dan rintangan. tidak mudah jatuh cinta namun sekiranya bertemu insan yg tepat, dia takkan sekali berpaling. mementingkan hubungan yg matang dan berpanjangan berbanding cinta yg menggebu-gebu di awalnya tetapi hancur di pertengahan jalan.-Sesuai dengan warna maroon-

 10. Ungu 


 22 mac-31 mac 24 sept-3 okt


 Gemarkan pasangan yg pembersih dan sering menjaga penampilan. mereka yg memiliki aura warna ini kebanyakkanya mempunyai naluri bussiness yg hebat. kamu tidak akan susah sekiranya memilih si dia sebagai teman hidup. ini kerasna dia bijak mencari wang dan sanggup bersusah payah demi utk membahagiakan pasangannya. tapi hati2 ye berhadapan dgn moodnya yg sering turun naik!-Sesuai dengan warna hijau tua- 

 11. Biru laut


 4 okt-13 okt 1 apr-10 apr 


 Milik peribadi yg menarik dan sangat menghargai hidup. perasaannya kerap kali meluap-luap namun ada kalanya mudah goyah. sukar untuk memaafkan seseorang yg membuatnya marah terutama jika melibatkan harga diri.-Sesuai dengan warna krim- 


12. Hijau zaitun


 23 sept


 Seorang yg hangat dan kelakar. mudah bergaul dan beradaptasi dgn teman2 dan keluarga. tidak gemarkan kekerasan. tahu apa yg terbaik utk dirinya dan pasangan. baik hati dan tidak suka iri hati pada orang lain.-Sesuai dengan warna biru-


 13. Perak/Silver 


 11 apr-20 apr 
 14 okt-23 okt 


 Gemar mencuba perkara baru dan mencabar diri utk melakukan perkara yg boleh dianggap berbahaya. seorang yg mudah di ajak berbincang dan mampu menenangkan individu dgn nasihatnya yg baik. dlm perhubungan cinta, dia sukar utk mempercayai kesetiaan pasangan. namun, sekiranya dia percaya, seumur hidup kepercayaannya takkan goyah.-Sesuai dengan warna Lime- 

 14. Putih


 21 apr-30 apr 
 24 okt-11 nov


 Melambangkan idelisme dan sikap keterbukaan. Dia memiliki moral yg tinggi, bersopan santun, tidak angkuh dan gemar membantu. seorang yg berfikiran optimistik dan mampu mengendalikan emosi. keyakinan dirinya juga sangat tinggi, malah lebih mengutamakan rasional berbanding kata hati. si dia bukanlah kekasih yg gemar merayu serta memanjakan pasangan. tetapi jangan sesekali meragui kesetiaannya.-Sesuai dengan warna merah dan biru-

 15. Emas


 15 mei-24 mei 
 12 nov-21 nov


 Si dia miliki gerak hati yg tajam. tahu membezakan apa yg benar dan salah. seorang yg menyenangkan, ramah dan gemar berbicara. sukar menemui pasangan yg menepati keinginanya. namun, saat bertemu insan yg tepat, dia takkan bisa jatuh cinta lagi dlm waktu yg sama.-Sesuai dengan warna merah jambu- 


 16. Krim 


 25 mei-3 jun 
 2 nov-1 dis


 Suka bersaing dan sportif. tidak suka kehilangan, justeru si dia berhati-hati mencari cinta. setelah bertemu, dia takkan melepaskannya! baginya, patah hati dan rasa kecewa sangat menyeksa jiwa. dia juga mampu memberi idea hebat membantu pasangan menyelesaikan masalah yg dihadapi.-Sesuai dengan warna biru laut-

 17. Kelabu 


 4 jun-13 jun
 2 dis-11 dis


 Seorang yg menarik dan aktif. dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya san selalu mengutarakan apa yg ada di dalam hati. ingin selalu mendapatkan perhatian lebih dari insan tersayang. di sebalik sikapnya itu, si dia sebenarnya seorang yg kelakar dan boleh membuatkan kamu bahagia apabila berada di sampingnya.-Sesuai dengan warna kuning- 

 18. Maroon 


 14 jun-23 jun 
 12 dis-21 dis 


Cergas dan tahu apa yg betul utk dirinya. sering bertindak dgn cara sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain mski tindakannya itu mencetuskan masalah. sabar menanti cinta datang padanya. sekiranya si dia sudah bertemu pasangan yg secocok, amat sukar baginya utk mencari cinta yg lain.-Sesuai dengan warna hitam- 


 19. Hijau tua

 22 dis
 Bijak memanjakan diri pasangan. seorang yg pentingkan penampilan dan berselera tinggi menilai sesuatu hubungan cinta itu. penuh dengan idea2 bernas dlm membuat keputusan. cenderung menjadikan diri rujukan orang disekeliling.-Sesuai dengan warna ungu

Monday, 20 February 2012

Ina ditahan Wad Sungai Buloh

20 Febuari 2012...

 Pagi ini aku..suamiku..ina..ipan..aikal dan aniq ke HOSPITAL SUNGAI BULOH..nun jauh menghala ke jalan kami sering balik ke kampung...terasa juga jauhnyer tapi munkin sebab ini kali pertama kami kesini...asalnya CT SCAN and semua treatment ina buat kat PUTRAJAYA tapi mesinnyer breakdown terpaksa buat kat sini...

Sesampainya kami kat sini kami terus menuju ke KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN... tungu punya tunggu akhirnya nombor ina dipanggil..semantara aku dan anak-anaknya menunggu diluar...Lan & ANiq pulak tunggu kat kereta..tak tertahan rasanya karenah aniq yg tak nak duduk diam...

Tak lama selepas ina masuk...ina telifon aku minta masauk ke bilik doktor..hatiku berdegup kencang...macam,-macam menerpa....Ya Allah kuatkanlah hatiku...aku mencari Bilik 8 seperti yang diminta... Doktor memberitahu bahawa ina akan ditahan diwad sini..Lega hatiku aku ingatkan da perkhabaran buruk .. aku terus bertanya dengan lanjut...kemungkinan katanya ina akan ditahan sehingga OPERATION... hatiku lega namun siapa nak uruskan anak-anak kami...???



Ina ditempatkan dekat katil 18...Wad 5B..

Apa yang aku kesalkan anak-anaknya tak dapat berjumpa @ melawat ina.. Ya Allah memang benar peraturan ini untuk elakkan jangkitan tapio bukankah anak-anak itu sumber kekuatan..kalau tidka dibenarkan berjumpa bagaimana kekuatan itu akan hadir...

Malam ini ina akan tinggal disini...maafkan alang na, alang tak dapat menemani ina..mesti ina sunyi tapi apakan daya alang na,..alang ada tanggungjawab lain na...tapi alang akan kunjungi na...



Dari jauh alang sentiasa doakan na..alang sayangkan na..alang akan sentiasa doakan kesihatan dan keselamatan ina...cuma alang mintak demi anak-anak na kuat menghadapinya...


Friday, 10 February 2012

ampunkan daku...

Aduhai hatiku.... Pelbagai hal menyinggah diruang kecilmu hinggakan sesak nafas ku memikirkan... Ya Allah tabahkah daku menghadapi dugaanMU.. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa kami yg lemah ini..yg membiarkan perasaan menguasai diri..membiarkan emosi beraja dihati..ampunkan kami ya Allah Tak tahu kemana nak ku khabarkan dukanya hati..aku bersalah kepada insan-insan yg menyayangiku..