Friday 9 March 2012

Ina..Allah telah mempermudahkan segalanya...

1 Mac 2012

Tarikh hari ini adikku ina  menjalani pembedahan bagi membuang ulser peptic cronic yang disebabkan oleh dihadapinya..sesungguhnya aku berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar.. Ya Allah permudahkan lah pembedahan ini..akhirilah penderitaan yang adikku kesayanganku ini tanggung... sejak sekian lama adikku ini menderita..cukup-cukuplah segala yang ditanggunginya..

Tepat pukul 9.45pg..adikku ina disorong masukkan ke Bilik OT di tingkat 3, Bangunan Hospital Sungai Buloh. Aku dan suami adikku taufiq menemaninya sehingga ke Bilik OT..dengan rasa sebak yang tertahan-tahan aku mengucup pipi adikku ina berulang kali..dalam hatiku hanya Allah yang tahu tapi aku harus kuat ..kami harus kuat demi kekuatan dan semangat ina..Allah telah mendengar doa kami selama ini...

Mak...Ayah..haikal setia menunggu di Balai Pelawat. Mak dan ayah tak dapat aku panggil sekali kerana haikal tak dibenarkan masuk melawat.. tak apalah sekurangya semalam semua dah bertemu ina dan memberi kata-kata semangat buat ina..

kami sabar menunggu berita kejayaan pembedahan ina ini.

menurut doktor, prosedur pertama ialah membuang block itu dan seterusnya mereka akan hantar untuk dianalisis ke Hospital Selayang, selepas dapat keputusan mereka akan meneruskan untuk membuang separuh dari perut ina dimana tempat luka-luka itu merebak.. dari apa yang dimaklumkan kemungkinan pembedahan ina akan mengambil masa yang panjang... kami redha yang penting ina selamat.. aku sedih melihat anak-anak ina merindui ina dirumah...

Pukul 2..ina masih belum keluar dari Bilik OT.. kami menunggu lagi..

Pukul 4.. ina masih juga belum keluar dari OT...

Ya Allah aku sedikit gusar..aku meminta taufiq bertanyakan status ina...

Tepat pukul 6.30 aku menerima mesej Taufiq ina telah selamat menjalani pembedahan dan kini ina telahpun berada di Wad 5B

Alhamdulillah..syujur kepada Allah kerana ina tidak mengalami segala risiko komplikasi.. Amin Ya Rabbal Alamin....

Aku..Mak..Ayah dan haikal ke Wad ina...ina telah sedar namun masih dalam keadaan yang lemah..airmataku hampir menitis..ina kelihatan sangat lemah..aku titikkan kemulutnya air zam-zam..air sembahyang hajat...dan air yassin..

Ina sedar namun masih dalam kesan bius..sedihnya aku lihat ina.. lehernya ditebuk..bahagian pingangnya juga begitu..wayar berada disana-san sini sekitar tubuh kecil ina..aku seakan tak percaya apa yang aku lihat ini adalah adikku ina..betapa sakitnya adikku tangung...

Tapi demi keselamatan ina..aku tahu ina akan kuat..ina sangat-sangat kuat...demi anak-anaknya...aku percaya itulah ina...

malam ini taufiq mohon untuk mejaga ina di Wad, mujur mereka memahami..

2-3 hari selepas pembedahan dari apa yang aku dengar dari Taufiq kina memnag kuat semangat..ina dah boleh berjalan turun dari katil tak sampai pun 2 hari selepas pembedahannya.. Amin ya Rabbal Alamin..aku tahu semnagt ina amat luar biasa..ina nak cepat balik rumah kerana itu semangatnya amat kuat.

Sepanjang minggu itu mak menjaga ina di Hospital..kesian mak tapi mak kata ini niat mak untuk menjaga ina. dan kerana menjaga ina juga mak sekrang dah pandai turun-naik lif ! sesuatu yang mengembirakan kerana selama ini mak takut naik lif sorang-sorang..

Tak lama itu ina pun ditukar ke Wad belakang..ia dah semakin sihat dan tunggu masa sahaja untuk ina keluar wad...

8 Mac 2012

Hari ini ina telahpun dibenarkan keluar wad..Aku dan ayah menjemput ina dan mak kat sana.. Alhamdulillah aku dapat lihat betapa gembiranya anak-anak ina... moga ina akan sentiasa sihat..amin...

Kesemapatn ini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan-insan yang bersama kami ketika ini..yang mendoakan kami sekeluarga..buat suamiku yang amat-amat memahami..buat suami adikku ina yang bersusah payah menjaga adikku..buat teman-teman pejabatku terutama En. Sanusi yang sedia membekalkan aku Air Yassin dan Solat Hajat dari Darul Syifa..penyeliaku yang memahami tangungjawapku..

dan yang paling UTAMA makayah yang sangat-sangat kuat demi anak-anaknya..terima ksih semua...amin ya rabbal alamin...

No comments: