Sunday, 18 December 2011

Balik kampung....

Assalammualaikum...

Lama tak update blog aku nie..busy memanjang sepanjang bulan ni..ujung minggu jer kami berulang alik ke negeri sembilan dan Perak..Alhamdulillah walaupun penat kami berdua rasa amat berbaloi ..takpelah berhabis pun asalkan dapat berjumpa makayah dan abahncik..

Moga bila besar nanti aniq juga akan ingat dan kerap balik jumpa kami..sama seperti mana yang kami lakukan hari ini...

Abah, incik, mak dan ayah
ayah cakap nanti bila anak-anak dah besar baru kami akan faham akan rasa sunyi...ayah ngan mak bukan mintak apapun, balik tengok diaorang pun dah cukup berharga...terngiang-ngiang rasanya kata-kata ayah.. mak pulak ceria jer bila kami semua sampai hinggalah kami pulang..aktiviti aku kat kampung terlalu banyak sampaikan tak terasa dua hari yang berlalu.....

Kampungku...taman ibuku..


Aniq dah berlari-lari pun..

Aniq & Qaleesya

Balik Perak pun hati aku pun gembira.. layanan abah dan encik terasa sperti aku ni bukan menantu tapi cam anak sendiri...suasana yang tenang..tengok sawah... rasa masakan Perak, semuanya sedap-sedap belaka..

kat bilik kami



Aku doakan mogao kedua orang tua kami diberkati Allah dan dipanjangkan umur..moga hati dan ingatan kami tetap pada kampung..selagi mereka ada, selagi itulah kami akan cuba juga pulang menjenguk mereka.. duit boleh dicari tapi jika tiada mereka tiadalah kita di dunia ini...

Wednesday, 7 December 2011

Annivesary kami Lagi!

7 Disember 2011

Hari ini tepat pukul 11.30 pagi genaplah 5 tahun usia percintaan kami...waaaa love-love gitu kan..amin-amain apalah salahnya unutk kami ingati kerana pada tarikh ini tertutuplah pintu duka dan bermulanya pintu-pintu bahagia antara kami... masakan kami boleh lupa tarikh hari ini... tarikh yang menutup segala cerita duka ku dan aku bertemu seorang insan yang sangat-sangat menyayangi aku sepenuh hati.... dan akhirnya cinta kami ke jinjang pelamin.. dan sesungguhnya ku harap cinta ini berkekalan hingga akhir hayat...

Tiba-tiba handphone ku berbunyi tone mesej...

My LoveHusband @ 9.05am
' Ayang, hari ni hari declare kta...hee'

aku senyum gembira..gembira yang sangat-sangat...aku pun membalasnya...

My Wife @ 9.07am
' He3..Ingat pun..sayg abg!

Walaupun ringkas sekurangnya aku tahu hari ini hari yang bermakna dalam hidup kami. dan bila dia mengingatinya tandanya aku sentiasa dihatinya...


Sunday, 4 December 2011

Potong Kek @ Our 2nd Annivesary..

Hari ini termakbul jugak hajat kami untuk potong kek dihari Annivesary kami yang kedua.. Plan punya plan akhirnya kat kampung juga tahun ni kami sambut, ditempat yang sama kami dinikahkan..

Oleh kerana siang tu busy jer semua malam baru kami berkesempatan menyambutnya.... Tiada lain yang ku harap cuma doa agar rumahtangga kami ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T... Amin

Terima kasih semua..susah-susah jer buatkan bihun..ayah pulak masakkan tauhu sumbat cuma tauhunya tinggal kedai tp pepun mmg best...marvellous!

Yang tak bestnyer sebab putera hati kami tidur pulak..aduhai tak dapat bergambar sama-sama cam tahun lepas.. pepun aniq ibu simpan kan kek untuk sayang ibu nagn ayah nie ehh...

kek kami... Ou 2nd Annivesary


Ada bihun.. salad tauge & timun, kangkong goreng belacan, pucuk labu msk lemak, sambal ikan bilis, ikan goreng,nasi




haikal yang tiup kek...









Putera kami yang tidur awal...





   

Saturday, 3 December 2011

Aniq @ Sustagen Nutritionland...

3 Disember 2011

Hari ini Ayah, Mak, Aku & Aniq, Akak, Ina, Ipan dan Aikal ke Alamanda jalan-jalan.. sajer jalan-jalan. Lan ke Klang belikan gearbox kereta ayah yg dah rosak utk kali ke-2...aduhai banyak tul masalahnya..terbang RM-RM

Lagipun aku memang join sajer2 club sustagen..diorang antar mesej kalau show mesej ni akan dapat hadiah misteri..teruja aku nak tahu hadiah tu...so apalagi 'mesti pergi' ler...

Sesampai jer kitaorang kat alamanda terus kitaorang ke Nutriland tersebut...inilah aksi-aksi Ipan..Aniq dan Aikal dihari-hari tersebut...

memang best seronok tengok diaorang isi masa lapang dengan aktiviti camnie... bila lagi dapt peluang camni lagi ekkk...
 
Ina & Aikal baby sustagen..heee
 
Peserta pertama ipan... nak lengkap semua sticker utk dptkan hadiah


My lovely mak yg sentiasa ceria

Aniq pakai topi sustagen

senyum semua..

Irfan yang gembira

Beratur untuk blender jus...

beratur untuk bakar roti..

tunggu eh jap gi kita makan roti aniq

Aniq masukakn roti utk dibakar

dah masukkan roti tekan toaster

Aniq dapat ayam, udang utk dibakar...kurangkan kalori


wah bergaya nyer anak ibu,...

aniq mula bakar ayam & udang...bagi ibu cikit tau!

Main game nutrien

Aniq pilih sayur..

Tinggi aniq dah 78cm berat dah 10kg..waaaaaaaa

penat dah anak ibu...

tunggu keputusan.yes aniq berjaya dapt semua sticker

Beg free gift aniq

2 orang juara sustagen

dak come..

Thursday, 1 December 2011

Ulangtahun Firstdate kami yang ke-5

1 Disember 2011


Gambar tahun 2007 -  Ditempat yang sama pertama kali kita berjumpa...
Hari ini genap 5 tahun pertemuan kami kali yang pertama..senang cakap our first date... :) sweet sangat...

Pagi-pagi lagi henpon aku dah berbunyi rimindernyer..our first date!.. Kebetulan lan baru jer keluar dari bilik air..aku tersenyum memandang suamiku..insan yang kutemui 5 tahun dahulu.....

Kami keluar kerja seperti biasa... kebetulan Hot Chat dalam HotFm adalah berkenaan first date pertama... hati aku nak telifon..nak sms..nak Fb begitu juga suamiku tapi ntahlah tangan ni masih berat lagi.. biarlah kenangan itu tersimpan dalam memori kami.. tersimpan indah!

Sayang... 5 tahun ini kukenali dirimu sama seperti dulu... moga tiada apa yang dapat merubah cinta kita selamanya... terasa bagaikan semalam baru jer kita bertemu....

gambar kami pada Januari 2007 @ Sungai Congkak

Kini 2011 -  kami telahpun bertiga...dengan anak tercinat Aniq @ Lumut