Monday 26 November 2012

Tiada Rezeki kami...

Segala yang berlaku adalah ditakdirkan mungkin ini bukan rezeki kami..segala yang Allah tentukan ada hikmahnya..dan aku percaya semua ini adalah kebaikan dan rahmat Allah atas segala yang berlaku...


24 November 2012

Aku, lan adan aniq balik perak pulak minggu ni, minggu lepas dah beberapa hari ada kat N9..lgpun  abah ncik balik suh makan durian sama cam makayah kalau berbuah jer durian anak-anak mesti balik..mungkin takut terkilan anak-anak tak merasa makan...

Pagi sabtu tu cam biasa aku bangun dan masak sarapan pagi..perut aku ni sakit jugak tapi sampai bila nak ikutkan rehat jer nanti sarapan nak makan pe..abah pagi-pagi dah ke dusun kesian pulak setiap kali kami balik abah terkejar-kejar belikan sarapan..jadi aku masakkan nasi goreng..lauk-pauk semalam pun ada lagi.. selepas sarapan aku mengajak lan ke Pasar Pagi Bota belikan barang-barang dan lauk untuk tengah hari nanti.. hampir keselurauhan pasa raku berjalan seronok sangat..tapi ujan rintik-rintik pulak terpaksalah aku bawakan barang lan kena dukung aniq..jalan punya pasal ok jer... balik tu aku terus rehat sekejap lagi nak siap-siap unruk masak tengah hari pulak..ncik cakap cu nak datang nak kena masak lebih mujur lauk semalam ada dua periuk lagi..aku tambah-tambah jer..

Mungkin terlalu penat petang tu aku tertudir bangun nak mandi jer aku tengok ada cecair coklat aku tunjukkan pada lan tapi in shaa allah takde pape rasanya ini mungkin sebab aku terlalu penat...

25 November 2012

Bangun pagi aku meneruskan rutin biasa menyediakan sarapan pagi...pagi ni buat nasi goreng jugak cuma tukar resepi..heee..siap-siap semua kerja aku masik berehat aku tengok cecair cokla tu ada lagi..aku khabarkan pada lan..risau jugak rasa ati..macam-macam kemungkinan aku fikirkan tapi dalam hati tetap berdoa moga tiada apa-apa yang berlaku pada kandunganku. Lan mengajak aku ke Hospital tapi aku takut ramai orang jadi kami buat keputusan ke Klinik.. Dari Bota sampailah ke Ayer Tawar klinik banyak yang tutup..yang bukak pulak Pakar sakit wanita takde...last2 keptusanku kami ke checkup kat Putrajaya jerlah esok..lagipun petang ni dah nak bertolak balik...perut akupun takde la sakit teruk sangat...

26 November 2012

Bangun pagi aku tengok coklat-coklat tu ada lagi..bimbang jugak aku rasa arini camner pun aku mesti kena gi klinik....tapi kat opis aku tanyakan juga kawan-kawan diaorang kata biasa jer tapi naluri ibu ni lain...

Pukul 10 aku gi jugak dengan lan tu pun sbb aku nampak cam ada darah sikit...sampai jer klinik aku terus daftar dan terus juga buka Buku Merah..hee tercapai jugak hasrat hati tu pun dan lewat 4 hari ni...aku ikuti semua prosedurnya...dan akhirnya nurse Bilik 16 tu merujuk aku ke Bilik Doktor disebabkan cecair coklat tu..hati aku berdebar tapi In shaa allah takde apa yang berlaku...Buku Merahku dilekatkan sticker merah menunjukkan aku mempunyai risiko tinggi dimasukkan ke Wad..aduhai...penuh pen merah pulak tu dalamnya...

Jam dah pun dekat pukul 1 barulah nombor giliran aku naik..doktor cakap sepatutnya aku harus awal-awal dapatkan rawatan..perkara-perkara seperti ini tidak boleh ditangguh..aku cuma tersenyum tahu salah sendiri..doktor bawakan aku untuk discan..selepas berbaring doktor mulakan sesi rawatannya..alangkah terkejutnya ku mendengar kata-kata doktor dan keputusan scan tu...doktor kata kantungnya ada tapi janin tiada... Ya Allah pucat aku mendengarnya namun entah mengapa terasa kekuatan untuk menerima takdir itu bagai hadir.. Aku pernah melihat sewaktu aniq di scan dalam kandungan ku dulu..ada bunyi jantungnya tapi kali ini lain sangat..kantung dalam rahimku kosong.... Doktor wanita itu masih lagi cuba memujukku katanya kmungkinan scan ini tak secanggih di Hospital..jadi dia keluarkan surat untuk rawatan lanjutku ke EPAU, Hospital Putrajaya..Keputusan Scan tu dikepilkan sekali dalam Buku Merahku dan perlu dikepil sekali dengan surat rujukan doktor ..

Hospital Putrajaya....
Hampir 2 jam lebih menunggu dengan melihat pelbagai ragam manusia..melihat detik gembira manusia-manusia yang berada di Kaunter Dewan Bersalin ni barulah namaku di panggil masuk ke Bilik Operasi EPAU.. Setelah berbaring aku melalui prosedur yang sama iatu di Scan melalui atas dan juga bawah... kedua-dua keputusan itu tetap sama...Empty Sac ! kantung dalam rahimku kosong.. aku hanya berdiam dan sesekali bertanya kerana aku tak mampu berfikir kenapa dan mengapa benda ini terjadi...mana bayiku?? Menurut doktor kantungku tidak apa-apa malah jalan juga tidak terbuka namun cuma rezeki yang tiada kerana kantungku kosong...

Doktor menawarkan aku 2 pilihan sama ada menjalani Proses D&C di Hospital Kajang atau menunggu 2 minggu untuk natural abortion iaitu kantung akan keluar dengan sendirinya..dalam tenpoh 2 minggu aku akan alami bleeding dan bersedia ke Hospital sekiranya berlaku sesuatu...dan aku memilih pilihan kedua iaitu menunggu...

11 Disember 2012 ..aku harus ke EPAU semula.. mungkin untuk D&C kot....dan tarikh ini aku akan terpisah terus dengan kandunganku secara paksa...dan melalui tempoh pantang 6 bulan awal dari tarikh bersalinku...13 Jun 2013

Perasaan ??? entahlah aku pun antara percaya dan tidak percaya.. pelbagai kemungkinan..pelbagai andaian yang terbit segalanya seolah misteri.. aku mula mencari cerita-cerita dalam laman web ternyata ramai yang megalami nasib sepertiku dan ada juga misteri-misteri disebalik kejadian ini..dan aku pula berserah sahaja kerana aku tahu ini bukan rezekiku...

namun sekurangnya aku telah berusaha..melalui kawan opis aku berubat tradisioanl.. walau jawapannya tak sama tapi keadaanya itu serupa..janinku tiada nadinya...

Allah yang Maha Mengetahui..ini bukan rezeki kami.

Balik rumah aku masih lagi membelek-belek Buku Merahku yang baru sanagt dibuka..aku cuba membaca tulisan-tulisan yang tertera dan sesekali aku melihat keputusan imbasan doktor..Ya! memang kosong....

lan menegur meminta aku menyimpan Buku Merahku mungkin tak mahu aku terus bersedih tapi aku bernasib baik kerana aku telahpun mempunyai Aniq juka dibandingkan insan lain...


Sehingga kini aku bukan tak sedih tapi aku tahu 'karma'.. Apabila kita tidak bersyukur Allah akan tarik nikmat yang telah diberikan..anakku lebih bahagia disamping penciptaNya dari disamping kami..

Cuma aku tak mampu nak maafkan diri sendiri lagi..moga masa akan menentukan segalanya..

No comments: