Thursday 30 August 2012

Ya Allah..Lindungi aniqku...

30 Ogos 2012

Baru lepas 2 hari harijadiku yang ke 30.. gembira tahun ni dapat sambut dengan mak ayah..kami makan-makan kat luar...tapi hari ini kegembiraan hatiku bagaikan disentap...

5.45am..

Aniq tiba-tiba merenggek sambil mulutnya tak hendti mengadu padaku kakinya sakit..perutnya sakit...
Ya Allah kenapa dengan anakku..aku memegang kaki kirinya, bagaikan ada bengkak di bahagian kiri pehanya. aku mengurut tapi aniq mengelak langsung tidak benarkan kami memegang kakinya... hati cuak sangat.. lan mengurut-ngurut kaki aniq..aku lihat aniq sangat mengantuk...sangat-sangat mengantuk namun mulutnya masih merenggek mengadu sakit..hatiku tak tenteram....

7.22am

Kami sampai di Klinik Presint 9..sehingga pukul 930 barulah nomnor giliran aniq dipanggil..masuk ke bilik doktornya, dia memeriksa kaki aniq dan terus minta aku bawakan aniq untuk di X-Ray..hatiku tak tenang..dalam hatiku berdoa moga tiada khabaran yang buruk..aku tak sanggup....

Kami ke tempat X-ray..lan yang bawakan aniq kasuk ke Bilik X-ray..mulanya seperti sedia kala tapi tiba-tiba dari luar aku dengar suara tangisan aniq...sayunyer hatiku mendegar tangisan aniq.. Ya Allah kuatkanlah hatiku...aku tak sanggup diuji begini..

Keluar jer aniq aku terus bertanyakan aniq...kata lan, aniq takut..sebab itu dia menangis...

10.30am

Nombor giliran aniq dipanggil semula ke Bilik Doktor no. 4, kali ini aku tak sanggup masuk berdua sahaja dengan aniq..aku meminta suamiku masuk bersama-sama kerana aku tak sanggup..aku sememangnya tak sanggup mendengar sekiranya sesuatu yang diluar jangkaan berlaku...

Menurut gambaran X-ray, tulang aniq tiada apa-apa tetapi doktor juga tidak pasti kenapa kaki aniq bengkak... sekiranya dalam tempoh 2 minggu bengkak dalam kaki aniq tidak surut, aniq akan durujuk ke Pakar Tulang... itu yang kami dimaklumkan tapi hatiku..oh hatiku..aku tak sanggup...aku tak sanggup...

Ya Allah lindungilah aniqku...berikanlah kesihatan yang baik buat anakku Muhammad Aniq Aqmar kerana dialah hati dan jiwa kami...amin ya rabbbal alamin....



No comments: