Friday 17 August 2012

Cerita Ramadhan 2012 Ku..

Alhamdulillah

Kami masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan pda tahun ini..Amin Ya Rabbal alamin kami masih lagi diberi peluang menebus segala dosa-dosa dan beribadah dalam bulan yang mulia ini cuma kami yang masih terleka adakala lalai juga...Puasa tahun ini seronok sebab kami berbuka dan bersahur beramai-ramai..ada ina, ipan dan haikal...kalau berdua jer tak seronok..nak masak pun takde mood. Mujur ina ada sebenarnya sebab inalah yang sering mengetuk pintu mengejutkan aku yang sangat lenalah kalau tido..heee

Awal Ramadhan..

Awal ramadhan tahun ini aku dan lan menyambutnya di Kampungku kerana tahun lepas kami menyambutnya di Perak. Seronokya dapat 'mantai' bersama-sama ahli keluargaku. Mak menyediakan rendang seperti tahun-tahun yang lepas untuk bersahur. petang berbukanya meja kami dipenuhi dengan pelbagai masakan. sempat juga aku masakkan bubur lambuk dan ayam goreng rempah.. alhamdulillah sepanjang hari berpuasa awal ramadhan ini tiada dugaan buatku..

berbuka berdua...

Tahun ini dua kali permintaan suamiku untuk kami berbuka diluar berdua...amboi suamiku nak mengenang zaman bercintan-cintun dulu kot... kami bungkus KFC dan berbuka di kaki lima Jambatan Putra..seronok sangat menimbas zaman muda-mudi dulu. melihat pasangan-pasang berbuka bersam-sama seperti kitaorang dulu...heeee.. dan yang paling tak kulupa semalam.... HP ku tertinggal kat tepi kolam presint 9, mujur hamba Allah yang budiman itu menjumpai HPku dan menyerahkan kepada kami. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah yang masih memihak kepadaku..moga aku tak cuai lagi...

Berbuka di tepi tasik

Alhamdulillah seronok tengok budak-budak tu gembira berbuka di tepi tasik bawah jambatan Seri Setia..kami Bungkus KFC..Mini Pizza dan mee makan bawah jambatan.. ala-ala tepi pantai gitu kan!

15 Ramadhan..

kami sekeluarga pulang berpuasa di Kampung suamiku di Perak. Kebetulan Negeri Selangor cuti umum sempena Nuzul Al-AQuran jadi tiga hari kami berada di kampung. Pada aku walaupun berada di Negeri Sembilan ataupun Perak..kedua-dua kampung ini sama jer aku tetap gembira...

18 Ramadhan - 23 Ramadhan..
 keistimewaan yang Allah berikan kepadaku..walaupun begitu aku masih bangun dan berbuka bersama-sama suamiku..

27 Ramadhan...

Ina, Irfan, haikal dan Aniq balik kampung..malam tu kami hantar mereka ke Senawang...sunyinya rumah kami..aku dah takde mood nak masak dan disebabkan itu sahurku semalam dan pagi tadi kelam kelibut..apataknya 5.30 baru suamiku sedar dan aku??? lenanya tidurku termimpi-mimpi..aduhai bini lan ni yer...

Kuih Raya

Aku sempat beli 5 jenis kuih kat The Store manjung untuk rumahku..cukuplah rasanya...dan buat pertama kali sepanjang 29 tahun nak 30 tahun hidupku ini aku buat kuih...hahahaha..Badam Crunch Coklat namanya...begitu excited sekali kan! Alhamdulillah menjadi...sedap ke tak sedap janji boleh makan yer....beria tul mencari coklat sampai ke Subang Jaya. Sib baik buat jugak walaupun tak habis kalau tak mesti kena perli la aku.. asal ke Supermarket jer cari Badam..cari coklat ...

Baju Raya

Raya memang jadi la tahun nie! Buat mak ayah rezeki tahun ni dapat aku belikan Sepasang baju Melayu dan kurung sedondon Biru. Sekarang ni aku dalam proses jahitkan baju mak labuci dan manik. itu yang pukul 12 malam tadi baru tidur. Buat Isha dan Ida sepasang baju bewarna kuning sedondon dengan aniq. Itu aku beli kat Nilai. Buat kami sekeluarga pula sedondon Ungu.. tak cukup Baju Melayu dan Kurung Ungu cari pulak T-shirt, Blouse Ungu aniq jer dah 3 pasang baju ungu..aduhai raya sungguh terbang ntah berapa RM..takpela raya setahun sekali..

T-shirt lan semuanya kami beli kat The Store, Manjung. Dapat jugalah kami sepasang sama bewarna ungu...Cuma sampai hari ini seluar jeans masih belum sempat beli..kata suamiku inilah tahun pertama dia tak beli seluar. Sedih bunyinya yek!

Ramadhan bulan Ibadat..

Alhamdulillah aku dapat rasakan tahun ini tahun yang mengembirakan hatiku..melihatkan suamiku sejuk hatiku...Moga selepas ramadhan ini kekal begitu. Sungguh perubahan itu memerlukan masa. Moga dengan azam ramadhan ini keluarga kami diberkati Allah. Biarpun aku cuma sempat berterawih sehari aku berharap agar tahun akan datang aku dapat memenuhinya...

28 Ramadhan 1433..

Pagi ini aku masih lagi kat opis nie..hati dah berkobar-kobar semangat nak raya.. Tengah hari ini aku akan amik half day...balik rumah bungkuskan lagi apa yang patut dan seterusnya bertolak balik ke Kampung. Moga Allah permudahkan perjalanan kami.. Moga kami selamat sampai ke Destinasi kami. Begitu juga doaku buat adik dan abangku yang akan balik kampung esok!

Seronoknya raya ku...

No comments: