Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Alhamdulillah dengan izin Allah kami dapat lagi bertemu dengan bulan yang mulia ini..tiada lain yang ku harap agar dibulan mulia ini dapat mengaut sebanyak mungkin pahala-pahala yang telah Allah S.W.T janjikan...Ya Allah Kau permudahkanlah segala amal ibadah kami dibulan mulia ini..
Awal puasa tahun ini aku menyambutnya di Perak..takpelah sebab ayah dengan mak tinggal kat rumahku jadi sepanjang minggu ini aku berpeluang untuk bersahur dan berbuka puasa bersam-sama ayah dan mak..seperti tahun lepas aku jarang ke Bazar..aku selesa untuk masak jer apa yang ada..
Sebut bulan Ramadhan ni pasti tak terlepas nak sebut pasal persiapan hari raya...awal-awal lagi aku dan lan dah pun prepare sepasang Baju Melayu dan Sepasanag Baju kurungku sedondon..heeee..tema kami tahun nie..MAROON!!! termasuk juga untuk mak dan ayah..dan pastinya tidak lupa untuk aniqku tersayang....
Aku bersyukur kerana tahun ni aku berpeluang menyambut hari raya sebagai seorang ibu...ingat lagi tahun lepas ikutkan due aniq 8hb tapi mungkin ingin memberiku peluang menyambut hari raya sebagi seorang isteri...aniq lewat seminggu dari tarikh ini maka lahirlah puteraku ini pada hari raya ke-4....Alhamdulillah
Yang pastinya aku gembira dan bahagia kerana bersama-sama suami dan anak tercinta..Aku sentiasa berdoa umur kami dipanjangkan...
Tahun ini aku bakal beraya di kampung lan kat Perak..ini kali pertama aku beraya dirumah mertua..takpelah bukan orang lain pun..Abah dan encik pun ibu dan bapaku juga....
No comments:
Post a Comment