Buat kali pertama dalam hidupku aku menyambut raya dengan berjauhan dari mak ayah..selama 28 tahun dalam hidupku aku dapat bersalam..bermaaf-maafan sesama ahli keluarga ku tapi raya tahun ini aku beraya di kampung halaman suamiku di Perak..mulanya agak janggal tapi aku tahu layanan ibubapa mertua terhadapku serupa seperti anak kandung sendiri..mengenangkan itu, aku tak rasa betah pun malah sedikit teruja merayakan hari raya aidilfitri ini ditempat lain....
27 Ogos 2011
Pagi ini aku bertolak balik ke Negeri Sembilan..hari ini aku akan berbuka puasa di kampung...malam ini tepat pukul 12 adalah hari lahirku...sampai di kampung mak dan ayah tengah sibuk-sibuk dengan persiapan raya..petang ini kami berbuka bersama-sama..sayangnya aku tidak berpuasa..nak buat camner..Allah bagi cuti...
28 Ogos 2011
Pagi ini kami bersahur bersama-sama..makanan malam tadi ada lagi..mak masak lauk ikan tongkol dengan daun asam gelugor..gembiranya hari ini hari jadiku ke 29 tahun..tepat pukul 12mlm tadi suamiku orang pertama yang mengucapkannya...
3.00 ptg
Aku, lan dan aniq keluar ke Bahau..kata lan nak carikan 'hadiah' untukku..malam nanti kami akan meraikan harijadiku di kampung...aku tahu lan berhasrat sangat nak belikan aku jam tangan..tapi aku dahpun ada 2 jam tangan..1 pemberian ayah dan 1 lagi pemberian mak..cuma 2-2 jam tu rosak..jadi kami ke Bahau betulkan jam tangan aku tu..jadi aku katakan pada lan tak perlu rasanya hadiah jam lagi... kami ke Econ save dan seterusnya ke Kedai Kek...
7.18 mlm
Kami berbuka puasa bersam-sama..aku sediakan mee hailam untuk tambahan makanan..selepas itu mulalah aku meniup lilin kek harijadiku..gembiranya hatiku ini, dapat juga ku sambut harijadi ku tahun ini kat kampung....
29 Ogos 2011
5.00am
Kami bersahur..ku kira hari ini hari terakhir kami bersahur bersama-sama...sekejap lagi aku akan bertolak balik ke Perak....
9.00 am
Semua beg dan barang-barang dah siap sedia dalam kereta..sekejap lagi aku akan bertolak balik ke Perak..sebelum bertolak..aku bersalam dan bermaaf-maafan dengan makayah dan adik-beradikku yang lain...dan yang takkan ku lupa ialah 'duit raya'. itulah perkara wajaib untuk makayah, adik-beradik serta anak-anak buahku...
kukira selagi nyawaku dikandung badan, selagi kudrat dan izin suamiku ku dapat..aku takkan abaikan mak dan ayah..seperti tahun-tahun sebelum aku bergelar isteri..aku pastikan sepasang Baju Melayu ayah dan Baju Mak akan tetap aku belikan sekiranya ada rezeki yang lebih itu juga akan kuhadiahkan pada anak buahku.. kerana ku tahu raya ini untuk semua. Aku tahu mungkin ada yang kurang mampu...rezeki Allah yang ku dapat ini ingin aku kongsikan bersam-sama mereka..
Kami pun memeulakan perjalanan dengan doa semoga selamat sampai ke kampung lan....
3.00pm
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kampung Telok Bakong, Perak..sesampai jer disana, abah dan incik sedang sibuk menyediakan lemang..aku hanya mampu menolong mana yang mampu...kelihatan seisi keluarga kak nyah dan bapa saudara lan sudahpun berada di kampung
7.20
kami berbuka puasa bersama-sama...sebentar lagi akan bergemalah takbir raya....
ALLAHU AKBAR ALLAH..HU AKBAR ALLAH..HUAKBAR..LA IILLAH HAIILLALLAH....
hatiku sayu mengenangkan mak ayah di kampung..namun kesediahan tu terubat kerana raya tahun ini amat bermakna kerana aku kini bukan berdua..kami menyambut raya ini bersama-sama putera tercinta...buah hati kami....Muhammad Aniq Aqmar...
No comments:
Post a Comment