Tuesday 21 June 2011

Suamiku Menawan Puncak Gunung Tok Wan

18 Jun 2011@ 6.15am

Cukup semangat betul suamiku pagi ni..katanya semalam akan join Pendakian Gunung Tok Wan anjuran Pasukan SMART yang disertai sekali oleh penduduk dan warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.. mulanya keberatan juga aku nak biarkan suamiku pergi..tapi nampak gaya macam nak juga perginya..jadi aku biarkan lah..jarang benar suamiku ni bersosial bersama-sama kawan.. banyak masanya dihabiskan dirumah bersama ku..bertuah rasanya aku bersuamikan Encik Azlan Kamaruddin nie...;))

Setelah bersiap-siap suamiku ku bertolak dari rumah..tiada bekal kukirim tapi ku titip nasihat agar dia menjaga diri dengan baik..sempat juga bekalkan cream Heating Rub untuk sapukan dikakinya..risau aku sekiranya berlaku sesuatu terhadapnya..pengalaman aku menghadiri Kursus Team Building kat Excel Training buat aku tertutup hati nak hadiri mana-mana aktiviti lasak lagi... lagipun bukan minat aku tu...

6.30 suamiku @ SMART, Pulau Meranti

Suami dah pun sampai kini tiba masa untuk menanti kedatangan peserta-peserta yang lain..sementara tu aku bermesej-mesej dengannya sehinggalah dia sampai kat sana..

 7.00am

Mereka dah pun memulakan operasi mendaki..aku sempat bermesej katanya penat mendaki...heee..memangla takder warm up tiba-tiba terus panjat gunung.. aku terlupa nak tanya sama ada dia sapu ke tak Heating Rub tu..kalau tak sapu jawapnya memang demam urat la nanti...

Aku pulak cuma berdua jer kat rumah dengan aniq..plan aku hari ini nak bersihkan rumah! yes dah lama sangat tertangguh kerja-kerja nak bersihkan rumah.. 3 minggu ni asyik berjalan jer...dari utara sampaila ke timur.. selepas aku suapkan aniq makan..aku tidurkan dia dalam buai...so dapat la aku menjalankan kerja-kerja operasiku dengan lancar..

aduh..penatnya!!  seingat aku inilah kali pertama aku mop lantai sejak aku bergelar Puan Azlan.. sejak berkahwin semua bab kemas - mengemas ni diuruskan lan dan sejak aku mengandung sehinggalah aniq berumur 9 bulan ni sekalipun aku tak pernah cuci bilik air..semuanya dilakukan suamiku... aku bersyukur sebab suamiku mahu menolong buat kerja rumah..andai lah segalanya dibahu aku..mahu tak rehat ler aku...heeee



4.30pm

Suamiku mesej akan bertolak pulang...katanya dari inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir dia join cam gini...heeee... sakit seluruh badan katanya...kesiannya...  krim yang kukirim tak disapunya, memang mencari sakit ler tu...heeee

6.30pm

Suamiku sampai kerumah..dari mukanya pun dah nampak penatnya...katanya dari pagi tak jamah nasi, cuma menjamah roti jer..nasib baik otw dia tadi aku semapat siap masak..selepas makan terus dia berehat, penat sangat ler tu...seluruh badan bisa-bisa...

takpelah sayang esok abang berehat yer..isnin kalau tak larat, MC jerlah.. siksa benar nampak gayanya tu.. pepun TAHNIAH sayang..sampai juga ke PUNCAK GUNUNG TOK WAN..





20 Jun 2011..

SAH! suamiku dan 2 orang lagi kawannya dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti..dapat MC..hiihihihihihi.. minggu depan SMART buat kat Fraser Hill ada hati jugak lagi nak pergi...hmmmmmm tak payah lah...

No comments: