Sunday 5 June 2011

Kami ke Pahang...

4 Jun 2011@ Serting Ulu

Pagi ini aku, lan dan aniq akan bertolak ke Felda Jenderak Selatan, Pahang..hari ini majis bertandang Lee & Ina kat sini pulak..kami sekeluarga mengenakan tema 'Hijau' pulak..kat kedah aritu kitaorang pakai tema 'coklat'

11.30am@ Serting Ulu

Dalam hati aku berdoa moga aniq tak banyak ragam. aku terlupa bawakan aniq sweater, jadi aku pinjamkan aniq sweater anak abg..sebelum bertolak kami pakaikan dia..tiba-tiba aniq meronta-ronta..secara tak sengaja belakang kepala aniq terkena stereng..aniq menangis...aku ngan lan terkejut tapi cepat-cepat kitaorang pujuk dan aniq pun diam..kami pun memulakan perjalanan..keluar jer dari lorong rumahku..aniq menangis..puas aku pujuk aniq tak juga berhenti menangis...macam-maam cara aku dan lan pujuk, tapi masih juga tak berhasil. makin lama makin kuat aniq menangis dalam taj sedar kami dah pun melepasi Negeri Sembilan...kami dah kat Bera...

12.30@ Bera



Aniq masih tak berhenti menangis...lan memberhentikan kereta kat bahu jalan..dalam hati kami berkira-kira untuk meneruskan perjalanan atau tidak..dalam keadaan ni mood aku betul2 takde nak ke kenduri tu..Aku memahami 'stress' yang lan..dengan penat memandu, penat badan..lan juga manusia biasa..adakala marah mengatasi segalanya mujur dia sedar dan cepat-cepat memujuk aniq semula..aku tersentak juga...

tak lama kemudian  aniq tertidur dibahuku..penat agaknya anakku ini...kami telahpun u-turn untuk balik ke N9..ketika hampir sampai ke Felda Sg. Lui Selatan..kami berubah fikiran...uturn dan meneruskan semula perjalanan ke Pahang...aduh masa habis dekat jalan jer..takpe lah gpun aniq dah lena...

2.00 @ Felda Jenderak Selatan

Majlis bersanding dah pun selesai..ketika kami sampai pun tak ramai yang tinggal...mujur aniq dah bangun dan tak meragam lagi...aku ngan lan makan lauk pengantin jer, berteman dengan Yop Man dan Isterinya.. selesai makan lan meneruskan kerja-kerja membantu membasuh pinggan mangkuk...aku terus masuk kedalam rumah mencari kipas angin...dah tak tahan sangat, panas giler... sambil-sambil tu menyembang dengan saudara-mara yang ada..badan aniq panas, aku mandikan dia...

5.30..

Jam dah pun petang tapi takde tanda-tanda menunjukkan  kami akan balik ke Serting..lan pun masih lagi sibuk-sibuk dengan seisi keluarganya membersihkan apa yang patut..aniq mula meragam..lapar agaknya...bubur yang aku bawa dari rumah basi pula..mujur kak anis ada bubus MCD naufal..disuapnya sedikit kat aniq..bubur MCD?? aduhhh MSGnyer banyak giler....

7.30..

Kami masih lagi kat sini...sah memang tak balik Serting rasanya..semua dah memujuk kami untuk bermalam disini..hatiku berat..berat seberat-beratnya...aku tak biasa! dan sememangnya aku tak boleh nak ubah sikap ni..maafkan ayang sayang.. TAPI pujukan demi pujukan aku terpaksa juga bersetuju...tapi syaratnya, suamiku mesti membelikan semua keperluan aku untuk malam ini...semuanya!!! sebab aku datang sini cuma sehelai sepinggang sahaja...

8.00pm

Aniq lena dalam buaian jadi aku dan lan keluar menuju ke Bandar Temerloh membeli barang-banrang keperluan aku dan aniq...cari punya cai kami sampai rumah pukul 10mlm..kat luar yong bagitahu aniq muntah-muntah..badannya panas... ak terkejut dalam hati aku mula rasa marah sebab terpaksa tidur kat sini..ubat anoq langsung kami tak bawa...menyesal aku menyesal..lan ajak balik tapi yong menahan lagipun dah lewat mlam sangat nie..

Aniq lenatidur dalam buaian, tai bandannya masih panas..aku letakkan tuala basah kat kepalanya..risau nyer kalau jadi sesuatu...dalam pukul 2 pagi aniq tiba-tiba batuk dan terus muntah..dia meronta-ronta.aku dan lan benar-benar terkejut..aniq tak pernah jadi begini aku cepat-cepat ajak lan ke hospital tapi ditahan yong ina lagi..dia mengurut seluruh badan aniq..mujur aniq ok semula..terima kasih yong ina...kami pun tidur semula..tapi dalam tidur yang begini mana kan mampu untuk lena...

7.00pg

aku bangun awal sebab pagi ni janji nak bertolak balik ke Negeri Sembilan...kami bersarapan dulu...aniq dmasih muntah-muntah lagi...

11.am


kami bertolak meninggalkan Jenderak Selatan..mulanya plan untuk ke Hospital Kuala Pilah, tapi mengenangkan keadaan aniq, kami ke Hospital Temerloh...aniq diberi ubat demam dan kami juga bertanyakan berkenaan kepala aniq yang terhantuk, mujur doktor kata kepala aniq tiada pape...lega rasa hati kami... mulanya nak balik terus ke Negeri Sembilan..tapi lan ajak singgah ke umah Mertua abangnya kat Felda Kg.Awah..kami berhenti berehat dan makan disana..

7pm

Kami sampai kat Serting..aniq pun dah sihat nampaknya..malam ni juga kami akan meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya..sekejap jer rasanya dapat balik ke sini...pahang oh pahang..kenangan ni buat aku fobia nak travel jauh lagi.....

No comments: