Monday 20 April 2009

Pesta Buku PWTC.. 19 April 2009

Hari ini awal pagi lagi aku dan tunangku berkunjung ke Pesta buku di PWTC..ini kerana tunangku akan bekerja syif petang iatu pada pukul 3, jadi kami perlu keluar awal lagipun sejak awal lagi aku minta dia menemani aku berkunjung disini untuk mencari buku rujukanku dan sesuatu untuk kami dijadikan hantaran..

lgpun dia kesian aku langsung tak kemana-mana kerana dia sibuk dengan kerja..

Kami sampai disini hampir jam 11.30pg, nasib baik kami dapat duduk dalam LRT star tadi..kalau tak, penatnya berdiri..kami berkunjung dari satu kedai ke satu booth ke booth yg lain..ribuan orang berkunjung disini,maklumlah hari cuti..pelbagai buku aku temui…bila mata semakin rambang, aku kesini dan dia kesana hinggalah aku tersedar tunangku tiada disisi..

Mulanya aku tak merasa apa-apa..aku terus berjalan dari ke booth yang lain, tapi aku mula terasa kesunyian tanpanya..hanya mesejnya yg sampai dan dia menungguku dipintu masuk..tak lama kemudian aku terus bergegas kesana namun dia tak kutemui..hatiku mula berkata-kata

Aku terus mencari dan dail nombornya, suaranya tidak jelas..aku terus mendail dan hanya peti simpanan suara yang kedengaran..mcam-macam terlintas difikiranku..tiba kuterima mesej yang dia juga mencariku tetapi tak jumpa..kudail lagi tetapi masih juga jawapan yang sama..

Aku hampir menangis..aku tersandar dipintu masuk pesta buku itu..dalam hati terbit penyesalan berkunjung disini..aku tak tahu jalan bagaimana untuk aku temui dia..seluruh booth aku mencari..dan kupasti dia juga berbuat begitu..tanganku tak lekang mendail nombornya…dalam hati aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar bertemu dengannya dalam ribuan org itu…

tiba-tiba, aku terpandang seseorang ditepi eskalator itu, dalam hatiku mengucap syukur kepada Allah, insan yang kucari ada menanti disitu…sangkaku dia menunggu dipameran kereta, rupanya di tepi eskalator..aku salah mendengar kerana bunyi gendang amat kuat sewaktu sempat berbual tadi..

Namun silapku gagal menahan amarah..aku terus kearahnya dan terus berkata-kata tanpa mampu mengawal kewarasan diri.. seolah menghambur keluar sesak dalam dada..tapi dia hanya menatap wajahku tanpa sepatah pun perkataan..hanya menatap dan mendengar…. sesudah aku habis bercakap, dia menghulur dompet agar aku pergi membeli buku yang aku ingini…
Setelah Aku membeli senaskah Al-Quran aku terus beredar mendapatkannya..hatiku girang kerana mendapat apa yg aku hajati..tapi dia masih lagi merenungku..dari matanya aku tahu ada sesuatu dalam hati..

Hanya Tuhan yang tahu penyesalanku..hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya aku bila dia meluahkan kata-kata..

Katanya dia terasa hati dengan kata-kataku tadi tapi dia tak sanggup memarahiku kerana itu dia hanya membiarkan aku terus berkata-kata…kenapakah aku begini sedangkan keadaan  yg sama dia tanggung ketika mencari aku..tapi dikawalnya perasaan itu kerana dia takkan sampai hati buatku bersedih jauh sekali memarahi aku di khalayak orang..tapi kenapalah aku tak mampu berfikir seperti itu..

Ya Allah..betapa sabarnya dia akan kerenahku..tapi aku sering juga bersalah padanya sedangkan dia bakal suamiku..Aku bersyukur kerana mempunyai insan sepertinya disisi..tiada insan yg kutemui sebaik dirinya..Aku bersyukur kerna Allah temukan aku dengannya…

Buat abg, maafkan ayang…kerna gagal mengawal perasaan..ini kerna diriku terlalu takut kehilangannya walaupun seketika..

ini pengajaran untuk aku..buat masa ini pintu hatiku tertutup untuk berkunjung ke Pesta seperti ini lagi..akan-akan datang aku tak pasti..

April 19th, 2009 at 10:42 pm

No comments: