Thursday, 28 June 2018

Teruslah Kejar Kejayaan Aniq!

Syukur..

Biarpun Aniq diuji ujian kesihatan kakinya..berulang alik ke HUKM setiap 3 bulan..slps tu 6 Bulan..dan kini setahun sekali.. Allah memberi anugerah buat Aniq..

Aniq sangat terang hati..mudah belajar.. baik.. penyayang dan penyedih orangnya.. Aniq boleh menangis tengok cerita sedih..dan Aniq sedih bila Arif kena marah..


Abg Aniq dh 2 tahun berturut2 naik pentas..Pelajar terbaik Pra Al- Hakam dan Anugerah Tempat Pertama Kelas 1 Dedikasi..Alhamdulilah.. tahun ni abg Aniq jadi Ketua Kelas dan wakil Tahun 2.. Tahniah syg ibu.. moga adik Arif juga mengikut jejak abg Aniq.

In Shaa Allah...aamin..

Wednesday, 27 June 2018

Pelengkap Hidupku:: Eren & Romi..

Tetiba jatuh cinta dengan bait lirik lagu ni.. mula-mula dengar macam biasa je tapi sekarang macam terkesan sangat kat hati..

Janji dan kenangan.. moga satu masa nanti Allah ubati segalanya...



Moga Allah sentiasa mendengar doaku untukmu...





Monday, 25 June 2018

Tak Tahu Kemana...

Kekadang senyum sendiri..

Impian hidup pun samar-samar tak tahu arah tujunya kemana.. ingat tu je...nak bawak diri pun tak tahu kat mana... dekat tangan ada kunci.. ada kereta tapi arah tuju pun tak tahu juga..bukan nak kemana pun, nak keluar kejap release tension je,  tapi..kemana ko nak pergi, arah pun tak tahu hala...



Ada yang kata hidup saya takde life... kawan tak ada.. tv tak tengok.. media sosial takde.. hiburan langsung tak ada..

Nak mengadu? dekat siapa... dihadapan anak, ibu mesti nampak kuat.. dihadapan suami, saya mesti tersenyum riang..

Meluah tu kan untuk kurangkan tekanan tapi tidak bagi saya,  nanti banyak duka dari suka... selalu begitu akhirnya dah takde apa nak diluahkan.. pendam sendiri itu lagi baik...

hmmmm....

Saturday, 23 June 2018

PR1MA Presint 11..Rumahku Syurgaku....

Inilah harta buat bekalan anak2  kelak.. Alhamdulillah rezeki kat Putrajaya ni..

Inilah rumah kami...tak cantik mana pun tapi cukuplah bila stress balik umah tak serabut..












Friday, 22 June 2018

DRAMA SANGAT ::NUR...



Rasanya inilah drama pertama tahun ni yang saya ikut..tu pun episod kedua baru tengok..lepas tu gagahkn diri cari cerita ni kat internet..dan akhirnya tamat juga cerita ni sehari sebelum raya😊😊

Jalan ceritanya best walaupun mungkin mustahil tapi jodoh tu ditangan Allah..Pengakhiran hidup manusia itu kita tak tahu..

Apa yang buat saya jatuh hati dgn drama ni kerana jalan ceritanya..saya suka cerita islamik..namun sebenarnya melalui cerita ni saya melihat suatu impian yang hingga kini masih belum tertunai...saya juga menanti jawapan atas persoalan yg masih sy belum temui dan  yang hanya Allah yang tahu segala jalan cerita hidup saya..

Manusia sering kali ingin mengambil kerja Tuhan.. menolak takdir yg telah ditentukanNya.. saya juga begitu😣😣

Saya juga tidak sabar bila diuji..adakalanya rasa dah cukup tabah tapi sebenarnya lemah..

Setiap yg hidup pasti diuji dan  Allah tak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya..sy faham dan itu yg sering sy lafazkan setiap kali usai solat tp mengapa hati ini rapuh juga..

Moga satu hari nanti Allah makbulkan doa saya..😔😔





Thursday, 21 June 2018

Keliru...

Saya masih keliru.... 



Adakalanya tertanya mengapa keinginan ini terasa tidak dipenuhi sedangkan segalanya didepan mata..

Adakala terasa hidup ini sunyi sedangkan kasih sayang itu tercurah disekeliling..tetapi kenapa terasa masih lagi kesunyian..

Jauh dan semakin jauh..

Wednesday, 20 June 2018

Ketika Cinta Itu Berubah.....

Ketika Cinta Itu Berubah....






Sesungguhnya hanya Allah pemilik hati... satu masa dia sangat2 kau cintai sepenuh hati lalu tak mustahil satu ketika Allah membuang perasaan itu....

Diam dan terduduk... 


Monday, 18 June 2018

Aku Cinta....

Kasih rahsiakan cinta
Tak mudah aku percaya
Setelah senda tawa nan mesra
Relakan hati sucimu

Kasih rahsiakan hati
Perlahan dirimu pergi..
Bila berdua bahagia rasa
Dirimu hanya milikku selamanya

Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta

Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta

Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta...






Thursday, 14 June 2018

#BPG dihati....

Disember 2017..

Aku ditempatkan dari UPKS ke BPG..biarpun mula-mula ianya merupakan tamparan dan cabaran yang sangat-sangat mencengkam perasaan namun lama-lama ianya sebati dihati...

Alhamdulillah semakin hari semakin baik dan harap moga terus berkekalan begini..

Dan..

Hanya Allah yang tahu hikmah pertemuan dan perjalanan itu.. tak mampu dilupa kerana tergantung dihati.. moga Allah mentakdirkan sesuatu yang seperti dalam doaku..
Bukan tidak kumohon dijauhkan dugaan ini



Wednesday, 6 June 2018

Kalau Ikhlas..kenapa masih terus menangis....

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.
kebahagiaan
Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.
Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.
Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

YA, MENYAYANGI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.
Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi ?
Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.
Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia ? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?
Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.
Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.
Kita cakap “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”
Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?
Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.
Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”
Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

KENAPA TAKUT UNTUK IKHLASKAN PERPISAHAN ITU?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.
Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku.
Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.
Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.
Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.
Tapi sampai bila?
Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

JIKA TERUS HIDUP BERSAMA KENANGAN, MEMANG MUSTAHIL UNTUK KITA LUPAKAN DIA.

Move on. Ubah cara hidup kita.
Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.
Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.
Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita.
Hanya kita yang alpa dan terleka.
Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith kudsi Allah berfirman;
Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

MANUSIA AKAN PERGI TINGGALKAN KITA JUGA WALAUPUN SEJUTA JANJI MANIS YANG DIA BERIKAN.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

INGATLAH UNTUK SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH TERSENDIRI.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) – Ustaz Azhar Idrus”
Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.
Hanya perlu yakin.

Wednesday, 14 March 2018

Pertemuan

Tidak pernah dirancang 

Semuanya  diatur kemas oleh yang di atas…

Yang Maha Mengetahui suara-suara hati nurani,

Yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati insani,

 naluri yang mengimpikan teman pendamping di sisi…

Walaupun bukan aku yang kau harapkan 

Namun akulah yang hadir dalam hidupmu

 Mungkin kehadiranku tidak pernah kau nanti

Namun tidak pernah ku kecewa 

Apatah lagi kesal di hati ini

 Malah aku amat mensyukuri pertemuan ini

 Kerana dengannya

Terjalin ikatan antara dua hati

Perpisahan

Ternyata amat menyakitkan

Sering kali mengundang air mata

Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama

Bagaikan disentap pergi serta-merta

Walaupun begitu

Ingatlah…

Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah

Terimalah dengan penuh redha…

Sekiranya ingatanmu singgah padaku

Kirimlah sepotong doa tika itu

 Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini 

Andai bukan di dunia fana ini

Biarlah di Jannatul Firdausi

 yang kekal abadi…


Sumber : https://sueciadlishah.wordpress.com/tag/takdir-pertemuan-dan-perpisahan/

Tuesday, 9 January 2018

Nasihat Seorang Ibu...

NASIHAT SEORANG IBU BUAT ANAKNYA...

"Inilah laluan cinta anakku. Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan ketenangan, kebahagiaan apatah lagi keselamatan yang kekal, anakku. Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta suami gagal engkau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita buru adalah kebahagian yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai kerana Allah SWT. Tetapi apabila berlaku tidak seperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu hikmah disebaliknya."
.
"Anakku, bila engkau memandang segalanya dari Allah SWT, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu...pasti akan damailah hatimu. Kerana, masakan Allah SWT sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah SWT tidak tahu penderitaanmu, pecahnya hatimu..., tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."
.
"Anakku, mungkin benar, perkahwinan ini memang bukan atas pilihanmu sendiri, tapi bila ia telah berlaku, hakikatnya itulah pilihan yang Allah SWT mahu untukmu. Ibu ayah mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Tapi, terlalu banyak perkara berlaku di luar jangkaan kita... Cuma yang mahu ibu ingatkan engkau, perkahwinan atau suami bukanlah matlamat akhir hidup kita. Ia hanyalah alat untuk kita merebut keampunan dan keredhaan Ilahi."
.
"Anakku, sesuatu yang kita tidak mahu cintai kadang-kadang begitu dicintai oleh hati. Sebaliknya kadang-kadang kita terlalu ingin dan mahu cintakan sesuatu, tapi hati menolak. Hal ini adalah takdir yang kita sendiri pun tidak boleh mengawal dan menentukannya, walau siapapun kita. Tapi ia bukan sesuatu yang perlu engkau kesalkan anakku.. Sedangkan sikap kita yang tidak mencintai Allah SWT pun sering kita berikan maaf, walaupun ia satu kesalahan yang lebih besar, mengapa pula sikap suami ini begitu payah untuk kita terima? Inilah kita, anakku. Terlalu mudah sakit bila hak kita terabai, sedangkan bila hak Allah SWT terbiar, hati kita tidak tersentuh langsung."
."Anakku, Allah SWT sayang padamu. Dia mahu engkau juga sayang dan cinta padaNya. Kerana itulah diberiNya kesusahan pada perasaanmu. Dia mahu engkau berpaling dari cinta sementara yang amat engkau buru itu kepada cinta mutlak yang maha agung lagi indah. Maka, janganlah engkau sia-siakan peluang ini dengan sungutan dan rasa tidak redhamu..."
.
"Anakku, jika dalam pada engkau tahu suamimu tidak mencintaimu tetapi engkau masih mampu memberikan khidmat terbaik padanya dan mendoakannya, maka itulah bererti bahawa engkau memang bersungguh-sungguh untuk memburu cinta Ilahi. Jika tidak, deritamu itu hanyalah derita yang lahir dari nafsu tercabar. Ia tidak bererti dan tidak layak untuk mendapat simpati, anakku..."
.
"Anakku, suamimu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak akan kekal, hidupnya ada batasan dan akhirnya dia akan pergi meninggalkanmu. Suatu masa nanti engkau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah anakku. Dan jika sakitnya terlalu menusuk, bagaikan menghiris hatimu, datanglah pada Allah. Dialah tempat untuk mengadu dan merayu. Katakan, bukan engkau tidak redha, tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah. Mohonlah pimpinan dan kekuatan dariNya... Jika Dia belum mahu mengangkat derita itu, maka mintalah derita itu menjadi sebab untuk engkau terus berada dalam perhatian dan kasih sayangNya."
.
"Anakku, ingatlah juga bahawa mungkin ini juga satu hukuman untukmu. Hukuman pada dosa-dosa yang tidak bersungguh-sungguh kita memohon keampunan daripadaNya. Dengan datangnya ujian ini, moga kita akan sedar dan insaf. Sedar yang kita hanyalah hamba yang layak dihukum olehNya. Supaya kita datang kepadaNya, merayu-rayu meminta ampun pada kesalahan kita selama ini dan meminta ketenangan abadi yang hanya Allah SWT sahaja boleh memberikannya."
.
"Anakku, teruskanlah mendoakan suamimu juga untuk dirimu sendiri. Engkau sedang melintasi satu jambatan yang pendek tapi sulit, untuk pergi ke satu mahligai yang kekal abadi dan bahagia yang hakiki. Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah SWT takdirkan sebagai suamimu. Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anakku, tapi nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi..."

Thursday, 4 January 2018

Coretan 2018....Perjalanan yang baru

Coretan 2018..

Perjalanan yang baru di tempat yang baru..tugas yang baru... moga segalanya baik-baik sahaja..

walaupun berat untuk kekal..tapi sama berat rasa untuk terus  bertahan dan terus mencuba..

Hidup ini sangat berwarna-warni.. biarlah ia bewarna walaupun yang terbentang hitam dan putih sahaja...

Tabahlah haliza..tabahlah... kerana hidup ini perlukan pelajaran dan belajar...

Betapa berat hati untuk meninggalkan masa lalu..berat lagi sekiranya kamu terus hidup dalam dunia lalu.. Bukalah mata hati..kerna Allah tahu hati yang sesak..hati yang gundah itu lebih dekat denganNya...

Percayalah.. apa yang ada pada hari ini adalah berkat Ketabahan dan Kesusahan di masa lalu..

lalu...

Engkau Tersenyumlah...




Thursday, 7 December 2017

11 tahun telah berlalu...7 Disember 2006

7 Disember 2017..







Alhamdulillah..tarikh yang sampai bila2 aku tak lupa.. tarikh yang membawa ikatan yang berkekalan hingga hari ini.. Alhamdulillah...

Dari hati yang luka, aku menerimanya dengan hati yang sangat terbuka.. menghargai cinta dan kasih yang ada padanya untuk merawat hati...

Perkenalan yang sesingkatnya namun terasa dekat sangat dihati..

Alhamdulillah, Allah sentiasa mentakdirkan sesuatu yang baik untuk hambaNya..

Doaku biarlah jodoh ini berkekalan hingga Akhir hayat...


Permata kedua kami sudah membesar.....

Alhamdulillah

"Ya Allah kami hambaMu mengucapkan syukur atas kesempatan kurniaanMu buat kami..menitip penawar hati setelah aku dan suami kehilangan 2 kandunganku..kini Engkau gantikan ketika kami telah bersedia dan ketika dugaan itu telahpun  telahpun Engkau lapangkan..dimana permata sulung kami, Muhammad Aniq Aqmar telah sihat, Alhamdulillah..."

8 November 2013

Genap sebulan rasanya tak sabar nak beli pregnant test....wink..wink...!! Alhamdulillah selepas 2 - 3 hari menunggu akhirnya keputusan...POSITIF!!! hee..tapi tak bole nak happy sangat, sebab selepas 2x blighted Ovum...dan segalanya kami serahkan kepada Allah SWT..

15 Julai 2014

Patutnya hari ini lahirnya Anakku ini...namun langsung takde pulak tanda-tanda dia nk tinggalkan rahim ibu dia ni..

23 Julai 2014

Nak tak nak, hari ini Ibu kena jugak warded..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..esok Ibu..ayah semua orang akan dapat menatap wajah permata ibu nie...

24 Julai 2014

Ibu masih seperti biasa..takde tanda2 nak bersalin..tap pkul 12.15 nt ibu dah kena masuk OT..

Alamdulillah.. Anak ibu dahpun selamat melihat dunia ini.. berada dalam pangkuan ibu..  Dari Muhammad Adif Aqmar bertukar ke Muhammad Arif Aqmar bermaksuh " Yang Terpuji, Bijak, Terpelajar  Putih dan Cantik.."  Ibu nak anak2 Ibu berjaya didunia dan Akhirat..seindah namanya..


ANAK MANJA BANYAK KELETAH

Anak ibu yang suka sangat senyum..senyum yang sentiasa memurahkan rezeki kita semua.. Anak ibu 'Big Baby' banyak akal dan keletahnya... Sekarang Arif dah jadi kawan baik dan kawan gaduh Abang Aniq.. aduhai sayang ibu ni.. akalnya bukan main!

BERBEZA SATU SAMA LAIN

Iyer..ibu tak nafikan Arif dan Abg Aniq sangat berbeza..namun kasih sayang ibu dan ayah tak pernah berbeza buat kalian berdua..bertiga dan seterusnya... kasih ibu dan ayah tetap sama..

Sungguh Ibu dan Ayah sayang sangat2... Permata kami didunia dan akhirat...




Arif dan Abang Aniq...








Tuesday, 28 February 2017

Menanti AQMAR kami...

Ya Allah..

Permudahkan urusan kami, suami- isteri dalam menanti AQMAR kami...mungkin ini yang terakhir..
Tak tertanggung rindu untuk menanti sepertimana menanti putera-putera AQMAR kami dahulu...

Sempurnakahlah kejadiannya sebaik2 dan sesempurnya...Akhlak, fizikal dan mentalnya....

Moga kerinduan ini menguatkan keimanan kami kepadaMU

 Ya Allah, aku sentiasa redha akan takdirMu...

Aamin....


Tuesday, 12 April 2016

Saya Sayang Suami Saya

Assalammualaikum..

Suami saya...Insan yang saya kenali hampir 10 tahun yang lalu.. 1.12.2016 ni genaplah 10 tahun.. Azlan bin Kamaruddin namanya... insan yang telah menerima saya seadanya..insan yang sangat-sangat menyayangi saya sepenuh hatinya.. Insan yang membuatkan saya rasa dihargai...

6 Disember 2008.. kami mengikat tali pertunangan dan seterusnya 28 Disember 2009 kami diijabkabulkan... Dunia baru yang kurasa  bahagia dan kami dikurniakan 2 putera...

Ayah yang bertanggungjawab..yang tak pernah lepas tangan dalam urusan kedua putera kami... dialah yang mandikan...dialah yang menyiapkan.. dialah yang menghantar aku dan anak-anak...segalanya dia lakukan bersamaku.. Dialah yang mengemas rumah..dialah yang mop lantai.. dialah yang mencuci baju..dialah yang mencuci bilik air dan segala-galanya tanpa mengharapkan kudratku..

Seingat aku boleh dikira aku mop lantai.. buang sampah mmg jauh sekali aku lakukan sejak berkahwin..begitu juga mencuci bilik air..kini basuh baju pun aku tak buat...segalanya diuruskan suamiku...

Sayang yang bagaimana lagi aku nak cari dalam dirinya biarpun kadang2 hasutan syaitan membuatkan aku masih mencari-cari silapnya...

kadang-kadang aku tertanya, layakkah aku mencium syurga.. kerna redhaku adalah redha suamiku...

Aku sayang suamiku..moga Allah mendengar doaku...

janganlah Kau uji kasih sayang kami..dekatkanlah hati kami..sihatkanlah suamiku dan andainya ajal sudah menyapa,.biarlah aku sehidup dan semati dengannya..aku tak sanggup kehilangannya walaupun sesaat...

Monday, 22 February 2016

Something Wrong Somewhere...

Oh hati....

Moga segala yang bermain diminda dan dihati hanya ilusi semata...namun bagai ada yang tak kena, cuma aku tak tahu apa dan dimana...

Moga Allah menunjukkan aku jalan penyelesaiannya dan sentiasa ku doakan segalannya dalam baik-baik belaka....

Thursday, 3 September 2015

Cerita..cerita....

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa di bulan September 2015.. baru beberapa hari lepas usaiku genap 33 tahun...

segalanya masih baik-baik belaka..keluargaku...suamiku...anak-anakku..kerjayaku..rumah impian kami...segala-galanya sangat cantik diaturkan oleh Allah S.W.T

In Shaa Allah nanti akan ku kongsikan segala-galanya disini..lama benar aku tidak mencoretnya...