Ya Allah dakulah hambaMu yang mencari keredhaanMU untuk menikmati hidup yang sementara di dunia ini. Ku Syukuri kerna Kau beri peluang untukku bergelar anak, isteri dan ibu..kulalui kisah kasihku dengan sempurna atas keizinanMu... Ku coretkan untuk tatapan insan tersayang dihati..moga kekal sebagai kenangan..
Friday, 22 June 2018
DRAMA SANGAT ::NUR...
Rasanya inilah drama pertama tahun ni yang saya ikut..tu pun episod kedua baru tengok..lepas tu gagahkn diri cari cerita ni kat internet..dan akhirnya tamat juga cerita ni sehari sebelum raya๐๐
Jalan ceritanya best walaupun mungkin mustahil tapi jodoh tu ditangan Allah..Pengakhiran hidup manusia itu kita tak tahu..
Apa yang buat saya jatuh hati dgn drama ni kerana jalan ceritanya..saya suka cerita islamik..namun sebenarnya melalui cerita ni saya melihat suatu impian yang hingga kini masih belum tertunai...saya juga menanti jawapan atas persoalan yg masih sy belum temui dan yang hanya Allah yang tahu segala jalan cerita hidup saya..
Manusia sering kali ingin mengambil kerja Tuhan.. menolak takdir yg telah ditentukanNya.. saya juga begitu๐ฃ๐ฃ
Saya juga tidak sabar bila diuji..adakalanya rasa dah cukup tabah tapi sebenarnya lemah..
Setiap yg hidup pasti diuji dan Allah tak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya..sy faham dan itu yg sering sy lafazkan setiap kali usai solat tp mengapa hati ini rapuh juga..
Moga satu hari nanti Allah makbulkan doa saya..๐๐
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment