Saturday, 9 June 2012

Majlis Harijadi Suamiku ke 28..

9 Jun 2012

Alhamdulillah tercapai juga niatku untuk menyambut harijadi suamuku yang ke-28..biarpun lewat dari tarikh yang sebenar tapi sambutan ini amat mengembirakan kerana menyambut beramai-ramai..orang kata lg meriah kan!














Tepat pukul 4.30 petang..acara pun bermula...terima kasih kepada insan-insan yang membantu dan yang datang meraikan harijadi suamiku..

tiada lain yang kuharap...cuma kegembiraan suamiku adalah keutamaanku...

Persiapan Majlis Harijadi Suamiku...

9 Jun 2012...

Pagi ini selepas aku dan lan balik dari pasar..kami sekeluarga bersiap-siap untuk persediaan majlis maskan-makan plus majlis harijadi suamiku ke 28...

best sangat masing-masing ambil part untuk berkerjasama..terima kasih semua yang membantu..jasamu di kenang tanpa kalian semua pasti majlis ni kurang sempurna...

ina abg..ina ..alin..akak..mak & dikwan
ayah asingkan tauge..







menu yang kami sediakan khas untuk majlis ini... Mee Kari.. Nasi Impit...Kuah Kacang.. Agar-Agar.. semoga menjadi kenangan buat suamiku...



penat buat keje...

yang paling comel..

siap nak hidang

agar-agar ina...

special for my husband..i love you...


Terima kasih seisi keluargaku tersayang.....


Friday, 8 June 2012

Aniq balik kampung!

Rabu.. 6 Jun 2012

Sunyinya rumah hari ini sampai jumaat.. Aniq balik kampung...

Kelakar jer bunyinya tapi itulah kenyataan..anak ibu balik kampung dgn atok..makwan..umi..maktih..abg ipan dan abg aikal..tinggallah ayah dan ibu kat rumah berdua..huhuhuhu..

Aniq balik sebab rumah wan makngah nak kenduri..sian maktih tak dapat gi kendiri kalau tunggukan aniq kat rumah.. banyak dah mak tih berkorban, sesekali biarlah cuti sekolah panjang ni maktih..abg ipan dan abg aikal habiskan masa kat kampung.

Ibu pasti aniq selamat walau dimana pun aniq berada walau tanpa ibu dan ayah..  kerana doa ibusentiasa bersama-sama aniq. Allah adalah Maha Pelindung...

Aniq rindu ibu tak? petang ini ibu balik yer..



Terubat rindu ibu tengok gambar aniq kat FB cik alin.. senyum lebar sangat anak ibu..rindu sangat 2 hari ini rasa lama jer..petang ini ibu balik yer sayang...

muaaahhhh...

Thursday, 7 June 2012

Shopping Raya @ Jalan Tunku Abdul Rahman

7 Jun 2012

Selalunya perancangan last minit  tak menjadi tapi pada aku dan suamiku perancangan awal kami yag selalunya burn..heee..secara tiba-tiba tanpa planning, aniq balik kampung..rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk kami ke KL..SHOPPING!!!!!

iyerlah nak bawa aniq memang bukan satu pilihan yang tepat..bukan tak nak bawa aniq jalan-jalan tapi dengan keadaan cuaca..persekitaran..rasanya itu bukan tempat yg sesuai untuk aniq..

Jadi tepat pukul 11 selepas kami bersarapan di Presint 9, kami pun meneruskan perjalanan ke Sungai Besi..

Fikir punya fikir last2 keputusannya kami naik train jer..kami ke LRT sungai besi parkingnya full so kami pun park dekat area balai polis Sungai Besi dan lintas terus ke LRT.  Terasa lamanya tak naik train..dari sistem kad upernya sekarang dh bertukar ke sistem coins! no more que at counters all by machine!..betapa canggihnya sistem sekarang tak macam 10 tahun lepas saat aku berlari2 mengejar train..

Nasib baik kami dapat duduk hinggalah ke Station Masjid Jamek

banyak kedai menjadi persinggahan ku..targetku..kain digital!..dan suami ku dah berpesan soft colour..no more dark! katanya aku lebih sesuai memakai warna-warna lembut..pandangan siapa lagi yg lebih baik dari suamiku sendiri kerana matanya lah yg akan menatapku..jadi kedai demi kedai aku mencari kain digital soft colour..RM45-60 sepasang...itulah hasil surveyku..



lalu dah penat sangat..kami pun singgah disatu kedai dan aku terus memborong 3 pasang kain..1 bewarna soft purple..soft silver dan last soft pink.cukuplah tiga..kemudian meneruskan pencarian tudung bawal pulak. Dari mula memang suamiku tak berkenan aku memakai tudung lyra dan kini aku nak bertukar ke tudung bawal semula..menurut suamiku aku lebih sesuai memakai tudung bawal..dan kata-katanya itu menjadi bunga-bunga dihatiku..ya kata-kata suamiku memang tepat...aku dah bosan pakai tudung lyra ni..maybe sesekali mungkin aku akan pakai juga...kemudian suamiku menemaniku mencari brooch dan lipstik ku..masuk senarai jugak lipstik raya..heeee

Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Butik First Lady..setelah mencuba suamiku membeli Sepasang Baju Melayu berwarna Purple..siap persiapan raya kami..cuma tinggal aniq jer..

Kami singgah di SOGO..kebetulan POLO tengah buat sale aku berkenan sangat dengan handbag nya..murah giler 2=RM180..lan memujukku untuk mebeli dan akan membayarkan untukku tapi ntah mengapa hatiku berkira-kira..banyak barang lagi yang lebih penting..handbag ku sekarang pun masih elok lagi..dengan lembut aku menolak lagipun lusa aku nak buat majlis harijadi suamiku..itupun duit lagi...nak raya lagi...dengan tekad aku meletak semula 2 beg ditanganku dan mengajak suamiku ke tempat lain..lan tersenyum memandangku...

"nanti abang belikan yang lain yer..." lembut nadanya lalu kami ke aras lain..



Jalan-punya jalan akhirnya kami memutuskan untuk balik..jam pun dah hampir pukul 4ptg. kami menuju ke LRT Bandaraya dan meneruskan perjalanan ke Sungai Besi. Sesampainya disana kami terus singgah makan kat Bangi..memang letih sangat hari ini. esok dah kena kerja semuala..

aduhai.....tapi tak sabar nak tunggu esok..balik kampung jumpa aniq....







Saturday, 2 June 2012

Aniq @ Majlis Harijadi Rumah Talib...

 2 Jun 2012


Kami ke rumah sepupu lan menyambut hari lahir anaknya...seronok aniq dapat pakai topi birthday boy yer..insya allah bulan 9 nanti onu nuatkan untuk aniq yer....






Saturday, 26 May 2012

Kenduri @ Taman Datuk Senu, Sentul

26 Mei 2012

Ini adalah kenduri sebelah keluarga ibu mertuaku..kebetulan abah dan ncik ada kat sini kami semuapun melapangkan diri hadir.. lagipun kata suamiku dia nak sangat kenal dengan saudara-saudara sebelah ibunya sementara mereka ada..

Semua adik beradik suamiku ada kecuali abg ipar dan Ar..

semuanya ok cuma kami sampai lewat sebab sesat..tapi bukan kami yang lainnyer..dah saing pun sesat lagi..huhuhuhu..last2 2.30 baru kami sampai kat dewan pengantin....

lepas makan kami pun berposing...















Friday, 25 May 2012

Majlis Makan malam bersma keluarga suamiku di rumah kami.,.....

25 Mei 2012

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..amin...

inilah adalah majlis kedua aku dan seisi keluarga suamiku makan bersama-sama di rumah kami...

 Insya Allah jika termampu ingin juga aku jadikan ianya setiap tahun..insya allah...