7 Jun 2012
Selalunya perancangan last minit tak menjadi tapi pada aku dan suamiku perancangan awal kami yag selalunya burn..heee..secara tiba-tiba tanpa planning, aniq balik kampung..rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk kami ke KL..SHOPPING!!!!!
iyerlah nak bawa aniq memang bukan satu pilihan yang tepat..bukan tak nak bawa aniq jalan-jalan tapi dengan keadaan cuaca..persekitaran..rasanya itu bukan tempat yg sesuai untuk aniq..
Jadi tepat pukul 11 selepas kami bersarapan di Presint 9, kami pun meneruskan perjalanan ke Sungai Besi..
Fikir punya fikir last2 keputusannya kami naik train jer..kami ke LRT sungai besi parkingnya full so kami pun park dekat area balai polis Sungai Besi dan lintas terus ke LRT. Terasa lamanya tak naik train..dari sistem kad upernya sekarang dh bertukar ke sistem coins! no more que at counters all by machine!..betapa canggihnya sistem sekarang tak macam 10 tahun lepas saat aku berlari2 mengejar train..
Nasib baik kami dapat duduk hinggalah ke Station Masjid Jamek
banyak kedai menjadi persinggahan ku..targetku..kain digital!..dan suami ku dah berpesan soft colour..no more dark! katanya aku lebih sesuai memakai warna-warna lembut..pandangan siapa lagi yg lebih baik dari suamiku sendiri kerana matanya lah yg akan menatapku..jadi kedai demi kedai aku mencari kain digital soft colour..RM45-60 sepasang...itulah hasil surveyku..
lalu dah penat sangat..kami pun singgah disatu kedai dan aku terus memborong 3 pasang kain..1 bewarna soft purple..soft silver dan last soft pink.cukuplah tiga..kemudian meneruskan pencarian tudung bawal pulak. Dari mula memang suamiku tak berkenan aku memakai tudung lyra dan kini aku nak bertukar ke tudung bawal semula..menurut suamiku aku lebih sesuai memakai tudung bawal..dan kata-katanya itu menjadi bunga-bunga dihatiku..ya kata-kata suamiku memang tepat...aku dah bosan pakai tudung lyra ni..maybe sesekali mungkin aku akan pakai juga...kemudian suamiku menemaniku mencari brooch dan lipstik ku..masuk senarai jugak lipstik raya..heeee
Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Butik First Lady..setelah mencuba suamiku membeli Sepasang Baju Melayu berwarna Purple..siap persiapan raya kami..cuma tinggal aniq jer..
Kami singgah di SOGO..kebetulan POLO tengah buat sale aku berkenan sangat dengan handbag nya..murah giler 2=RM180..lan memujukku untuk mebeli dan akan membayarkan untukku tapi ntah mengapa hatiku berkira-kira..banyak barang lagi yang lebih penting..handbag ku sekarang pun masih elok lagi..dengan lembut aku menolak lagipun lusa aku nak buat majlis harijadi suamiku..itupun duit lagi...nak raya lagi...dengan tekad aku meletak semula 2 beg ditanganku dan mengajak suamiku ke tempat lain..lan tersenyum memandangku...
"nanti abang belikan yang lain yer..." lembut nadanya lalu kami ke aras lain..
Jalan-punya jalan akhirnya kami memutuskan untuk balik..jam pun dah hampir pukul 4ptg. kami menuju ke LRT Bandaraya dan meneruskan perjalanan ke Sungai Besi. Sesampainya disana kami terus singgah makan kat Bangi..memang letih sangat hari ini. esok dah kena kerja semuala..
aduhai.....tapi tak sabar nak tunggu esok..balik kampung jumpa aniq....
No comments:
Post a Comment