Saturday, 7 January 2012

Majlis Kenduri Kesyukuran akak...


7 Januari 2012....

hari ini berlangsung juga Majlis Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat buat akak kerana akhirnya berjaya juga akak mengejar impiannya menjadi Guru. Akak telah diterima untuk mengikuti Kursus DPLI- RS kat IPG Teknik, Bandar Tun Rzak selamaa 18 bulan.. lusa 9 januari 2012 akak akan mendaftar seterusnya berada disana sehingga tamat..

Menu malam ni semuanya plan ayah dan mak.. tukang masaknya tak lain tak bukan ayahngah dan makngah..  Ayam masak lemak.. Pajeri nenas.. tauge goreng..ikan masin dan tembikai.. 11 dulang kami sediakan buat para tetamu.. sejak pagi lagi kat rumah dah kenduri untuk masak2...

moga akak berjaya dan dapat kerja ini.. amin...aku gembira sangat..kami sekeluarga sangat gembira...

namun dalam kegembiraan ada 'sesuatu' yang terjadi membuatkan hatiku terasa.. aku juga insan biasa..wanita biasa..manusia biasa.. kata-kata itu lebih tajam dari pisau.. adakala aku  juga leka kerana bukan semua benda dalam pengetahuanku.. namun kepercayaan itu yg aku minta.. dan selebihnya biarlah aku ubat sendiri rajukku.... terngiang-ngiang segalanya hingga membuatkan aku terpaksa berfikir berkali-kali perancangan kita... buat masa dan ketika ini aku tak sanggup biarlah masa yang tentukan segalanya.....



























Friday, 30 December 2011

Berakhir sudah.. Tentang Dhia

29 Disember 2011...

Berakhir sudah slot akasia TENTANG DHIA... best sangat cerita ni sama cam cerita SOFFIYA..



Cerita nie memang best yang bestnya pada aku sebab setiap bait dialognya diselitkan unsur-unsur nasihat..penerangan dan kefahaman baik dan buruknya sesuatu.. dan yang paling best penuh dengan unsur-unsur keislaman walaupun terselit perkara-perkara syirik ' berbomoh' dalam watak Ku Salmi.

Macam-macam kat opis ni cakap.. cerita tak logik ler..apa2lah.. yang pasti ada manusia begitu dalam dunia ni..perkara macam tu tak mustahil kalau tak, takde lah orang menderita dibomohkan orang dan takde lah bomoh kat dunia nie.. itu terpulang kepada kepercayaan seseorang mana yang ingat dosa dan neraka, mereka ambil iktibar sendiri...

Aku memang suka sangat watak Nora Danish bertudung..ayu sangat. Watak si Ady Putra pun best..( kalau tak aku tak suka dia nie..) yang paling sedih bila Dhia diminta untuk memilih untuk bercerai @ dimadukan...menangis dia..mesti dia teringat saat-saat dia diceraikan waktu tengah mengandung dulu...kesiannya dia...

tapi kalau lepas nie dia betul-betul bertudung kan cantik..memang comel..lagu-lagu dalam cerita nie semua best-best belaka...


pepun ni salah satau cerita yang best.. menghiasi petang-petang aku walaupun aku tak sanggup tengok episod-episod si Melly kena kejar dengan penjual dadah...takutnya bila terjebak perkara-perkara cam gini.. takut.. tapi realnya memang cam gitu kan!

pepun hati aku nie sayu sampai sekrang.. lebih-lebih lagi bila dengar lagu ' Astagfirullah' nyayian Opick... lagu nie memang best.. sesuai dengan drama nie...

Aku suka sangat watak keluarga Dhia yang sentiasa berpegang teguh ajaran islam..menusuk kalbu.. indahnya hidup begitu...moga dapat aku mendidik Aniq dalam menghayati hidup ni denagn mengisi ruang cara Islam yang sebenar-sebenarnya...

http://nurizspace.com/2011/11/lagu-lagu-ost-tentang-dhia.html

Sunday, 25 December 2011

Tahniah... kakakku Noor Hafizah

Alhamdulillah

Akhirnya akak berjaya juga terpilih untuk mengikuti Kursus Diploma Lanjutan Perguruan (DPLI- SR ).. rasanya dah bertahun-tahun lamanya apply

Terima kasih Kementerian Pendidikan terutamanya TPM yang mengumumkan hal ini.... sekurangnya masa depan akak terjamin... Akak akan menjadi salah seorang pendidik ana-anak bangsa..moga akak akan beri yang terbaik...


Tahniah akak....

Akak akan melanjutkan pengajiannya ke Institut Perguruan Teknik, Cheras dan ditawarkan Kursus Bimbingan...

9 Januari ni akak akan melapor diri dan seterusnya berasa di sana selama 18 Bulan...