Friday 26 October 2012

Alahan..Perasaan...aduhai bayiku

Aduhai...

Dugaan..dugaan.. Alahanku kembali lagi...

Kandunganku hampir mencecah 1 bulan setengah..dan bermulalah episod alahanku...aku ingatkan time aniq jer tapi adikknya juga pun ada yer.. cuma bezanya masa mengandungkan aniq dulu aku dikunjungi sakit dan dah tak dapat beza alahan dan 'penyakit' itu...

Kepalaku tak berhenti sakit..pening sangat-sangat sampai ada ketikanya aku langsung tak mampu bangun dan buat kerja..bau masakan pun tak lalu tapi makan lalu...hehehehe.. lan lah yang jadi tukang urut kepala ku dan mujur ina ada..Terima Kasih ina kerana inalah yang banyak membantu menyelesaikan kerja dirumah..inalah yang masak..inalah yang mengemas dan kerja-kerja mencuci baju dan mengemas bilik semua diuruskan oleh lan..mujur aku dianugerah suami sebaik lan.... Aniq pulak sejak nak dapat adik ni makin banyak ragam dan kerenahnya..manja sangat-sangat macam tahu nak berbagi kasih...aku dah tak mampu nak bangun malam buat susu..pukul 9 jer aku dah masuk tidur dan terus tak sedar sampai ke pagi..




Mual dan Muntah dah jadi teman rapataku...sepanjang 1 bulan lebih ni aku jadi orang yang sangat malas...lan pun dah bersuara walaupun terasa aku senyapkan jer..dia tak paham ker atau aku ni memang dah malas..heeee.. dan paling tak boleh tahan air liur..aduhai kenapa lah jadi camnie....huhuhuhuhu

Kali ini aku memang mengelak sangat ke Hospital..aku tak mahu lagi kena tahan wad macam dulu

Hari Raya Haji plannya tak balik tapi last minit balik jugak.. aku pitam sampai jatuh dari kerusi rumah abah..entah tiba-tiba jer aku terus pitam..moga-moga tak berlaku yang buruk kepada bayiku..In Shaa Allah...

Aku terpaksa menunda kelas memanduku..mujur dah lepas L.. ada lagi 8 jam kelas yang harus aku ikuti sebelum ujian JPJ.. aku tak sanggup berpanas bimbang ketahanan badanku ni tak mampu..habis alahan nanti barulah aku join kelas semula..

Namun aku jadi cepat sangat terasa akupun tak tahu kenapa..kadang-kadang aku rasa aku bukan isteri yang baik buat suamiku..hingga satu hari dia merajuk ..sedih sangat aku..kalau aku takde agak2 dia bahagia tak.... tapi aku tahu dia sayang sangat kat aku..mujur perselisihan kami tak berpanjangan...

Yang aku perasan kalau time ngandungkan aniq aku tak bole langsung makan yang pedas-pedas tapu kali ini makanan pedaslah idaman hatiku..tak pedas tak bole nak masuk..entah2 anak aku ni garang cam ibu dia..kata lan..heeee...

Bab minuman pulak langsung tak bole sebarangan..tekak tak bole nak trima kalau minum jugak muntah semulalah jawapnya..tekak aku loya jer..

Takpelah yang penting kandunganku selamat dan sihat sebab orang kata kalau alahan kuat maknanya baby kita sihat...heee..tak sabar nak tengok aniq main ngan adik dia..heee...mesti comel cam aniq!




No comments: