Monday 16 January 2012

Very Suprise.....i love you...

Hari ini hari yang sangat mengembirakan hatiku..sesungguhnya akulah amt bertuah mempunyai insan-insan yang kusayang dan menyayangi aku sepenuh hati.  Terutamanya mestilah emak dan ayah.. dan keduanya insan bermakna dihatiku iaitu suamiku tercinta.. Azlan Kamaruddin danpermata hati kami Aniq...

16 januari 2012

Genap 10 Tahun aku menjejak kaki di Putrajaya ini.. tapi hari ini bukan ku sambut hari anniversary ku disini tetapi hari bermakna kerana ‘surprise dari suamiku tercinta..”

5.30
Suamiku menjemputku balik kerja seperti biasa. Namun tiba-tiba handphonenya berdering.. aku dapat dengar suara perempuan tapi lan cakap kawannya Aizul.. aku mula ragu-ragu tapi kepercayaan mengatasi segalanya… aku tahu suamiku tercinta ini..

Lan cakap dia akan keluar bertiga dengan Aizul dan Rozaidi makan-makan.. aku nak ikut dia tak bagi.. Sebnarnya aku takde niat nak ikutpun.. selama 5 tahun aku mengenali suamiku ini banyak masa dihabiskan bersama-sama aku.. jarang sekali dia keluar dengan kawan-kawan.. biarlah kali ini dia keluar.. Sesampainya dia kerumah menurunkan aku, lan pun terus berlalu..

6.30

Sampai jer aku kat rumah rupanay mak demam.. aku mengajak ayah..mak.. ina semua ke Klinik Putrajaya. Kemudian kami ke Mydin pulak tukar minyak rambut haikal.. tengok punya tengok dekat-dekat pukul 9 kitaorang balik..

9.00

Aku masuk ke bilik menukar baju.. lan berada dalam bilik bersiap-siap nak keluar ngan ipan..lapar sangat dah katanya… katanya juga kami keluar lama sangat sampai nak dekat pukul 9 baru balik… aku berbalas-balas cakap tapi yang peliknya dia tersenyum-senyum jer…

Aku memang pelik.. pelik dengan perangai laki aku nie.. marah tapi senyum-senyum..

Aku tak puas hati nie.. aku terus soal siasat..macam-macam terjah dalam fikiran aku nie.. tiba-tiba dia suruh aku cari sendiri.. mataku mencari-cari sekeliling bilik..tiba-tiba mataku tertumpu kearah satu kotak berbalut merah dan terselit kad kecil dihadapannya.. hatiku girang.. aku melonjak-lonjak suka..hee… ( lupa diri kejap)



Aku membukanya perlahan-lahan.. sayang takut kertas pembalutnya terkoyak tapi lama2 jadi tak sabo pulak…apa lagi terus aku koyakkan jer…

Tup..Tup.. terbaca kat kotak tu.. SAMSUNG GALAXY  NOTE… hendphone baru…seronoknyerrrrrr…

Aku mengucup pipinya berkali-kali… rupanya petang tadi lan bukan keluar ngan kawan2nyer..tapi keluar membeli handphone untukku… terharunya…

Sayang sangat kat abang..tak tahu nak cakap camner..bukan sayang sebab dapat handphone baru jer tapi sayang sebab sayang ynag terlalu dalam…

I LOVE YOU sayang… ayang banyak duit nanti ayang belikan hadiah surprise untuk abag yer… muaah

Ayang janji akan jaga ‘hadiah’ abang ini sebaik yang mungkin…..






No comments: