Hari ini hari yang sangat mengembirakan
hatiku..sesungguhnya akulah amt bertuah mempunyai insan-insan yang kusayang dan
menyayangi aku sepenuh hati. Terutamanya
mestilah emak dan ayah.. dan keduanya insan bermakna dihatiku iaitu suamiku
tercinta.. Azlan Kamaruddin danpermata hati kami Aniq...
16 januari 2012
Genap 10 Tahun aku menjejak kaki di Putrajaya ini.. tapi
hari ini bukan ku sambut hari anniversary ku disini tetapi hari bermakna kerana
‘surprise dari suamiku tercinta..”
5.30
Suamiku menjemputku balik kerja seperti biasa. Namun tiba-tiba
handphonenya berdering.. aku dapat dengar suara perempuan tapi lan cakap
kawannya Aizul.. aku mula ragu-ragu tapi kepercayaan mengatasi segalanya… aku
tahu suamiku tercinta ini..
Lan cakap dia akan keluar bertiga dengan Aizul dan Rozaidi
makan-makan.. aku nak ikut dia tak bagi.. Sebnarnya aku takde niat nak
ikutpun.. selama 5 tahun aku mengenali suamiku ini banyak masa dihabiskan
bersama-sama aku.. jarang sekali dia keluar dengan kawan-kawan.. biarlah kali
ini dia keluar.. Sesampainya dia kerumah menurunkan aku, lan pun terus
berlalu..
6.30
Sampai jer aku kat rumah rupanay mak demam.. aku mengajak
ayah..mak.. ina semua ke Klinik Putrajaya. Kemudian kami ke Mydin pulak tukar
minyak rambut haikal.. tengok punya tengok dekat-dekat pukul 9 kitaorang
balik..
9.00
Aku masuk ke bilik menukar baju.. lan berada dalam bilik
bersiap-siap nak keluar ngan ipan..lapar sangat dah katanya… katanya juga kami
keluar lama sangat sampai nak dekat pukul 9 baru balik… aku berbalas-balas
cakap tapi yang peliknya dia tersenyum-senyum jer…
Aku memang pelik.. pelik dengan perangai laki aku nie..
marah tapi senyum-senyum..
Aku tak puas hati nie.. aku terus soal siasat..macam-macam
terjah dalam fikiran aku nie.. tiba-tiba dia suruh aku cari sendiri.. mataku
mencari-cari sekeliling bilik..tiba-tiba mataku tertumpu kearah satu kotak
berbalut merah dan terselit kad kecil dihadapannya.. hatiku girang.. aku
melonjak-lonjak suka..hee… ( lupa diri kejap)
Aku membukanya perlahan-lahan.. sayang takut kertas
pembalutnya terkoyak tapi lama2 jadi tak sabo pulak…apa lagi terus aku koyakkan
jer…
Tup..Tup.. terbaca kat kotak tu.. SAMSUNG GALAXY NOTE… hendphone baru…seronoknyerrrrrr…
Aku mengucup pipinya berkali-kali… rupanya petang tadi lan
bukan keluar ngan kawan2nyer..tapi keluar membeli handphone untukku… terharunya…
Sayang sangat kat abang..tak tahu nak cakap camner..bukan
sayang sebab dapat handphone baru jer tapi sayang sebab sayang ynag terlalu
dalam…
I LOVE YOU sayang… ayang banyak duit nanti ayang belikan
hadiah surprise untuk abag yer… muaah
Ayang janji akan jaga ‘hadiah’ abang ini sebaik yang mungkin…..