Tuesday, 10 May 2011

Kepala aNiq Lebam....keluar nurseri

Kesian sayangku aniq..

Hari ini aku jalani minor surgery untuk membuang gigi bongsu ku yang asik sakit jer...lega rasanya walaupun terpaksa menahan sakit...( sakit ke? ada bius tak sakit pun..)

lepas jer operate aku dapat MC dua ari...tapi doktor pesan aku tak boleh buat keje berat...

so petang ni aku pesan jer kat lora tolong amikkan aniq kat nurseri, nanti aku gi sana ambik aniq dari dia. Alangkah terkejutnya aku bila aku tngok kat kepala kiri aniq ada kesan lebam...patut ler aniq diam jer...padahal pagi tadi bukan main riang dia...

aku memang sakit hati..geram..pompuan0pompuan tu memang kurang ajar...aku mesj diaorang tanya, kata mereka aniq terhantuk dekat baby court...tapi yang sakit hati dia langsung tak minta maaf dahtu menyalahkan aniq kerana aniq terlalu aktif. Aku nak balas balik tapi mungkin Tuhan tahu, masa tu pulak kredit aku habis..tinggal 3sen jer...aku pun berpikir panjang juga untuk bergaduh perkara ni tak bawak apa makna...

dalam pukul 4pg tu, tetiba aniq demam..badannya panas..aku mulalah rasa risau aku ajak lan ke Hospital, tapi kami tangguhkan hasrat lagipun aku kesian kan lan..dari semalam tak rehat, kami pulak pukul 1pg baru sampai dari shah alam hantar akak...

jadi kami bagi jer ubat demam kat aniq...aniq demam hinggalah ke hari ahad...otw dari n9 ke shah alam tu aku rasa kepala aniq panas sangat..aku tak balik rumah pun terus ke Hospital. MA check katanya suhu aniq dah cecah 40c..kami disuruh mandikan aniq dengan segera di tandas hospital....dalam hati aku menyumpah-nyumpah pekerja-pekerja taska..aku tak halalkan duit yang aku bayar bulan-bulan sekiranya mereka tak bertanggungjawab keatas jagaan aniq dan bayi-bayi lain..

walaupun pompuan tu dah minta maaf, hati aku sejuk la sedikit tapi memang dasar mulut orang ulu yang tak sekolah...aku hilang sabar..jadi aku ambil keputusan untuk keluarkan aniq dari nurseri...ya...inilah keputusan terbaik..aku tak mahu aniq dijaga orang yang takder adab dan takde otak macam tu...aku buat laporan kepada jawatankuasa taska dan pengarah disini..

biarlah aniq tinggal kat rmah yong dulu buat sementara waktu...nanti ina datang, dia akan jaga aniq..

itulah seorang ibu...sebagai ibu aku akan cuba pertahan anakku kerana jika bukan aku, siapa lagi...bayiku ini masih kecil dan dialah permata kami...takkan kami nak biar permata kami diperlakukan oleh orang-orang yg tak bertamadun sebegitu...

No comments: