Pagi ini emak..aku..lan dan juga aniq bertolakdari Putrajaya ke Kedah...
Alhamdulillah dah lama sangat hajat ni terpendam, hari ini tercapai juga. kami pergi menaiki 'hadiah harijadi'suamiku...heee nk test jalan jauh, biarlah 'kancil kesayangan kami' berehat pula...
Aku mohon kepada Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan balik.misi utamanya mestilah nak jalan-jalan, jumpa along, anis & farisa..selepas tu ina dengan anak-anak tinggal kat rumah kami. ina boleh jagakan aniq..ipan ngan aikal pulak bole sekolah kat sini jer..dh lama sangat ina tanggung 'derita' kat sana..aku nak sangat tolong ina tapi aku sendiri pun tak tahu cara apa yang terbaik...
Dari putrajaya kami terus masuk highway PLUS..'konflik' buatkan aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan..aku terasa hati..yer aku sedang melayan lara hati...;(
mujur aniq tak banyak ragam, masuk kereta jer dia terus tidur cuma bila terjaga jer macam-macam benda nak diusik..aniq-aniq dah tak dok diam cahaya hatiku ini..
Sampai jer perak barulah suamiku bersuara..kami singgah makan kat Medan Selera Kuala Kangsar,,sajer nak bawa mak makan laksa..lepas tu kitaorang pun jalan-jalan sekitar kawasan Istana.. sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke Kedah...
Sungai Petani @ 3.30pm
Sesampainya kat tol Sungai Petani (selatan) kami meneruskan perjalanan dalam bandar SP..dah lain sangat sekarang..macam-macam dah ada tak seperti yang kami tinggalkkan 7 tahun dulu..aku pun dah hampir terlupa sudah 10 tahun aku tinggalkan bandar ini sejak aku menetap dan bekerja di Putrajaya ini..
Kami terus kerumah ina..janjinya malam ini kami akan tidur kat rumah Along..Sampai jer kat rumah ina, ibu mertuanya ada dirumah. Seperti biasa kami bersembang, mujur ada mak takdelah rasa kekok sangat..kami minum petang sebelum minta diri untuk ke Pekan Sp dan meneruskan perjalanan ke Yan
Lama benar rasanya aku nak makan Mee Hailam..akhirnya tertunai juga hajat hati..biarpun kedai tu dah pindah sebaris dengan Pasaraya Billion, tapi pekerjanya yg sorang tu aku masih kenal...lama betul dia berkhidmat kat situ..biarpun harganya dah naik tapi bayangkan dalam tempoh 10 tahun ini harganya cuma RM3..dulu RM2.50...cuma rasanya mungkin tak sesedap dulu. kami beli 3 bungkus untuk makan kat rumah Along.. Limpa Lembu pun dah beli...along teringgin benar nak makan masakan mak...
Yan @ 7.00pm
Sesampainya kami kat rumah along, cuma ada Anis dan farisa sahaja..kata meraka "mama pi kedai..." hampir setahun lebih aku tak jumpa meraka..kali terakhir waktu aku kenduri along balik dengan anak-anaknya..tak lama kemudian along pun sampai..kami bersalaman dan berpelukan..tercapai hasrat along dan kami utk, berjumpa..buat kali pertama along dapat juga jumpa ANIQ..aniq dah 8 bulan baru dapat jumpa Mak Longnya...
Anis Farisa & Anis Fiona |
Anis dan Aniq |
Irfan & Farisa |
Kami bersembang panjang...makan mee sama-sama..along pun dah lama nak makan tapi tak juga dapat...hari ini tercapai juga..Mee Hailam ni menyimpan banyak memori...yer! memori dihati kami adik-beradik..
Setelah membersihakan diri..makan malam...kami pun tertidur..kesian suamiku drive sorang-sorang mesti penat...aku biarkan dia berehat...
29 Mei 2011@ Yan
Bangun pagi jer along ngan ina dah siapkan sarapan...Nasi goreng dan Roti Canai..susah-susah jer along nie..tapi memang selesa tinggal dirumah along cuma sikap 'suami'nya buat kami tak selesa. Arif dan tahu sikapnya buat aku tak betah untuk tinggal lama kat rumah along..mujur dia tak balik malam tadi dan aku lagi suka kalau dia takder..dah jodoh along begitu nak buat macam mana..
10.30pg
Aku, lan dan Aniq nak bersiap-siap untuk ke Pokok Sena..hari ini kenduri kahwin sepupu dia 'Lee & Ina'.. sekejap lagi kami akan bertolak kesana mungkin sampai petang kat sana sebab Cik dan Abah pun ada...diaorang malam tadi lagi dah ada kat Pokok Sena..
Kat rumah kenduri @ Pokok Sena |
Bilik Pengantin |
12.30@ Pokok Sena
Sesampainya kami kat Pokok Sena kami terus kerumah singgahan keluarga Pengantin Lelaki...sekejap lagi rombongan Pengantin akan bergerak kerumah Kenduri..buat kali pertama aku join dalam rombongan Pengantin..aku memegang Hantaran dan pulak dukung aniq...habis kenduri kitaorang singgah semula kat homestay tu semula untuk berehat..
4.30pm @ Pokok Seba
Jam dah 4.30 kami dah nak siap-siap untuk balik semula ke Yan..keluarga lan dan keluarga Ayah Alang pun nak bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur...
5.30pm @ Alor Setar
Hajat hati nak berjalan-jalan sekitar Bandar Alor Setar..tapi dengan keadaan Jam yang teruk gila, aku batalkan jer hasrat tu...rugi tul kalau tahu jadi camni baik kitaorang masuk highway jer...cari kedai kek tak juga jumpa..
kek ni sebab nak celebrate 'Harijadi Suamiku Yang Ke-27' serta hari-hari jadi Anis..Farisa..Ipan dan Aikal..Aniq belum lagi tunggu bulan 9 nie yer sayang..tak lupa juga 'Hari Ibu' khas untuk bonda kesayanganku...
6.30@ Guar Chempedak
Akhirnya kat Guar Chempedak juga kami beli kek....sepanjang-panjang perjalanan kesini kedai kek pun tak nampak..adusssss...sib baik ada...lan nak makan Laksa Kedah, kami pun singgah sekejap untuk bungkus jer..
7.30@ Yan
Kami dah pun sampai kerumah Along..aku dah bincang ngan ina nk tidur rumah dia jer malam ni. Kitaorang cepat-cepat adakan sesi Potong Kek...gembiranya aku tengok anak-anak buahku. Anis..Fisa..bila lagi Mak Lang dapat jumpa kamu..Mak Lang tahu mama mesti terasa hati mak lang nak cepat-cepat balik tapi pe Mak Lang buat, mak lang fikirkan mama...Mak Lang tak mahu mama anis dan fisa rasa serba salah..
tidurkan Aniq |
kek bersempena Hari Jadi My Love..Anis Fiona..Anis Farisa, Alif Irfan & ALif Haikal dan tak lupa juga Hari Ibu ku Tersayang.. |
tunggu lilin kek |
anak-anak buah bersama Pak Lang nyer.. |
Along |
Mak potong bersempena Hari Ibu..ti sayang mak |
Alif Irfan dan Alif Haikal... |
Anis Fiona & Anis Farisa memotong kek |
8.30pm@ Yan
Dah siap-siap packing barang kami pun bertolak balik ke Sungai Petani..banyak barang yang Along kirimkan..baiknya kakakku ini.. Terima Kasih Along..alonglah kakak yang terbaik, anak yang baik dan ti tahu along juga Isteri yang baik..Terima Kasih along biarpun ada sikit kekesalan dihati tapi ti tak salahkan along..ti juga seorang isteri..baik buruk suami cuma kita yang tahu...adakala nak ditelan mati mak...diludah mati bapak..ti sayangkan along..peluklah aniq sebab ti tak tahu bila lagi ti akan datang sini bawa aniq jumpa along...maafkan ti yer...
10.00pm@ Sungai Petani
Kami singgah kat Hotel Duta..beli nasi lemak..lama tul tak makan nasi lemak ni. tempat nilah kunjungan kami selalu..aduh..begitu banyak kenangan kami di SP...kami pun bertolak kerumah mertua ina..menumpang tidur sebelum balik KL semula esok....Syukur layanan keluarga Taufiq terhadap kami seperti biasa. Aku tahu hati mereka mesti 'terasa' dah 8 tahun ina dan anak-anak menetap kat sana..kini mereka akan tinggalkan rumah itu..
31 Mei 2011@ Kampung Penghulu Him
Badan aku betul-betul penat..dah la malam tadi 3 kali aku cirit birit..aud fobia betul kalau makan kenduri, tup2 jadi macam nie...
Ina dan taufiq dah pun siap-siap masak kan kitaorang sarapan pagi...terima kasih.. selepas makan aku keluar dengan lan pergi klinik...lain sungguh jalan-jalan kat Bandar Sungai Petani ni..akupun dah susah nak cam...
2.00pm @ Sungai Petani
Kami dah bersiap-siap nak balik Putrajaya..aku tahu Taufiq sedih tapi apa yang kami buat adalah demi kebaikan..berubahlah jika kau sayang isteri dan anak-anak kau Taufiq...biarlah ina kat sini...mana tahu hidup baru ina lebih terjamin disini...
kami meneruskan perjalanan terus ke Kuala Lumpur.....
6.30@ Putrajaya
Kami pun sampai rumah...