Salam..
2-3 hari ni aku busy jer..bukan bz kejer..aku dok busy search diapers bag..aku nak yg ada brand tapi murah??? ada tak? macam-macam blog aku singgah..rata-rata average 50 and above...aku suka yg simple dimple punya... sambil-sambil tu aku dok cari juga angle lock untuk keselamatan aniq..aku risau sejak aniq suka sangat naik walker ni, aku kena jaga-jaga takut kepala dia terkena bucu kabinet..risau nyer aku nie...so sambil-sambil tu dok search benda tu ler keja aku sekarang ni..baik kat opis, camtu juga kat umah....
banyak website aku terjah..antaranya..http://www.onebabyworld.com/ http://www.fabulousmom.com www.littlewhiz.com, www.kasihsayangku.com, www.babyjaya.com dan macam-macam lagi lah....
sambil-sambil dok search benda tu..aku dok cari juga information untuk mendidik aniq..aku tahu pendidikan ni penting sejak dari bayi...aku nak aniq boleh membaca..mengaji dengan baik dari kecil lagi..aku nak aniq mencontohi darwish n darwisya mcam blog ni http://darwishndarwisya.blogspot.com/ aku nak tahu bagaimana rahsia dan hebatnya ibunya mendidik anak-anak sehingga meraka boleh menghafal Al_Quiran dengan baik..aku cemburukan dia..tapi bukan cemburu yg tak baik...cemburu yg ingin menaikan semangat aku mendidik aniq menjadi seorang insan yang soleh...
Sambil-sambil tu juga aku singgah blog http://mamafiza.com/ mencari rahsia-rahsianya mendidik 4 orang anaknya dalam usia yang muda dengan pelbagai kaedah sehinggakan beliau begitu yakin dengan keputusan untuk tidak menghantar anaknya kesekolah....hebatnya ibu-ibu sekarang....mampukah aku begitu...???
aku ingin mendidik aniq sesempurna yang aku mampu...aku nak aniq berjaya dalam pelajaran tanpa melalaikan diri sebagai seorang muslim yang sejati....aku nak anak-anakku berjaya dan hidup dibunia dan akhirat....hanya itu doakanku sejak dalam kandungan lagi...dan aku tahu sebelum mendidik anak-anakku..kami sebagai ububapa harus memberi teladan dan contoh yang baik untuk mereka..
oleh itu sebagai ibu aku akan cuba yang terbaik...dan aku tahu aku tak mampu lakukan seorang diri..oleh itu aku amat mengharapkan sokongan yang kuat..oh suamiku...ku harap fahamilah isi hatiku.....moga tuhan membuka dan memudahkan jalan-jalannyer...
No comments:
Post a Comment