Tuesday 22 February 2011

Hadiah dari yang tersayang untuk yang disayang..


Let's talk about giftttt........


keychain 'nama' aku...betul2 suprise masa lan bagi...tak sangka lame2 dia kat MPH rupanyer gi beli keychain ni..keychain ni dia yg pegang..letak kat kunci keretanya..yang apaling aku bangga..keychain ni still ada and still new cam baru beli..rasa dh 3 tahun lebih usianya..heee

Keychain ni pun abg yang beli..ni hadiah untuk aku..beli together dengan yg atas tu..aku letak kat kunci rumah..tapi sayangnyer masa kunci rumah akak pegang, tercabut tulisan emas tu...sedih sangat...nanti ler ada masa aku cari ganti balik..

ni first hadiah dari lan untuk aku..lan beli kat perak masa ngan encik katanyer..
terima kasih sayang..i love you too..sekarang hadiah ni aku letak kat opis..
3 kuntum bunga rose segar dari Cameron Highland...heee means I Love You.. so sweeeeetttt... thank you my love. u're always in my heart..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi..

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika
 kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

....tapi yang paling berharga pada setiap wanita ialah cincin perkahwinan yang disulami dengan kasih sayang dan kesetiaan  yang berpanjangan..




  

No comments: