Sunday 29 November 2009

Pernikahanku..28 November 2009

Alhamdulillah, setelah hampir setahun kami mengikat tali pertunangan malam ini  aku bakal bergelar suri hidup kepada insan yang sentiasa dihatiku ini, Azlan bin Kamaruddin...
 Alhamdulillah sepanjang tempoh ini tiada dugaan berat walaupun sering kali diusik dengan cerita-cerita yang ' menakutkan 'sepanjang tempoh ini.


persiapan demi persiapan aku dan keluargaku uruskan...biarpun ada sedikit kesalan dihati...aku mohon maaf kepada keluargaku andai ada kata-kata atau perbuatan yang mengusik @ mengecilkan hati meraka...mak ayah...ti minta maaf..mungkin kerana saat - saat yang genting adakalanya jiwaku tertekan..

Malam ini aku dinikahkan di rumahku sendiri di Kg. Serting Ulu, Negeri Sembilan..dirumah ini juga ayah dan ibuku dinikahkan. mungkin kerana berdebar, setelah 3 kali akad, barulah aku selamat bergelar isteri yang sah kepada suamiku...heee kelakar juga ekkk....tapi aku tak gelakpun, senyum2 jer....dalam hati..aduussss mintak2 semuanya berjalan dengan lancar...suamiku oh suamiku...huhuhuhu

takpelah sayang..yang penting kini semuanya selesai....esok majlis bersanding pula...


buat mak..ayah dan keluargaku terima kasih keran bersusah payah untuk ti...


kepada semua yang hadir maafkan lah sekiranya ada kekurangan kerana kita semua tidak sempurna...



























No comments: