Sunday 13 December 2009

Majlis Bertandang..12 Disember 2009

Hari ini adalah majls ku bertandang ke rumah mertuaku di Kampung Salak, Teluk Bakong, Perak..


11 Disember 2009

Petang ini keluargaku bertolak dari N9 dan singgah ke rumahku di Putrajaya. Setelah selesai berehat sebentar di rumahku, dalam pukul 5 kami sekeluarga menaiki 3 buah kereta bertolak ke Perak. tapi kakak & abang sulungku tidak dapat hadir kerana komitmen yang lain.  Takpe doa kalian sudah mencukupi untukku..

Kami sampai di Perak hampir jam 9 malam. Keluarga suamiku menyediakan kami rumah bertandang di Ghangkat Melintang. Setelah sampai kami kerumah mertuiaku untuk makan malam.

Pagi..12 Disember 2009

Tepat pukul 9pagi aku ke kedai andaman di Kedai Andaman di Pekan Bota.  Aku dan suami mengenakan pakaian tema bewarna Coklat. Setelah siap dimekap, kami bergerak kerumah Mertuaku..bermulalah majlis menyambut menantu dirumah mertuaku.. Bermula dengan sesi 'melempar gula-gula' kemudian bersanding dan sesi bergambar di pelamin di atas rumah...kat majlsi nie dua orang adikku menjadi pengapit ku..iaitu adikku ina & dikdi..terima kasih..

bab mekap nie..lepas mekap mmg cantik tapi yg tak puas hati nya mekapnya cepat cair..keluar jer dari kedai, kena panas terus berpeluh2 muka..hilang terus bedak2 yg dipakainya..alas bedak cap apa aku pun tak tau ler pe yg dia guna..hampeh jadinya..tension nyer...masa outdoor aku kena touch up semula..dhtu jadi berpeluh2 muka..teruk betul jadinya..benci....benci

baju ngan tudung yg aku bawa dri N9 ok tapi payung nya patah...D'Pesona nie mmg tak boleh pakai..dorg yg wat keje tak betul, tak berkat duit aku bayar tu kalau dia pakai..

Kesempatan ni aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga ku..kpd ayah yg drive jauh2..abg izan & keluarga..ina ngan anak2 kerana dorg yg sanggup tunggu sehingga majlis bertandang ni sebelum balik ke Kedah..ayus & suami...kepada keluarga suamiku yg menyediakan rumah utk bertandang..kepada Adi & pasangan as photographer..terima kasih sbb susah payah dr putrajaya kemudian outdoor ke Pasir Salak..makan pun tak dorg berdua nie..dan harga yg sangat2 berpatutan dengan hasil superb! terima kasih sangat2..kepada ju & suami yg hadir..umi kwnku dan semua2 kawan2 & guru sekolah lan yg hadir...doakan jodoh kami berpanjangan...






















No comments: