Friday 8 December 2006

Cinta Berputik..heeee

7 Disember 2006


Hari ini aku kerja macam biasa...kat opis aku dok kat tempat jer, malas nak berjalan2 tempat orang..lgpun ntahla layan internet lagi best..heee


aku dan lan pun bermesej2 macam biasa..pagi2 mesti lan akan hntar mesj wish kat aku..kalau dia antar dulu pun aku akan hantar..dah jadi rutin kot..aku harap kitaorang akan jadi bestpren..tapi sku suka sangat sebab ada orang yg caring sangat kat aku..


tengah-tengah buat kerja, bateri henpon pulak abih..aku pun cas ler kat tempat abg indera..


dalam pukul 11 lebih, mesej aku berbunyi..tapi aku tak sedar sebab dok sibuk kat tempat typewriter..tak lama kemudian tu, henpon aku pulak berbunyi, rupanya lan tipon..dia tanya dah baca mesej ker..


lepas letak tu baru aku baca...


katanya...dia tak anggap aku sebagai kawan..dia nak lebih dari itu....dan bertanya sudikah aku menerimanya..


aku terkejut juga tapi hati aku rasa gembira sangat..ternyata aku sememangnya pun berharap macam tu jugak..sekurangnya aku tahu camne hubungan aku dengan dia..


lalu akupun balas mesej tu tanda terima....heeee.....sukanyer...



dari tarikh harini bermula lah hubungan kami lebih dari seorang kawan..malam ni kami janji nak jumpa kat tempat biasa...Dataran Putrajaya..


Jadi tiap-tiap hari selepas balik kerja, malamnya kami mesti jumpa..tiap-tiap tu hari kecuali ketika aku balik kampung. Dari situ aku tengok kesungguhan lan untuk bersama aku. Dia tak kira penat..tak kira masa, dia mesti jugak datang jumpa aku..


Aku pun mulalah aktiviti baru..memasak....balik kerja je, aku siap-siap masak..malamnya aku bawa bekalan untuk kitaorang makan berdua kat Dataran...seronok sangat...moga cinta ini berkekalan hingga akhir hayat...




( gambar kitaorang kat Pantai Morib 2006 )


Masa makan kat Dataran..


Dalan Kereta OTW ke Dataran

Alhamdulillah terubat luka dihati aku nie..aku harap akulah orang terakhir dalam hidupnya.

No comments: