Thursday, 7 December 2017

11 tahun telah berlalu...7 Disember 2006

7 Disember 2017..







Alhamdulillah..tarikh yang sampai bila2 aku tak lupa.. tarikh yang membawa ikatan yang berkekalan hingga hari ini.. Alhamdulillah...

Dari hati yang luka, aku menerimanya dengan hati yang sangat terbuka.. menghargai cinta dan kasih yang ada padanya untuk merawat hati...

Perkenalan yang sesingkatnya namun terasa dekat sangat dihati..

Alhamdulillah, Allah sentiasa mentakdirkan sesuatu yang baik untuk hambaNya..

Doaku biarlah jodoh ini berkekalan hingga Akhir hayat...


Permata kedua kami sudah membesar.....

Alhamdulillah

"Ya Allah kami hambaMu mengucapkan syukur atas kesempatan kurniaanMu buat kami..menitip penawar hati setelah aku dan suami kehilangan 2 kandunganku..kini Engkau gantikan ketika kami telah bersedia dan ketika dugaan itu telahpun  telahpun Engkau lapangkan..dimana permata sulung kami, Muhammad Aniq Aqmar telah sihat, Alhamdulillah..."

8 November 2013

Genap sebulan rasanya tak sabar nak beli pregnant test....wink..wink...!! Alhamdulillah selepas 2 - 3 hari menunggu akhirnya keputusan...POSITIF!!! hee..tapi tak bole nak happy sangat, sebab selepas 2x blighted Ovum...dan segalanya kami serahkan kepada Allah SWT..

15 Julai 2014

Patutnya hari ini lahirnya Anakku ini...namun langsung takde pulak tanda-tanda dia nk tinggalkan rahim ibu dia ni..

23 Julai 2014

Nak tak nak, hari ini Ibu kena jugak warded..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..esok Ibu..ayah semua orang akan dapat menatap wajah permata ibu nie...

24 Julai 2014

Ibu masih seperti biasa..takde tanda2 nak bersalin..tap pkul 12.15 nt ibu dah kena masuk OT..

Alamdulillah.. Anak ibu dahpun selamat melihat dunia ini.. berada dalam pangkuan ibu..  Dari Muhammad Adif Aqmar bertukar ke Muhammad Arif Aqmar bermaksuh " Yang Terpuji, Bijak, Terpelajar  Putih dan Cantik.."  Ibu nak anak2 Ibu berjaya didunia dan Akhirat..seindah namanya..


ANAK MANJA BANYAK KELETAH

Anak ibu yang suka sangat senyum..senyum yang sentiasa memurahkan rezeki kita semua.. Anak ibu 'Big Baby' banyak akal dan keletahnya... Sekarang Arif dah jadi kawan baik dan kawan gaduh Abang Aniq.. aduhai sayang ibu ni.. akalnya bukan main!

BERBEZA SATU SAMA LAIN

Iyer..ibu tak nafikan Arif dan Abg Aniq sangat berbeza..namun kasih sayang ibu dan ayah tak pernah berbeza buat kalian berdua..bertiga dan seterusnya... kasih ibu dan ayah tetap sama..

Sungguh Ibu dan Ayah sayang sangat2... Permata kami didunia dan akhirat...




Arif dan Abang Aniq...








Tuesday, 28 February 2017

Menanti AQMAR kami...

Ya Allah..

Permudahkan urusan kami, suami- isteri dalam menanti AQMAR kami...mungkin ini yang terakhir..
Tak tertanggung rindu untuk menanti sepertimana menanti putera-putera AQMAR kami dahulu...

Sempurnakahlah kejadiannya sebaik2 dan sesempurnya...Akhlak, fizikal dan mentalnya....

Moga kerinduan ini menguatkan keimanan kami kepadaMU

 Ya Allah, aku sentiasa redha akan takdirMu...

Aamin....


Tuesday, 12 April 2016

Saya Sayang Suami Saya

Assalammualaikum..

Suami saya...Insan yang saya kenali hampir 10 tahun yang lalu.. 1.12.2016 ni genaplah 10 tahun.. Azlan bin Kamaruddin namanya... insan yang telah menerima saya seadanya..insan yang sangat-sangat menyayangi saya sepenuh hatinya.. Insan yang membuatkan saya rasa dihargai...

6 Disember 2008.. kami mengikat tali pertunangan dan seterusnya 28 Disember 2009 kami diijabkabulkan... Dunia baru yang kurasa  bahagia dan kami dikurniakan 2 putera...

Ayah yang bertanggungjawab..yang tak pernah lepas tangan dalam urusan kedua putera kami... dialah yang mandikan...dialah yang menyiapkan.. dialah yang menghantar aku dan anak-anak...segalanya dia lakukan bersamaku.. Dialah yang mengemas rumah..dialah yang mop lantai.. dialah yang mencuci baju..dialah yang mencuci bilik air dan segala-galanya tanpa mengharapkan kudratku..

Seingat aku boleh dikira aku mop lantai.. buang sampah mmg jauh sekali aku lakukan sejak berkahwin..begitu juga mencuci bilik air..kini basuh baju pun aku tak buat...segalanya diuruskan suamiku...

Sayang yang bagaimana lagi aku nak cari dalam dirinya biarpun kadang2 hasutan syaitan membuatkan aku masih mencari-cari silapnya...

kadang-kadang aku tertanya, layakkah aku mencium syurga.. kerna redhaku adalah redha suamiku...

Aku sayang suamiku..moga Allah mendengar doaku...

janganlah Kau uji kasih sayang kami..dekatkanlah hati kami..sihatkanlah suamiku dan andainya ajal sudah menyapa,.biarlah aku sehidup dan semati dengannya..aku tak sanggup kehilangannya walaupun sesaat...

Monday, 22 February 2016

Something Wrong Somewhere...

Oh hati....

Moga segala yang bermain diminda dan dihati hanya ilusi semata...namun bagai ada yang tak kena, cuma aku tak tahu apa dan dimana...

Moga Allah menunjukkan aku jalan penyelesaiannya dan sentiasa ku doakan segalannya dalam baik-baik belaka....

Thursday, 3 September 2015

Cerita..cerita....

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa di bulan September 2015.. baru beberapa hari lepas usaiku genap 33 tahun...

segalanya masih baik-baik belaka..keluargaku...suamiku...anak-anakku..kerjayaku..rumah impian kami...segala-galanya sangat cantik diaturkan oleh Allah S.W.T

In Shaa Allah nanti akan ku kongsikan segala-galanya disini..lama benar aku tidak mencoretnya...


Monday, 8 June 2015

Dunia baru....

Mei 2015

13 tahun lamanya aku di bumi Putrajaya ni...13 tahun juga lamanya aku berkhidmat dalam sektor awam.. sejak hari pertama 16 Februari 2002, saat aku melangkah melapor diri sebagai PT(P/O), aku nekadkan diri, bukan selamanya aku dalam jawatan ini...

Aku nekad,,,tekad...biarpun aku tahu cabaran mendatang..

Aku usaha bersungguh-sungguh...aku ambil exam..aku ingin berlari jauh...

2015..

Alhamdulillah..rezeki anak-anak,,rezeki keluarga banyak mengiringiku tahun ini..bermula dengan genapnya 13 tahun dalam perkhidmatan dimana aku layak mendapat N22 KUP.. kemudiannya ku ditawarkan pula jawatan sebagai CC  N22 hakiki dan kini tawaran sebagai Penolong Pegawai Tadbir gred N27..

Sesungguhnya aku amat bersyukur...

Aku menerima tawaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir dan aku melapor diri di Jabatan baru di kompleks B

Sesungguhnya setiap yang berlaku bukannya mudah.. setiap iringan perjalananku bukan mudah seperti mana mata dan mulut yang berbicara padaku...mereka tidak tahu betapa susah payah..dan demi Allah kukatakan, tidak pernah aku menerima apa jua bantuan 'orang dalam'.. segalanya keserahkan kepada Allah untuk menentukan...

namun... bukan semua yang manis-manis belaka dalam hidupku.. mereka tidak tahu...dan aku, takkan sesekali mencanang..kerana itu bukan prinsip aku...

Semoga aku tidak terus tenggelam dalam dunia baruku  ini..

dan andainya terbentang luas pelbagai pilihan...aku tak ingin berada disaat ini..diketika ini..

Sesungguhnya dunia asing ini amat asing buatku...moga suatu hari nanti ada jalan keluar...Sesungguhnya hanya Allah yang tahu...

Alhamdulillah..sesungguhnya rezeki ini bermakna buatku dan seisi keluargaku...






Monday, 11 May 2015

Our home sweet home...

Alhamdulillah


Dah dapat kunci umah PR1MA kami bulan mac aritu, Alhamdulillah segalanya di permudahkan....ready to decorate our home sweet home...muaahssss cak....


Cantik tu mesti tapi budget tu lagi penting..so plan is...

1. Elektrik... my incik lan yang buat so upah free..barang je beli
2. Barang-barang .. guna yamg sedia ada..so memang kena kurangkan la sebab umah cinonit je..
3. Wallpaper... dah beli kat kaison..pasang sendiri...free,,,
4. Kipas..Lampu.. dah beli ready masa sebelum GST..
5. Grill - mula nak pasang sendiri tapi susah sangat so upah.. terbang 1.9k
6. Cat... beli je..wat sendiri...
7. Table Top + kicen wall.. antara buat sendiri atau upah...mahal jugak ni...
8. Langsir... tengah2 survey dan belajar nak buat sendiri je utk sliding..yang bilik amik je yg sedia     ada...


yang lain-lain tengah dalam plan lagi,,,

In Shaa Allah...harta anak-anak,,

Monday, 1 December 2014

Ceritera Cinta kami...2014

Alhamdulillah

Ceritera cinta hambaMu

_________________________________________________________________

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang..

Tak pernah ku duga 18 November 2006 saat pertama berbalas mesej dan sejak itu menjadi teman walaupun cuma mendengar suara.. setiap saat dan ketika mesej bertalu merawat hati kami yang ada luka. 

Tak pernah terduga 1 Disember 2006 saat hari bertama kami bertemu..berkenalan dan bersua muka.. dan mungkin juga itu cinta pandang pertama...

tidak terduga pada  7 Disember 2006, terucap kata-kata cinta..sebagai janji untuk bersama, berkongsi cerita suka dan duka..

Kita bersama mendaki tangga impian tatkala sama-sama menghadiri Kursus Pra Perkahwinan pada 30 & 31 Disember 2007, bersama merancang untuk fasa kedua mengukuhkan cinta.

Dan... 6 Disember 2008, bersempena dua tahun menyemai cinta, cincin diiring sebagai tanda, aku kini menjadi tunangannya...

Tak ku lupa malam 28 November 2009, ijab dan qabul menjadi saksi, dihadapan Allah dia berjanji menjagaku hingga ke akhir hayat..

Tak pernah kulupa 29 November 2009 & 12 Disember 2009, kami dirai bagai raja dalam sepersalinan serba ungu dan coklat diraikan ibubapa dan sanak-saudara, penuh kegembiraan..penuh kemeriahan sebagai tanda cinta kami akhirnya bersatu jua...

Anugerah Allah yang Maha Esa, 14 September 2010 lahirlah permata atas nama cinta  Muhammad Aniq Aqmar..kasih dan sayang yang sungguh-sungguh membahagiakan...

dan...

24 Julai 2014.. lahirnya permata kedua kami... putera hati yang kami nanti, Muhammad Arif Aqmar nama diberi.. dengan penuh harapan setelah 2 kali kami kehilangan...

Atas nama cinta..cinta yang kami bina...moga cinta ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T..ibubapa dan seluruh keluarga,,,

Tahun ini..2014

Suka-duka..susah-senang..tawa-tangis..gurau-rajuk.. ketawa-airmata dan segala-galanya mengiringi cinta kami yang pada 7 Disember 2014  sudahpun menginjak 8 tahun dan 28 November 2014 telahpun 5 tahun  melayari bahtera rumahtangga...

Moga kita sentiasa bahagia...


Tuesday, 25 November 2014

Pengemukaan Dokumen bagi Penolong Pegawai Tadbir N27

23 November 2014


Alhamdulillah

Aku bersyukur atas segala rezeki yang Allah berikan..

Sangat teruja hari ini dan betapa gembiranya hatiku..nasib baik aku terdetik nak cek folder  'junk email' rupanya ada khabar gembira,,,

aku terima email dari SPA untuk mengemukakan dokumen bagi tawaran lantikan sebagai Penolong Pegawai Tadbir...amin ya rabbal alamin....telah lama aku dan rakan-rakan calon cs yang lain menanti...

Saban hari ada info dari rakan-rakan lain di Telegram..rupanya hari ini aku pula mengkhabarkan berita gembira ini buat info rakan-rakan kami yang lain...

Moga rezekiku sekeluarga di murahkan Allah S.W.T...

Amin....



Tuesday, 28 October 2014

Arif dah Meniarap....

23 Oktober 2014...

Salam cinta dan kasih sayang...


Cepatnya masa berlalu..hari ini adik arif dah pun pandai meniarap..cepatnya sayang..dahla ibu tak rasa adik macam baby yang lain sebab arif besar...cepat pula terasa masa berlalu,  anak-anak ibu ini semuanya semakin pantas membesar,,,,

Ibu doakan adik arif sentiasa sihat dibawah lindunganNya..begitu juga abang aniq sayang...

Amin...






Monday, 28 July 2014

Buah Hati Kedua...Adik Aniq!

23 Julai 2014..

Buat kali pertama aku terpaksa meninggalkan buah hatiku dirumah kerana petang ni aku dah kena admit wad.. Ya Allah beratnya hati..aniq oh aniq..ibu pasti sangat2 rindukan aniq..


Syukur Aniq sangat memahami..aniqku sangat bijak..ku katakan padanya aku akan membawa pulang adik yang berada dalam perutku..aniq mengangguk faham.." nanti ibu bawa balik adik eh..." seolah memahami segalanya,..

Tepat pukul 2ptg aku daftar masuk wad ingatkan aku dah kena duduk kak katil tu menunggu jer..rupanya Alhamdulillah petugas kaunter memberitahu aku boleh masuk selepas waktu berbuka..daftar jer dahulu..

Usai mendaftar aku dan suami pun menunggu di sofa..jam sudahpun pukul 5.30 petang dah tak lama lagi nak waktu berbuka..kami pun singgah kat kedai Mamak..itulah tempat kami berbuka puasa berdua untuk akhir kali bagi tahun ini...sungguh saat ini sangat-sangat aku hargai manatahu ini mungkin kali yg terakhir,,sesungguhnya ajal itu di tangan Allah..

Aku mencium berkali-kali pipi Aniq tadi...aku bersalaman dengan makayah, memohon ampun dan maaf..aku salam semua ahli keluargaku dan yg jauh ku kirim sms memohon doa dan keampunan..sesungguhnya hatiku sangat syahdu..huk..huk...

Setelah berbuka puasa kami menuju ke Hospital Putrajaya,..telah sedia katil untukku..lan menemaniku di wad sebelum memohon untuk pulang...saat itu lah aku menangis..sesungguhnya aku sangat-sangat tak suka duduk hospital..waaaa..waaa..sampai larut malam kami berwhatsapp..katanya dia juga memnagis saat meninggalkan aku di wad,,,kata-kata suamiku menguatkan hatiku..Ya Allah aku redha segala ketentuanmu..
Tepat pukul 12lbih..Pakar datang bagi tujuan penerangan prosedur induce namun kejutan buat aku apabila Pakar memberitahu aku tidak boleh bersalin secara normal... bayiku besar dan kedudukan kandunganku juga tidak masuk sepenuhnya...Ya Allah  aku redha... aku dinasihatkan untuk memilih bersalin ceaser kerana risiko untuk bersalin secara normal... hatiku berdebar-debar tapi aku menyerahkan segalanya kepada Allah dan juga nasihat Pakar...aku terus memberitahu suamiku bahawa esok aku akan bersalin..EMERGENCY CEASER.... lagipun kandunganku dah lewat 40 minggu 8 hari...

ni yg paling aku tak suka,,,,huhuhuhu

24 Julai 2014

Pagi esoknya datang lagi seorang pakar..perutku diperiksa semula..Dia bertanya berkenaan kandunganku yang agak besar.. Aku sendiri tidak tahu bayiku besar kerana tidak pernah dimaklumkan oleh Doktor di Klinik..seterusnya aku t diberi baju putih untuk dipakai di dewan pembedahan...pembedahan  ini akan berjalan bila-bila masa..

Dalam hatiku berdoa biarlah aku sempat bertemu suamiku...terasa lambatnya waktu berjalan...pukul 1230 baru waktu melawat, suamiku sudahpun berada di Hospital..aku bimbang aku akan dihantar ke bilik OT tanpa sempat aku mencium dan menatap wajahnya...dalam hatiku terus berdoa dan terus berdoa..
Gelagat ayah & anak yg kene tinggal

Tepat pukul 1230 suamiku terpacul senyum ditepi katil..aku menarik nafas lega dan bersyukur..dari rasa sedih dan gusar, aku bagaikan ada kekuatan tatkala melihat wajahnya...kami bercerita keretah aniq..rindunya aku pada Aniq..

Ya Allah terasa kali ini mudahnya Engkau mengabulkan doaku...segala Hajatku tertunai.. Aku bersyukur Ya Allah engkau mempermudahkan segalan-galanya untukku dan bayiku..Aku langsung tidak rasa sakit bersalin seperti saat melahirkan Aniq...Aku hampir dihantar ke Hospital kajang kerana kekurangan katil namun doktor di Dewan Bersalin tiba-tiba berjanji untuk booking katil untukku..doktor-doktor..nurse semuanya baik-baik dan melayanku dengan baik..

Jam Tepat pukul 2.00..lan masih lagi disisiku sengaja untuk keluar lewat tiba-tiba nurse datang memintaku sedia untuk ke OT dimana turn aku telah sampai..aku menatap wajahnya airataku rasa bagai nak melimpah-limpah dah namun kekuatan bagai datang demi anak dalam kandunganku ini..aku ingin melahirkan dia dengan selamat..aku ingin pulang memeluk aniq yg sangat aku rindui...

Aku bersalaman dan berbaring atas katil yg akan menolak aku ke OT..lan diminta tunggu dibawah. Sesampainya aku di depan Dewan Pembedahan, lan telahpun sampai disitu..aku bersalaman dengannya buat kali terakhir..aku memohon ampun dan maaf sekali lagi..Ya Allah..mulutku tak henti-henti berdoa dan beristiqfar...

Entah mengapa kali ini aku begitu takut..aku rasa seolah ingin larikan diri...aku takut sangat..aku cepat-cepat membaca ayat-ayat suci untuk membuang segala perasaan yang mula mengangguku..pengalaman saat dibius sangat-sangat membuatkan aku fobia..sakitnya Allah yang tahu...

Bermulah segala prosedur dalam bilik OT...wajar-wajar menjalar sekelilingku..Doktor mengingatkan aku mengucap syahadah dan beristiqfar...aku sudahpun dibius dan sekejap lagi proses mengeluarkan bayiku..

Terasa kelainan saat bersalin kali ini...nafasku agak tersekat-sekat.aku meklumkan kepada Pakar Bius ..kepala aku juga pening...aku dapat mendengar seolah-seolah mereka agak sukar mengeluarkan bayiku,,beberapa kali perutku digoyang dan disentak-sentak...tiba-tiba aku terdengar suara bayiku menangis...mereka membawa bayiku dan saat itu aku terus bertanyakan bayiku...

Ya Allah..itulah saat yang paling-paling membahagiakanku..hilang segala-gala perasaan yang hadir cuma perasaan ingin menatapnya..tak lama kemudian aku diberi menatap wajahnya..Wajah yang mulus..tulus..bersih sebersih dirinya.. bayiku lelaki..aku membaca doa buatnya...aku mengucup dan mendoakannya berkali-kali...

Ya Allah inilah bayiku setelah 2 kali aku kehilangan kandunganku,..inilah bayiku yang hadirnya aku nanti-nanti..inilah bayiku..Adik Aniq!!

Bayiku dibawa keluar untuk di Azankan..selepas itu bayiku diletakkan atas dadaku bagi dia mengenal bau ibunya sendiri,.kini aku sedang dalam proses menjahit semula lukaku..

Sungguh kepalaku sangat sakit.. pandanganku berpinar-pinar..berpusing-pusing...segala dipandanganku nampak berpusing-pusing..aku tak tahu kenapa...saat mereka menghantar aku ke Wad pun keadaan itu masih sama...

Keluarnya aku dari Dewan OT, lan mengiringi aku pulang ke Wad..tak lama kemudian Mak, Ayah semua turut berada di tepi katilku cuma yang masih belum aku tatap ialah wajah Aniq...




Bayiku diserahkan..Ya Allah gembiranya hatiku..aku terus menyusukan bayiku namun kepalaku masih pening aku muntah-muntah,...

Mujur adikku dibenarkan menjagaku di Wad..syukur Alhamdulillah...aku tak tahu kenapa aku sangat-sangat mengantuk...aku taktahu mungkin kesan bius tapi sewaktu melahirkan aniq aku sihat seperti biasa selepas pembedahan...

Malamnya aku muntah-muntah dan berasa sangat mengantuk..aku diminta menyusukan bayiku sekerap yang mungkin....inalah yang sangat-sangat membantu..luka diperutku terasa sakit..aku bimbang untuk banyak bergerak fobia andainya terbuka kembali...

25 Julai 2014

Semuanya datang melawatku..tengah harinya aku meminta izin untuk turun ke Lobi..ada seorang insan yang sangat-sangat aku rindui.. dengan wheel chair lan menolakku turun ke bawah... Aniq memerhatikanku dari jauh..dan semakin dekat...aku memeluk aniq melepaskan rindu..aku menatap matanya,..

Ya Allah anak kecilku ini..aku berbual-bual dengannya..ku katakan padanya esok aku akan pulang kerumah dengan adiknya,,dia nampak gembira..beberapa hari tak jumpa aku lihat puteraku ini semakin membesar dan dah pun jadi ABANG....yg penting terubatnya rinduku kat Aniq,,,

Bayiku tidak banyak kerenah...tapi dia kerap menyusu malam membuatkan aku kurang tidur...huhuhu sian ina,,tiap kali bayiku ingin menyusu dia juga terpaksa bangun membantuku...

Siangnya dia kerap tidur..hihihihi..anak oh anak...sayangnya ibu pada kamu...

26 Julai 2014

Hari ini aku telahpun dibenarkan pulang..sebelum pulang ke rumah kami singgah kat Masjid Putra untuk lan menunaikan bayaran zakat fitrah..bukan untuk 3 lagi..tahun ini kami berempat..

Dalam kereta lagi aku lihat lain sangat ragam aniq..macam2 cerita keluar dari mulutnya...seolah-olah ingin menarik perhatianku...mungkin ini caranya melepaskan rindu...dia melihat sahaja adiknya..mungkin bayi kecil ini sangat asing padanya,..dan satu yg aku sedari..aniq tak boleh lagi berada di pangkuanku dalam kereta...

Sesampainya kami dirumah..aniq menarik tanganku ke bilik...aniq menyuruh aku meletakkan adiknya dilruang seolah dia tidak ingin diganggu...masanya hanya dia denganku..

Saat ini aku hampir2 menangis...bagaimana untuk aku fahamkan aniq yang aku harus membahagikan kasih sayang seadilnya buat dirinya dan adik...

Aniq leka bercerita..leka dengan ragamnya semata-mata ingin menarik perhatianku..ku katakan adik diluar namun dia tetap menarik tanganku agar aku tidak keluar melihat adiknya... Ya Allah tak tergambar perasaanku ketika ini...namun Aniq anak yang baik...dia belajar menerima  segalanya tanpa ragam pun...

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah memberikan aku anak-anak yang baik....




Amin...












Friday, 25 July 2014

Alhamdulillah....alhi baru keluarga bahagia kami....

Alhamdulillah...

Tepat jam 3.00ptg  pada 24 Julai 2014 ..lahirlah permata kedua kami yang sangat comel dan sihat...Alhamdulillah...my 'big baby' seberat 4.11kg..mujur malam sebelum aku 'induce' pakar datang memaklumkan padaku bahawa aku harus menjalani pembedahan..kalau tidak ntah apa yang akan berlaku...Allah sangat menyayangi kami...

Pastinya Abang aniq tertunggu-tunggu ibu dirumah menanti ibu bawa balik adik...

biarpun ada kata-kata yang berharapkan aku melahirkan seorang puteri pula kali ini namun bagiku..

biarpun putera atau puteri anakku..ia tetap berlian dan permata kami berdua..

Kehadirannya tetap kami tunggu dengan penuh pengharapan dan iringan doa...hadirnya buah hati suci ini setelah 2 kali aku kehilangan kandunganku...oleh itu apa lagi yang aku harapkan selain kehadirannya dalam keadaan  sihat dan selamat ke  dalam dunia kecil kami...

Selamat datang sayang..ibu, ayah dan abg aniq telah lama merindui suaramu...






Thursday, 17 July 2014

Ramadhan 1435

Salam Ramadhan 1435..

Buat tatapan ibu ayahku.. suamiku...anak-anakku dan seisi keluargaku...

Andai ini ramadhan terakhirku...
daku memohon sepuluh jari 
memohon ampun dan maaf 
andai tidak berkesempatan merayakan aidilfitri
disisi kalian lagi..

Daku memohon maaf
atas segala salah dan silap
atas segala kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan
atas segala perbuatan yang buruk dimatamu
halalkan lah segala makan minumku selama ini
halalkanlah andai terambil hak yang bukan milikku
dan maafkan
segala rahsia yang kubawa pergi...
namun ketahuilah
kamu sentiasa dihati..

Ayah..
Suaramu yang pertama ku dengar didunia ini
iqamatmu..doamu.. mengiringku kedunia ini
tak pernah kulupa perit getirmu membesarkanku
tak terbalas budi baikmu
tak terbayar pengorbananmu

Emak
Kerna kasihmu aku didunia ini
kasihmu yang terlalu tulus
mak...tak terbayang saat kau berjuang melahirkanku
terima kasih mak..pengorbanan mak tak terbalas olehku
Iringlah daku dengan doa-doamu
kini aku jua berjuang antara hidup matiku

Suamiku
Syurgaku ditelapak kakimu
aku yang kau ambil hak dari keluargaku dengan ijab dan qabul
redhalah daku seperti mana  saat kau redha menerimaku sebagai isterimu..
ampunkanlah isterimu ini
andai tidak dapat lagi bersamamu
menemani hari tua mu
seperti mana yang pernah kita impikan bersama

Anak-anakku
Maafkanlah ibu...
andai tangan ini tak mampu mengusap rambutmu
andai bibir ini tak mampu mengucup dan mendoakan kamu
kamulah harta ibu
janganlah kamu lupa ibu dalam doamu

Saudara-saudaraku
tak pernah ku lupa saat kita berlari..
mengejar saat indah ketika kecil bersama
tika susah..tika senang
tika lapar
saat dewasa menginjak datang
kita masing-masing mengejar waktu mencari sesuap nasi untuk keluarga
namun kalian sentiasa dihati
maaf andai terlupa merisik berita
biarpun dalam hati kalian sentiasa bertahkta

maafkan daku andai sampai disini kita bersama...

ingatilah daku dalam doamu....


Tuesday, 10 June 2014

35 Minggu dah sayang....

Assalammualaikum....

10 Jun 2014.... Hari ini genap sudah 35 Minggu kandungan ibu ni...tak sabar menanti lahirnya cinta hati kedua ini...terasa ingin jer putarkan waktu agar cepat ianya berlalu....tak sabar menanti permata ibu ini lahir ke dunia...

Ayah..Abg Aniq dan semua orang menanti untuk melihat sayang ibu lahir.... 

Biarpun dugaan kali ini kadang2 ibu rasa sagat mengcengkam jiwa dan raga ibu namun ibu sedaya upaya untuk redha... biarlah ibu menanggung semua asal anak ibu sihat dan sempurna...seluruh badan ibu gatal-gatal disebabkan allergik..muka ibu..badan ibu..tangan ibu..kaki ibu semuanya gatal-gatal dan kerana tak tertahan ibu garu hingga berparut...

Ibu redha walaupun adakalanya ibu rasa sangat-sangat tertekan...

Sayang anak ibu....biarlah apapun yang terjadi ..ini dugaan buat ibu dan mungkin dugaan ini Allah angkat dan menghadiahkan ibu seorang lagi permata penyejuk hati ibu dan ayah..

Amin.....






Monday, 9 June 2014

Tahniah Anak ibu sayang...

2 Jun 2014

Sejak hari pertama ibu dapat call dari Teacher Emy yang anak ibu ini akan buat presentation kat Kementerian Pelancongan Malaysia, P5..hati ibu dan ayah sanagat-sangat teruja.. seolah-olah tak percaya anak ibu ini berbakat..sebab Ibu dan ayah selalu memujuk aniq bercakap dan bercerita pada ibu tapi tahulah aniq macam-macam ragam..asyik main-main jer...

Persiapan pertama... Malam 2 Jun 2014 kita ke Billion beli seluar slack Aniq.. teacher kata aniq kena pakai seluar hitam dan kasut bertutup, mujur aniq dah pun beli kasut sport..kasut sport pertama aniq..;)

Segala kelengkapan aniq ibu dan ayah kena sediakan sebelum hari Jumaat, 6 Jun 2014 kerana pada hari itu aniq akan buat rehearsel kat sana... ibu dan ayah excited sangat... tak sabar nak gi tengok aniq...

OTW rehearsel kat Kem, Pelancongan...
9 Jun 2014

Pagi yang dinanti berkunjung jua.. Pagi ini aniq kena ada kat sekolah pukul 7.30 sebab bas akan bertolak ke Kementerian Pelancongan jam 7.40. Itulah sayang ibu, semalam tidur lewat sangat akibatnya pagi ni aniq mengantuk... ibu pulak terlena semula lepas ayah kejutkan sebab seluruh badan ibu gatal-gatal dan sakit sangat..ibu sukar nak tido malam....mujur juga Ayah cuti hari ini, tak lah kelam kabut sangat..





 Alhamdulillah kita taklah lewat sangat sampai kat sekolah Aniq..sesampainya kat sana Teacher tengah bagi kawan-kawan Aniq breakfast ngan yang perempuannya tengah bermekap.. rupanya ibu dan ayah jer parents yang gi tengok anak-anak buat persembahan, yang lain tak tahulah pe cerita...huhuuhuhu..rezeki ibu dan ayah la ni... tapi ayah kena bertugas jadi jururakam video...he3..




Sesampai jer kat Kementerian Pelancongan, aniq ngan kawan kena tunggu belakang pentas sementara nak buat persembahan.. ibu dan ayah kena duduk depan pentas, mujur tak ramai sangat orang mudah keje ibu dan ayah..tapi HP ibu ni blur la geram sangat..





Start jer Pengerusi Majlis berucap dan memanggil kumpulan dari Pusat Anak Permata Negara 2 menyanyikan lagu Negaraku, mata ibu tak lepas memandang Aniq yang kini berada kat atas pentas.. Ya Allah bangganya ibu sayang...Aniq dan kawan-kawan begitu bersemangat....






Ibu menanti pula persembahan kedua Aniq.. ibu tengok teacher susun kerusi atas pentas..dalam hari ibu tertanya-tanya juga nak buat apa pulak ni..rupanya aniq dan kawan-kawan akan mempersembahkan Choral Speaking..

Dari bawah ibu lihat anak ibu dan kawan-kawan berdiri atas kerusi.. terujanyer ibu..mau ibu memberitahu seluruh dunia bahawa anak ibu yang ibu kasihi ini sekarang berada di atas pentas.. bermulalah persembahan..




Mata ibu tak kelip memandang..Ya Allah sangat-sangat berbakat anak-anak kecil di atas pentas ini.. step demi step mereka persembahkan seolah anak ibu sudah dewasa sedangkan anak ibu belum lagi mencecah 4 tahun.. girangnya hati ibu sayang..rasa seolah ingin mengalirkan airmata....

Tahniah buat anak ibu dan kawan-kawan.. Terima kasih kepada cikgu yang memilih anak ibu sebagai salah seorang dari 10 anak didik papn untuk membuat persembahan.. ibu akui anak ibu ini pendiam... pemalu... kerana itu ibu amat-amat terkejut bila anak ibu terpilih..



sayang anak ibu Muhammad Aniq Aqmar bin Azlan... doa ibu aniq kekalkanlah kejayaan aniq sehingga aniq dewasa.. hari ini ibu melihat aniq diatas pentas membuat persembahan.. ibu harap setiap tahun nanti anak-anak ibu akan naik pentas kerana kemerlangan dan akademik dan seterusnya hinggalah dewasa kelak sayang..

namun sayang.. setinggi mana pun pentas dunia ini, ibu harap anak-anak ibu juga cemerlang di pentas Akhirat... jadilah anak yang terbaik kerana itulah doa ibu sejak anak-anak ibu dalam kandungan lagi... ;)

In Shaa Allah..