Monday, 23 July 2012

Aniq dan ABC nyer

Allhamdulillah..



Aku bersyukur kepada Allah atas segalanya keistimewaan yang dianugerahkan kepada aniq..inilah doaku moga aniq mudah belajar..terang hati...mudah memahami segalanya pelajaran yang diajar..
setiap kali nampak buku atau keyboard...tangan aniq akan terus menunjuk huruf-huruf diatas dan terus menyebut abjab atau nombor dengan dengan tepat..Alhamdulillah dalam usia yang belum lagi 2 tahun aniq dah kenal huruf ABC dan 123 dengan lancar...


Aku perasan huruf yang mula-mula aniq kenal ialah R K U dan O..masa tu aku terkejut sangat...bermula dari itu kami berdua kenalkan lagi aniq dengan huruf-huruf lain hinggalah sekarang aniq masih lagi belajar mengenal huruf-huruf dan nombor biarpun aniq dah pandai meneka semuanya dengan tepat..

kami mungkin tak mampu nak hantar aniq ke pusat pembelajaran yang kosnya amat tinggi..tetapi mujur lah youtube banyak membantu..suamiku downloadkan semua video-video ABC dan 123 untuk memudahkan aniq belajar dan aniq sangat berminat..setiap hari aniq akan minta supaya kami bukakan untuknya video ABC...

walaupun aniq masih belum bercakap dengan lancar namun sebutannya jelas...amin ya rabbal alamin...

2 bulan lagi aniq akan berusia 2 tahun...moga aniq berterusan untuk minat belajar...perancanganku..setelah aniq hafal kesemuanya kami akan mula mengajarnya alif ba taa pulak...

tiada lain doa ku setiap hari iaitu aniq menjadi zuriat yang terbaik...amin y rabbal alamin...moga Allah memudahkan segalanya....

Wednesday, 11 July 2012

Aduhai mimpiku....

11 Julai 2012

Aduhai mimpiku..begitu menakutkan dan mengusik hatiku.. Ya Allah jauhkan lah daku dari ujian yang tak mampu kuhadapinya....


Friday, 29 June 2012

Suprise dari suamiku tercinta...


29 Jun 2012


Gembiranya hari ini..tetiba sajer aku terima sekuntum bunga dan sekotak coklat dari suamiku tercinta..

Aku membilang semula tarih-tarikh memori kami..tapi rasanya takde pulak 29 Jun ni..aish! was-was itukan hasutan dari syaitan..aku kena bulatkan hati bahawanya iainya ikhlas dari suamiku..tak semestinya hanya hari-hari tertentu sahaja kita harus mengingati kan!



dan yang aku pasti suamiku yang kukasihi ini cinta dan kasihnya tulus ikhlas terhadapku...

tertera ' I LOVE You' pada sekuntum bunga mawar pemberian suamiku....aku gembira sangat..moga kasih dan sayangnya padaku kekal sehingga ke akhir hayatku...kerana dialah insan yang paling aku sayang....



Terima kasih sayang...ayang sangat-sangat menghargainya...

Thursday, 28 June 2012

Mood kerja ku zero!

Kenapalah semenjak dua menjak nie mood nak kerja tu rasa macam lagi dah takder ( rasanya lebih lama dari itu..)



Macam mana aku nak menghabiskan tempoh perkhidmatan yang masih berbaki 30 tahun lagi ie...aduhai baru 10 tahun ni pun aku dah tak larat nak teruskan..

Sesekali ada juga aku luahkan pada suami sekadar melepaskan apa yang terpendam kat hati..jawapnyer..

" kalau abg ni orang kaya...gaji abg besar..ayg tak payah kerja, dok jer rumah jaga anak..tapi apalah daya.." kemudian kami pun saling berpandangan dan kemudian diiringi gurau-gurau yang ntah hapa-hapa keluar..begitulah rutin kami harian..

Walaupun kami tak kaya..tapi kami bahagia.. Syukur kerana Allah masih memberi kami rezeki dan semoga kami sentiasa mendapat keberkatanNya...

28 Jun 2012

Aduhai mejaku..penuh dengan surat-surat dan fail, bertimbunnya kerja!..semakin bertimbun kerja semakin malas aku nak menghadapainya...jam dah dekat pukul 12 kerja aku masih belum settle...tennnsiooonnn...

Sunday, 24 June 2012

Dinner sefamily @ Malee Seafood..

24 Jun 2012

Kami sekeluarga keluar makan malam di Restoran Malee Seafood, Dengkil.. Makanan kat sini sedap dan harganya pun berpatutan..yang penting gembira sangat dapat makan sama-sama..dulu bawa abah ngan ncik, kini giliran ibu dan ayahku pula...

menu kami terpulanglah..sapa suka makan order jer...dan aku dan lan pastinya sup campur..telur dadar..tu memang tak lari punya...

pepun enjoy sangat! sib baik aniq tak buat perangai..



Berposing menanti makanan tiba


Masa makan pun leh posing lagik!



Tiga wanita dihatiku

ayah terkejut pe tu..huhuhuhuhu

insan teratas dihati...


dua budak comel

keluarga bahagia..


ragam aniq berposing

lebarnyer senyum

asik nak posing..


Sunday, 17 June 2012

aniq pakai tudung

 sama tak.....heeeee...




Selamat Hari Bapa !

Selamat Hari Bapa buat ayahku tersayang dan suamiku tercinta..juga buat abg rahimku..abg izan dan abang-abang iparku...


Semoga kalian semua jadi bapa yang terbaik buat kami dan anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T..










Amin...

Alhamdulillah tahun ini daku dapat meraikan hari ini bersama-sama ayah dan suamiku...  aku menyediakan Soto...Laksa dan tak lupa juga kek...

Semoga hari ini membawa kebahagian buat kita semua.. amin..

makan-makan Hari Bapa..

seronoknyer..berselera semua orang makan..sukanya hatiku berbaloi penat lelah dari pagi menyiapkan makanan istimewa sempena khas hari bapa nie..

Untuk ayah semestinya laksa...dan untuk mak pulak bihun sup @ soto....sebab mak kurang makan laksa...

Dan untuk suamiku tercinta..kedua-duanya kesukaanya.....heeee...

















sambut ramai-ramai ngan keluarga ina...akak..memang memeriahkan lagi suasana..moga tahun depan kami dapat sambut lebih ramai lagi...