Sunday, 8 January 2012

Majlis Sambutan Harijadi Ipan ke 9 tahun

4 januari 2012 aritu genap umur ipan 9 tahun.. namun dek kekangan masa dan sesi persekolahan bermula kami terpaksa menangguhkan sambutan hari lahirnya... kesian ipan tapi  jangan risau kami semua tak pernah lupa. plan punya plan akak suggest nak buat siang hari sabtu ( 7/1/2012) tapi pada aku memang tak setuju sebab semua orang mesti busy untuk kenduri pada belah malamnya nanti.. akhirnya menjadi juga plan aku untuk raikan pada hari ahad bersamaan 8 januari 2012..

Takpelah lambat kan sayang asal semua ada ngan ipan kak.. maklang & paklang sponser kek jer yang lain devide ramai-ramai nyer... walaupun sambutan majlis ipan ni kita buat kecil-kecilan jertapi meriah.. tak cukup kek 1kg upernyer...manalah maklang tau, yg dulu tu cukup jer ehhh..heee...

Pepun ipan dah pun 9 tahun.. ingat besar nanti jngan lupa kita semua yer...ipan kena ingat budi baik orang kat kita.. dah besar nie jangan melawan mama..sian kat mama... doakan mama ipan sentiasa sihat...


























Saturday, 7 January 2012

Majlis Kenduri Kesyukuran akak...


7 Januari 2012....

hari ini berlangsung juga Majlis Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat buat akak kerana akhirnya berjaya juga akak mengejar impiannya menjadi Guru. Akak telah diterima untuk mengikuti Kursus DPLI- RS kat IPG Teknik, Bandar Tun Rzak selamaa 18 bulan.. lusa 9 januari 2012 akak akan mendaftar seterusnya berada disana sehingga tamat..

Menu malam ni semuanya plan ayah dan mak.. tukang masaknya tak lain tak bukan ayahngah dan makngah..  Ayam masak lemak.. Pajeri nenas.. tauge goreng..ikan masin dan tembikai.. 11 dulang kami sediakan buat para tetamu.. sejak pagi lagi kat rumah dah kenduri untuk masak2...

moga akak berjaya dan dapat kerja ini.. amin...aku gembira sangat..kami sekeluarga sangat gembira...

namun dalam kegembiraan ada 'sesuatu' yang terjadi membuatkan hatiku terasa.. aku juga insan biasa..wanita biasa..manusia biasa.. kata-kata itu lebih tajam dari pisau.. adakala aku  juga leka kerana bukan semua benda dalam pengetahuanku.. namun kepercayaan itu yg aku minta.. dan selebihnya biarlah aku ubat sendiri rajukku.... terngiang-ngiang segalanya hingga membuatkan aku terpaksa berfikir berkali-kali perancangan kita... buat masa dan ketika ini aku tak sanggup biarlah masa yang tentukan segalanya.....