Tidak pernah dirancang
Semuanya diatur kemas oleh yang di atas…
Yang Maha Mengetahui suara-suara hati nurani,
Yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati insani,
naluri yang mengimpikan teman pendamping di sisi…
Walaupun bukan aku yang kau harapkan
Namun akulah yang hadir dalam hidupmu
Mungkin kehadiranku tidak pernah kau nanti
Namun tidak pernah ku kecewa
Apatah lagi kesal di hati ini
Malah aku amat mensyukuri pertemuan ini
Kerana dengannya
Terjalin ikatan antara dua hati
Perpisahan
Ternyata amat menyakitkan
Sering kali mengundang air mata
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama
Bagaikan disentap pergi serta-merta
Walaupun begitu
Ingatlah…
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah
Terimalah dengan penuh redha…
Sekiranya ingatanmu singgah padaku
Kirimlah sepotong doa tika itu
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini
Andai bukan di dunia fana ini
Biarlah di Jannatul Firdausi
yang kekal abadi…
Sumber : https://sueciadlishah.wordpress.com/tag/takdir-pertemuan-dan-perpisahan/